KOS RENO RUMAH BUSUK
Soalan:
Maner yang murah kos reno rumah busuk:
- Beli barang secara sendiri dan bayar upah kontraktor
- Lumpsum bayar ke kontraktor untuk beli barang dan upah sekali
Pandangan saya:
Jika boleh uruskan sendiri beli barang bahan binaan dari kedai hardware
Cari sendiri semua bahan bahan yang diperlukan untuk buat kerja
Dan upah kerja kontraktor untuk buat kerja
Bahan kelengkapan binaan
Bahan kelengkapan elektrik
Bahan kelengkapan pelbagai
Jika boleh uruskan dan koordinasikan semua perkara
Mungkin boleh merendahkan kos baiki rumah busuk secara keseluruhan nya
Saya tidak pernah buat sebegini kerana tidak punya ruang masa yang mencukupi untuk ke hulu ke hilir mencari bahan binaan dan menguruskan perkara itu
Sesekali tur adalah untuk kerja yang kecil kecil atau mencari sesuatu ikut citarasa saya dan nak syok syok soppink beli barang binaan
Jika tak biasa dengan sesebuah kedai hardware... harga yang kita beli dengan harga yang kontraktor beli kekadang adalah berbeza harga walaupun barang yang sama
Siapa ada idea ... kongsikan sket !
Jika nak senang
Lumpsum jer harga tur
Untuk barang dan upah
Semua kontraktor yang buat
Janji siap kerja yang sempurna sebagaimana kita kehendaki
Kita pantau hasil kerja jer
Sekadar pandangan saya sahaja
Saya bukan seorang kontraktor
Saya hanya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer yer
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment