21 May 2019

Sedap

Singgah beli durian ...



Poligami

TAMBAH 2 RUMAH BUSUK vs POLIGAMI


Ramadhan dah hari ke 16 today

Dah melewati angka separuh 

Kita terus beribadah pada bulan yang mulia ini

Alhamdulillah 


Wife saya cakap

Nak tambah 2 rumah busuk boleh jer

Tapi jangan sekali kali nak tambah cawangan atau poligami

Kang sebelah tangan lagi ber anduh plak

Wasuk wad hospital lagi

Dah warning tuh weh !


Saya buat survey kat sorang kawan yang dah ada 2 cawangan 

Dia mengeluh gini:

  1. Masa sangat terhad untuk ke rumah sana dan ke rumah sini
  2. Wang gaji terasa kecik kerana perbelanjaan makin besar
  3. Fikiran bercelaru nak pikir rumah sana, yang sini merajuk, maner nak pikir kerja opis lagi n sebagai nyer
  4. Badan makin lesu kerana tak cukup rehat kerana ke hulu ke hilir ... berbanding masa ada 1 orang rumah sajer
  5. Nie nak raya makin banyak belanja nak keluar ... kelengkapan raya dan belanja raya ... buntu dia
  6. Tambahan nak pikir balik raya nie haa ... dua2 rebut nak balik ke rumah memasing ... last2 aku raya sorang kat rumah jer ler ... dia mengeluh
  7. Kekadang kena mulut manis n bohong sket untuk selamat kan keadaan ... macam cikgu jamil


Pengajaran:

  1. Saya tiada pengalaman sekadar mendengar luahan perasaan kawan sahaja
  2. Saya tiada kemampuan ke arah itu .. berdoa agar tidak diuji keadaan itu
  3. Sejauh mana benar atau tidak ... saya pun tidak tahu


Yang mana nak tambah garam atau gula atau serbuk perasa .. bleh lah kita berceloteh di sini

Butang baju melayu aku maner pah ?😀

(Ir. AJAK bukan takot bini tau ... tapi sayang bini ... hahahaha 😀)


Ir. AJAK





20 May 2019

2 helai

SAMA 2 HELAI BAJU KEMEJA


Tercatat sejarah dalam kamus peribadi

Terbeli 2 helai baju yang sama

Terbeli 1 helai lagi

Padehal dah ada 1 helai di rumah

Untuk pakai gie keje opis

Warna sama

Jenama sama

Adakah ini tanda usia dah melewati 4 siri

Ker sebab awex salesgirl cun goda saya suh beli baju

Adudu 😀





2 jari

2 JARI UNTUK RUMAH BUSUK


Tangan kiri patah dibedah letak 3 batang besi simen kena pakai kain anduh

Akibat kemalangan newbie riadah kayuh basikal 

Langgar lubang n terjatuh tergolek macam buah nangka


Dah masuk lebih 3 minggu masa berlalu

Dalam proses penyembuhan dan ulang alik ke hospital untuk fisioterapi 

Pengalaman baru dalam catatan diary kehidupan saya

Saya redho dan tenang2 sahaja

Pasti ado hikmah 


Ada yang cakap

Tur akibat suka tunjuk 2 jari lah

Hehehehe 😀

Tunjuk 2 jari ada macam2 andaian bleh direka

Betoikan kenkawan 


2 jari bleh memberi makna untuk:

  1. Tambah lagi 2 kolam ikan koi
  2. Tambah lagi 2 ikan koi saiz besar
  3. Tambah lagi 2 basikal 
  4. Tambah lagi 2 kereta 
  5. Tambah lagi 2 helai baju raya
  6. Tambah lagi 2 pasang kasut 
  7. Tambah lagi 2 lokasi holiday
  8. Tambah lagi 2 lokasi carian rumah busuk
  9. Tambah lagi 2 rumah busuk
  10. Tambah lagi 2 .....  ? ? ? 


