21 May 2019

Poligami

TAMBAH 2 RUMAH BUSUK vs POLIGAMI


Ramadhan dah hari ke 16 today

Dah melewati angka separuh 

Kita terus beribadah pada bulan yang mulia ini

Alhamdulillah 


Wife saya cakap

Nak tambah 2 rumah busuk boleh jer

Tapi jangan sekali kali nak tambah cawangan atau poligami

Kang sebelah tangan lagi ber anduh plak

Wasuk wad hospital lagi

Dah warning tuh weh !


Saya buat survey kat sorang kawan yang dah ada 2 cawangan 

Dia mengeluh gini:

  1. Masa sangat terhad untuk ke rumah sana dan ke rumah sini
  2. Wang gaji terasa kecik kerana perbelanjaan makin besar
  3. Fikiran bercelaru nak pikir rumah sana, yang sini merajuk, maner nak pikir kerja opis lagi n sebagai nyer
  4. Badan makin lesu kerana tak cukup rehat kerana ke hulu ke hilir ... berbanding masa ada 1 orang rumah sajer
  5. Nie nak raya makin banyak belanja nak keluar ... kelengkapan raya dan belanja raya ... buntu dia
  6. Tambahan nak pikir balik raya nie haa ... dua2 rebut nak balik ke rumah memasing ... last2 aku raya sorang kat rumah jer ler ... dia mengeluh
  7. Kekadang kena mulut manis n bohong sket untuk selamat kan keadaan ... macam cikgu jamil


Pengajaran:

  1. Saya tiada pengalaman sekadar mendengar luahan perasaan kawan sahaja
  2. Saya tiada kemampuan ke arah itu .. berdoa agar tidak diuji keadaan itu
  3. Sejauh mana benar atau tidak ... saya pun tidak tahu


Yang mana nak tambah garam atau gula atau serbuk perasa .. bleh lah kita berceloteh di sini

Butang baju melayu aku maner pah ?😀

(Ir. AJAK bukan takot bini tau ... tapi sayang bini ... hahahaha 😀)


Ir. AJAK





No comments:

Post a Comment