19 April 2018

Biodata...

BIODATA Ir. AJAK RUMAH BUSUK


Hari ini saya nak tulis mengenai biodata diri saya yang lebih dikenali dengan “Ir. AJAK RUMAH BUSUK”

Nak ambil kesempatan juga untuk sesi taaruf dengan semua friend yang hampir berjumlah 5 ribu dan follower saya yang dah cecah lebih 24 ribu

Selamat berkenalan buat anda semua friend & follower saya

Maybe ada yang belum kenal saya lagi

Eloklah sesekali saya memperkenalkan diri saya kepada anda semua

Tak gitur 😀

.

.

Ini biodata lengkap saya:-

Nama sebenar saya ialah: Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin 

Nama digunakan pada penulisan ialah: Ir. AJAK, Hobi Rumah Busuk

Official Fb: Ir Ajak Abdul Razak

Umur dah 44 Tahun weh

Anak sulong dari 5 orang adik beradik

Kelulusan: Ijazah Kejuruteraan Awam UTM Johor

Kerjaya: Jurutera Awam

Kelulusan Profesional: Jurutera Awam Profesional, Ir. (Berdaftar BEM, IEM),Tahun 2010

Hobi: Hartanah Rumah Busuk

Karya Buku telah diterbitkan: HOBI HARTANAH

Status: Berkahwin dah ada kidos 4 orang

Asal: Teman Orang Perak

Sekolah rendah di Kota Bharu Gopeng Perak

Sekolah menengah:

Seri Teja Gopeng Perak

Raja Chulan Ipoh Perak

Menetap: Di Soromban, Noghori Sembilan

.

.

Dari segi pencapaian akademik ... saya bukan tergolong di dalam pelajar yang hebat ... saya jenis biasa biasa jer

Ikon Hartanah: AKHBAR SINAR HARIAN EDISI LANAI pernah sekali jer tersiar

Siaran: pernah ada sekali tersiar di portal

1. Halalmoney

2. Gilahartanah

3. Siakapkeli 

Siri Speaker ceriter rumah busuk:

1. Mega Free Sharing Hartanah UKM Bangi

2. Viva Hartanah Perak

3. Seremban Investor Team

4. Speaker jemputan ke seminar yang berskala kecil

  1. Grand Seminar SIT

.

.

Pengalaman: 

1. Telah membeli hartanah yang uzur (rumah busuk) sejak bertahun dahulu secara aktif sehingga ke hari ini

2. Telah berpeluang membuat sentuhan untuk mewangikan rumah busuk sejak bertahun dahulu sehingga lah pada hari ini jugak

3. Setiap 3/4 bulan akan siap mewangikan kes rumah busuk yang berbeza kes & berbeza lokasi

4. Menulis kisah pengalaman rumah busuk saban hari di wall facebook saya

5. Telah berpeluang untuk memberi khidmat nasihat kepada ramai orang melalui personal coaching tentang transaksi rumah busuk

.

.

Fakta yang perlu korang tahu

Saya nie pemalu orang nyer kerana "mata saya juling"

Saya ada satu lagi hobi iaitu suka pergi melancong ... dah pernah bermusafir dan sampai di london, paris, jakarta, bali, medan, bandung, vietnam, hong kong, macau, korea, jepun, beijing, yiwuu, romania, venice, milan, switzerland, thailand, mekah & madinah ... ada beberapa lokasi yang saya pergi berulang ulang kali saban tahun kerana takjub&teruja dengan bumi ciptaan ALLAH

.

.

Panjang lebor saya menaip tentang biodata saya dah tur

Yang dah kenal saya tur

Kat maner korang tahu tentang saya yer

Atau kita pernah ketemu & selpie ... tempek gambo sket di ruang komen 

Cer citer sket😀

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk






No comments:

Post a Comment