Cer korang tolong bagi idea 

Apa 2 lagi saya kena tambah pada listing nombor 10 tur

Yuhuu 😀


Ir. AJAK






19 May 2019

Tauhu

Tauhu begedil

Sedap plak wife masak

Gomuk penuh isi

Jika juai singgit rugi nie

Kat bazar Ramadhan juai saiz kecik jer





Kos reno

KOS RENO RUMAH BUSUK


Soalan:

Maner yang murah kos reno rumah busuk:

  1. Beli barang secara sendiri dan bayar upah kontraktor
  2. Lumpsum bayar ke kontraktor untuk beli barang dan upah sekali


Pandangan saya:

Jika boleh uruskan sendiri beli barang bahan binaan dari kedai hardware

Cari sendiri semua bahan bahan yang diperlukan untuk buat kerja

Dan upah kerja kontraktor untuk buat kerja

Bahan kelengkapan binaan

Bahan kelengkapan elektrik

Bahan kelengkapan pelbagai

Jika boleh uruskan dan koordinasikan semua perkara

Mungkin boleh merendahkan kos baiki rumah busuk secara keseluruhan nya

Saya tidak pernah buat sebegini kerana tidak punya ruang masa yang mencukupi untuk ke hulu ke hilir mencari bahan binaan dan menguruskan perkara itu

Sesekali tur adalah untuk kerja yang kecil kecil atau mencari sesuatu ikut citarasa saya dan nak syok syok soppink beli barang binaan

Jika tak biasa dengan sesebuah kedai hardware... harga yang kita beli dengan harga yang kontraktor beli kekadang adalah berbeza harga walaupun barang yang sama


Siapa ada idea ... kongsikan sket !


Jika nak senang

Lumpsum jer harga tur

Untuk barang dan upah

Semua kontraktor yang buat

Janji siap kerja yang sempurna sebagaimana kita kehendaki

Kita pantau hasil kerja jer


Sekadar pandangan saya sahaja

Saya bukan seorang kontraktor 

Saya hanya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer yer

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk






Rendaman

6 minit lagi

Bersahur

Air rendaman semalaman kurma ajma

Alhamdulillah 




18 May 2019

Iftar ..

Tunai kan permintaan kidos lagi

Iftar kat sini plak

Nak makan kambin bako kata kidos

Meriah kat sini penuh satu ballroom

Beli voucher early bird murah sket







Hati

HATI ABANG TIDAK PERNAH PATAH


Wife dah datang dekat saya tadi

Dia tunjuk gambar di insta

Cantek nyer wife saya cakap bendalah nie

Saya tanyer berapa harga 

Tergagap gagap wife nak jawab

Saya sergah sket

Terus tak terkeluar suara gugup wife

Sajer usik

Hehehehe 😀

.

.

Saya mengukir senyum dengan tangan patah bersimen ado 3 batang besi

Saya cakap dah pegie siap2

Kita gie butik tur untuk beli

Terus wife sonyum sampai ke telinga

Siap peluk saya lagi “bisik kat telinga ... sayang abang !”

Terpinga pinga depan kidos tengok di lobi rumah !

.

.

Sajer nak cakap

Tangan patah pun still nak gembira hati wife tau

Sebab hati abang tak pernah patah menyayangi mu sayang

Ehhh pagi jumaat ker ?

Yuhuu😀


Ir. AJAK





Konspirasi

KONSPIRASI RUMAH BUSUK


Ramai yang tak minat 

Ramai yang tak suka

Ramai yang geli geli

Ramai yang nak muntah pandang rumah busuk

Kan kan kan !


Saya dari dulu

Saya sejak sekian lama

Saya saban hari

Saya saban bulan

Saya saban tahun

Saya memang layan hobi hartanah rumah busuk


Realiti yang perlu tahu

Realiti yang perlu di lalui

Realiti yang ada di depan mata

Realiti yang perlu di ambil kira

Realiti keadaan sebenar rumah busuk yang ini


Memang kotor 

Memang rosak

Memang hancus

Memang uzur

Memang sebusuk busuk nya rumah busuk

Ini lah dinamakan konspirasi rumah busuk

Apa menda laa Ir. AJAK meraban pepagi Ramadhan nie haa😀


Ini rumah busuk yang menang lelong dalam tempoh terdekat

Kes ini ramai pembida

Status tanah freehold

Lokasi bleh dikatakan strategik

Berhampiran dengan pasaraya besar econsave

Jalan kaki 5-7 minit dah sampai ke restoran McD

Kawasan penduduk campur berbagai bangsa

Mudah ke akses ke plaza tol

Kawasan permintaan hot untuk sewa


Owhh rumah busuk

Saya akan buat planning terhadap unit yang ini

Nak masuk permohonan ubahsuai rumah di majlis perbandaran 

Dijangka tahun depan 2020 akan mula proses mewangi kan rumah ini

Kena masuk senarai next in line

InsyaAllah 


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk