31 October 2015

Transaksi ...

TRANSAKSI KERETA TELAH BERLAKU
==============================


Dah terjual van 10 tahun aku malam nie
Lokasi di tepi jalan jer
Semula kerja online melalui "myeg"
Aku dah thumb print
Berlaku dalam kereta velfire milik tokei usecar
Aku pun dah sign borang jpj
Semua settle dalam masa kurang 15 minit
Tak payah pergi ke pejabat jpj
Makin canggih dunia skrang nie
Dipahamkan 24 jam boleh melakukan transaksi jual beli kenderaan
Bayaran pun boleh transfer atau melalui cheque
Walaupun sedih mengenang "bini ke 2" aku
Uhukkkkkkkkk😥

Bini ke 2 ....

BINI KE 2 AKU
===========

Ambooiii ... Bini ke 2 konon nyer ...
Sonyummm jappp 😄😄😄


Perasaan penuh keinsafan hari ini coti sabtu
Mengenangkan kenderaan yang aku anggap "bini ke 2" dalam kehidupan seharian
Terlalu banyak jasa kuda hitam ini kepada aku
Milleage terkini sekitar lebih 350 ribu kilometer
Ke sana ke sini ke hulu ke hilir aku berkelana mencari rezki
Kekadang aku panggil dengan gelaran "van umur 10 tahun"
Aku sedikit perasaan terusik macam rasa "sedih" nak berpisah dongan "bini ke 2" nie
Malam ini secara rasmi dijangka bertukar "tuan"
Perasaan tak keruan kerana mengenangkan keadaan ini
Aku pernah tido dalam van ini ... Dalam usahoo mencari rezki
Aku buat maintenance secara regular van ini ... Tanpa jemu dan mengeluh
Van ini tidak mendatangkan masalah kepada aku dalam travel ke sana dan ke sini
Setiap bulan mileage mencecah 5 ribu kilometer
Setahun 2 kali aku buat major service
Van ini amat sesuai dengan keperluan family aku ... Ruang dalaman yang besar ... Kerusi boleh muat 8 pax ... Kekadang kiddos boleh baring baring
Camturlah memori catatan kehidupan
"Dikau" akan ku kenang sampai bila bila "duhai van 10 tahun aku"
Always miss u "bini ke 2 aku"

#layanhobi 

Pecahkan ...

DAH MULA PECAHKAN
==================


Projek renovation di teruskan lagi
Rumah ini sudah mula dipecahkan bahagian bawah
Nak besarkan bahagian ruang tamu
Dok pikir pikir susun atur kedudukan
Tak dapat ilham lagi nie
Ilham ohhh ilham ... Heheeheee
Skrang projek renovation jalan serentak di seremban dan kuala lumpur ...
Yang penting layan hobi hartanah senantiasa berjalan
Betoikan beb
Moga semua urusan dipermudahkan oleh NYA
Aamiin

#layanhobi 

30 October 2015

Puspakom ...

Puspakom dah lepas pemeriksaan potang tadi ... Satu step lagi dah lepas ... Alhamdulillah

NDD 7474

Alhamdulillah ...

Bersih semak semak ...

NAK MULAKAN BAIK PULIH RUMAH NIE
===============================


Wujudkan satu lagi geng untuk baik pulih rumah nie
Sudah bermula dengan membersihkan semak semak
Dijangka akan tambah bahagian dapur dan tambah 2 bilik lagi
Dijangka penghujung tahun 2015 akan sempurna
InsyaAllah
Keberkatan di hari jumaat today
Sekadar melayan hobi hartanah ...
Aamin

NDD 7474 ...

Ambik nombor nie laaa ...

29 October 2015

Berbuka puasa ...

Berbuka puasa ... Sup ekor

Polisi ...

Ambik insurans ...

Dah lulus ...

PERMOHONAN SUDAH DILULUSKAN
=================


Bulan depan udah mula cuti panjang persekolahan
Aturkan aktiviti holiday untuk kiddos
Nak ambik coti rehat sekitar 2 minggu
Wife dah mula sibuk mengaturkan itinery untuk pengisian aktiviti sepanjang berada di sana nanti
Kitorang belum berkesempatan untuk guna khidmat agensi pelancongan
Semua buat sendiri dari booking air ticket ... Apartmen ... Lokasi dikunjungi 
Nak free n easy
Sekadar merancang yang terbaek
Holiday ke oberc jugak adalah hobi yang sangat sangat aku dan family minati
InsyaAllah
Aamiin

28 October 2015

27 October 2015

Kerang ...

Nasi lemak kerang ... Hujan hujan nie ... Sedap ... Alhamdulillah

Mencari ruang ...

Sholat sunat dhuha
Mencari peluang dan ruang masa
Walau sesibuk mana dalam urusan seharian
Aku cuber sedaya upaya
Alhamdulillah

Parlimen ...

Nak jadik ahli dewan ... Aku tak layak
Bergambor di luar dewan jer laaa ... Hehehe

26 October 2015

Dap nyer ...

Seedless ... Dapnyer ... Saya suker 

Menang lelong ...

MENANG LELONG RUMAH SEMI D
ALHAMDULILLAH
==========================


Alhamdulillah
Menang lagi untuk sekian kali nyer
Bersyukur sangat
Ada 14 orang bid untuk hartanah ini
Status non bumi lot
Ramai yang berminat rupa nyer
Cha nun alif yang masuk bid
Mereka nampak potensi rumah nie
Lenguh lengan tangan kanan asyik angkat angkat angkat tangan today
Aku heppy sesangat today
Sekali lagi ucap ALHAMDULILLAH
Sekadar melayan hobi jer
Tak sia sia ambik coti rehat
TQ ALLAH

#layanhobi 

Mimpi ...

MIMPI MALAM TADI
===============


Mimpi malam tadi
Akan memiliki rumah Semi D ini berkeluasan tanah 4000 kaki persegi
Adakah mainan mimpi semata mata atau menjadik realiti
Uissssshhhh berdebor beb
Layan hobi jer
Hehehee

#layanhobi 

Mahkamah ...

Ado tugasan sket pagi nie di Mahkamah ....

Monday blues ...

MUHAMMAD ADAM KE TABIKA

Today papa hantar Adam ke Tabika
Papa coti rehat today
Coti masih berbaki 22 hari untuk tahun 2015 sedangkan dah hampir ke penghujung tahun 2015
bulan berbaki oktober november disember
Apehal nak ambik coti rehat sehari
Monday blues beb
Ceria selalur
Sonyum yer
😄😄😄

25 October 2015

Cucur ...

Cucur jagung ... Ranggup ... Mintak wife gorengkan ... Sedapp banyak isi jagung ... Esok esok masak lagi yer ... Mabeles 

Sirap ...

CERITER SEBELUM SHOLAT MAGHRIB TODAY AHAD
=============================

Lepak di gerai bawah pokok
Sembang sembang sambil berbincang pasal next projek renovation
Nak wujudkan satu lagi "team renovation"
Projek demi projek perlu diaturkan
Planning demi planning perlu diaturkan supaya tidak tertangguh
Berhasrat untuk memberi manfaat kepada yang memerlukan
Aku heppy dapat melayan hobi hartanah di hari coti hujung minggu
Sambil pekena air sirap 
Layannn

#layanhobi 

Lokasi ke 4 ...

Lokasi ke 4 
Jumper Tuan Haji Senior Engineer ... bincang pasal "potensi construction"
Sambil lunch 2 ketoi kari kambing mabeles beb
Manfaatkan hari coti ahad
Alhamdulillah

Ke 3 ...

Lokasi ke 3 today ... Alhamdulillah

Ke 2 ....

Lokasi ke 2 di pagi coti hari ahad ... Settle ... Alhamdulillah ...

Keredhoan dari NYA ...

Sholat sunat dhuha di pagi coti ahad
Bermunajat kepada NYA
Mohon di murah kan rezki dan rezki yang berkat untuk family
Mencari keredhoaan NYA
InsyaAllah
Aamiin


Loaf ...

"multiseed loaf"
Selera pagi nie
Ermmm sedap gak

24 October 2015

Cekodok udang ...

Cekodok udang tur cicah sos
Sedapnyer
Abang ngah suker tur
Alhamdulillah

Azura ...

"AZURA"
Feeling abih nonton citer memori nie
Layan malam minggu
Terimbau memori silam
Perhhh jiwang😜

Tambah loan lagi ...

TAMBAH LOAN RUMAH LAGI
======================


Suasana damai jer kat sini
Pemandangan yang menyegarkan
Masih ada pepohon hijau di sana
Boleh menghirup udara segar tur

Tambah loan lagi kerana nak tambah koleksi hartanah
Loan masih boleh lepas
Market value sudah pasti melebihi sewaktu harga beli
Maka profit sudah menanti
Rumah baru memang nampak cantek
Design pun okey
Pemilik pemilik rumah sudah mula masuk rumah
Sebuah demi sebuah sudah berpenghuni
Aku cadang nak sewakan hartanah yang ini
Sekadar melayan hobi hartanah di hari coti
TQ ALLAH di atas segala peluang yang dipinjamkan
Alhamdulillah

#layanhobi 

Ermmm selera ...

Wife masak for lunch ... Ermmm ... Selera deenn makan ... Esok esok masak lagi yer lalink ... Timo kasih 😄👍

For sale ...

FOR SALE
TANAH LOT BANGLO DI PEKAN PAHANG
================================

Asalammualaikum ...
Mohon izin dari Tuan Admin untuk iklan sket yer ...

HARGA RM225 ribu sahaja bagi 1 lot
Saya adalah OWNER
SAYA ADALAH OWNER kepada tanah lot banglo ini
Razak
Whatsapp 0196622909

SPESIFIKASI;
Saiz 503 meter persegi (5414 kaki persegi)
Lebar 53 kaki x panjang 102 kaki
HARGA RM225 ribu sahaja bagi 1 lot (boleh nego bagi yang serious nak beli samada secara tunai atau pun loan bank)
Kategori penggunaan tanah: Bangunan
Syarat: Kediaman Banglo Sahaja
Rizab Melayu
Freehold (geran untuk selama lama nya)
Geran Hakmilik Individu bagi setiap lot (geran sudah ready)
Tanah telah dibersihkan
Tanah telah diratakan dengan sempurna
Tanah telah ditambak dengan pasir
Tanah sedang dibina pagar setiap lot
Ada jalan tar ke lokasi tanah
Ada kemudahan bekalan elektrik dari tiang tnb
Ada kemudahan bekalan air dari paip bekalan

PEMBANGUNAN SEKITAR:
1 minit : ke sebelah tanah telah di bangunkan oleh pemaju perumahan dengan pembinaan rumah semi D
1 minit: ke berhampiran 3 blok asrama University Automotif
2 minit: ke jalan utama 4 lorong KUANTAN - PEKAN
2 minit: ke kilang DRB Hicom
2 minit: ke kilang Deftech
2 minit: ke kilang Mercedes
3 minit: ke kilang Volkswagen
3 minit: ke University Automotif
4 minit: ke pelbagai kemudahan keperluan
5 minit: ke Hotel Ancasa Pekan Pahang
6 minit: ke Stesen Minyak
7 minit: ke kawasan perumahan sekitar
8 minit: ke Hospital Pekan
9 minit: ke Pejabat Tanah Pekan
9 minit: ke Pejabat Majlis Daerah Pekan

POTENSI:
Pembangunan kawasan industri Automotif Negara yang rancak membangun sejak 5 tahun yang lalu
Potensi harga tanah lot banglo ini akan melonjak naik tinggi kurang dari jangkaan 5 tahun
Permintaan yang tinggi dari kalangan teknorat teknorat dari kilang-kilang automotif  yang sedia ada
Permintaan yang tinggi dari pensyarah Universiti Automotif
Permintaan yang tinggi dari pensyarah UMP
Pembangunan berterusan di kawasan sekitar kerana termasuk dalam Pembangunan Wilayah Pantai Timur oleh peruntukan Kerajaan Persekutuan

PILIHAN:
Anda boleh membina rumah kediaman lot banglo dengan rekabentuk sendiri
Anda boleh membina rumah untuk disewakan kepada pekerja sekeliling
Anda boleh menyimpan lot banglo ini sehingga harga yang menguntungkan dan dijual semula

PANDANGAN SAYA:
Lebih baik menyimpan aset di dalam bentuk hartanah berbanding dengan menyimpan wang tunai yang banyak di bank bank ... Wang tunai yang di simpan di bank bank akan terhakis nilai oleh INFLASI dari masa ke semasa ... Nilai wang tunai akan mengecil kuasa beli nya dari masa ke semasa ... Percayalah statement saya nie ... Tapi rakan-rakan banker akan marah dongan statement saya nie ... Aduduuuu 🙈

NOTA:
Hanya ada 3 lot sahaja yang berbaki

HARGA:
HARGA RM225 ribu sahaja bagi 1 lot (boleh nego bagi yang serious nak beli samada secara tunai atau pun loan bank)

NEGO HARGA:
Serious buyer boleh nego harga lagi sampai jadik beli ler ... Tak gitur ...😄😄😄

INSENTIF:
Insentif saguhati RM10 ribu kepada INTRODUCER ... (skop tugas ... Deal dengan buyer ... Bawa lihat lokasi tanah jika perlu ... Tapis buyer yang serious ... Guide sampai sign S&P ... Deal/bantu dengan buyer proses  transaksi hartanah sehingga owner dapat bayaran penuh dari buyer)

PERKHIDMATAN LAWYER:
Ada disediakan jika memerlukan perkhidmatan pihak lawyer 

BELIAN TUNAI:
Boleh terus tukar nama hakmilik di Pejabat Tanah
Urusan selanjutnya akan saya bantu untuk urus sehingga selesai keluar geran hakmilik yang baru
Jimat belanjer kos perkhidmatan lawyer gitur ... Hehehee😄👍

SAYA ADALAH OWNER kepada tanah lot banglo ini
Razak
Whatsapp 0196622909
😄😄😄👍👍👍

&&&&& POHON BANTU UNTUK SHARE KAN DI WALL FB KENKAWAN ... TQ &&&&&









Bonet van ...

KEGUNAAN VAN
============ Dah beli kelengkapan elektrik
Lampu dan kipas
Beli sendiri di kedai elektrik
Ikut bajet sendiri sendiri jenama jenama yang sesuai
Cara nak berjimat sket
Bayoo upah pasang jer kat kontraktor pasang
Nak pasang pada rumah yang baru dapat kunci rumah ... Bulan depan start bayoo loan rumah dah ...
Ini lah untung nyer pakai van
Boleh sumbat jer semua barang barang keperluan
Selagi boleh masuk barang ... Apehal sumbat jer ... Jangan patah spring dah ler
Manfaatkan sepenuhnyer kenderaan yang adoo
Boleh kan cam gitur
Sekadar melayan hobi hartanah jer
Alhamdulillah .... #layanhobi

Ensem ker owner tur ...

LAYAN BUYER
===========


Pagi sabtu hari coti yang tenang
Baru selesai sholat sunat dhuha ... Alhamdulillah
Communicate dongan buyer
Jelas kan step by step proses pembelian rumah dan mohon loan
Aku layan buyer sebaik nyer ... Tak kira lah buyer tur bujang teruna atau cik awex chomei loteeeee ... Aku akan explain sebaik nyer
Consultancy percuma kepada buyer
Jika korang beli rumah dengan direct buyer yang mahir bab hartanah macam aku nie ... Alamakkkk 😜 angkat bakul pulak dah ... Kikikiiihhh
Korang untung laaaa kerana dapat:
1. Dapat berjimat kos yuran agent sebanyak 3 % dari S&P (rakan rakan agent hartanah REN ... Jangan marah yer)
2. Boleh nego harga dongan aku sebgai owner jadik yer
3. Aku uruskan semua dokumentasi dengan pihak lawyer jika buyer guna loan bank atau gomen
4. Aku boleh uruskan pertukaran hakmilik ... Secara percuma ... Jika buyer beli secara tunai ... Jimat kos lawyer yang beriban riban tur yer beb
5. Aku sebagai owner ... Boleh tawarkan bantuan kos guaman ... Kira aku top up bayarkan lah ... Buyer dah jimat lagi
6. Dapat berkenalan dongan owner yang ensem macam aku nie ... Aduduuu (gurau jer) ... Hehehee
Sekadar ingin memberi manfaat kepada yang memerlukan
Layan hobi hartanah di hari cori hujung minggu
TQ ALLAH

#layanhobi 

Bekfes ...

Wife masakkan bekfes ... Dap nyer ... Tq laling ...

23 October 2015

Pejabat tanah galian negeri ...

TRANSAKSI DI PEJABAT TANAH GALIAN NEGERI SEMBILAN
===============================


Ceriter pagi tadi jumaat
Wife ke PTG Negeri
Uruskan semua submission dokumen dokumen berkaitan
Bayaran wang proses jugak telah selesai dilakukan
Semua dokumen dalam keadaan teratur dan sempurna
Tiada yang tak kene ... Okey okey semua nyer
Semakan yang dibuat oleh pegawai di kaunter ... Satu persatu dokumen
Alhamdulillah satu demi satu kes dapat disempurnakan
Camner laaa melayan hobi hartanah
Sambil memberi manfaat kepada yang memerlukan
InsyaAllah

#layanhobi 

Sijil setem ...

SIJIL SETEM
=========

Ceriter semalam
Wife dah tolong uruskan untuk buat bayaran ke lhdn
Dah dapat sijil setem
Maka boleh proceed ke step berikut nyer
Mudah kan apabila kita dah tahu dan hafal step by step proses untuk lakukan transaksi hartanah
Jimat masa
Jimat kos
Proses ini kita yang kawal sendiri
Ikut suka masa kita
Jika kita nak speedup ... Kita laku kan yang terbaek
Jiko korang nak tukar "HAK MILIK TANAH" ... Deenn sudi untuk jadik "perunding" ... Korang yang lakukan ... Deen yang yang "guide" dari mula sampai selesai ... Pasti jimat kos kos berkaitan terutama kos peguam yang makin tinggi kos nyer ... Heheehee
Sekadar melayan hobi hartanah 
Sambil memberi manfaat kepada yang memerlukan
InsyaAllah
Berkat di pagi jumaat yang penuh barakah
Aamiin

#layanhobi 

22 October 2015

Berbuka puasa ...

Berbuka puasa today
Tauchu ikan cencaru 
Teringin nak makan
Wife tolong masakkan
Selera aku makan
Minum air teh o ais limau
Alhamdulillah
Syukur

21 October 2015

Lhdn ...

SURAT DARI LHDN
==============

Sampai lagi surat lhdn
Esok akan mintak wife untuk bayoo
Ini nama nyer transaksi hartanah yang telus
Bayo 
Bayo
Bayo
Kene bayo 4 angka lagi ... Adudududuu
Akan buat yang sebaiknyer
Tiap tiap macam ke kaunter lhdn
Camni laaa layan hobi hartanah
Sonyum jer laa

#layanhobi 

Biskut ...

Korang pernah makan biskut kelapa nie ...

Funder ...

AKU NAK JADIK FUNDER KEPADA TANAH KORANG UNTUK TUKAR STATUS TANAH DARI PERTANIAN KE LOT LOT BANGLO
==========================


Mimpi malam tadi
Berhasrat nak jadik funder kepada korang bagi tujuan nak tukar status tanah pertanian ke status tanah kediaman lot lot banglo
Ingin memberi manfaat kepada kenkawan
Niat nak membantu dan bokojosamo dongan korang laaa
Macam Joint Venture JV laaaaa

Kebaikan menukar status:
1. Menaikkan nilai hartanah berkali kali ganda nilai nyer
2. Dapat geran individu berstatus kediaman
3. Mudah untuk digadaijanjikan kepada pihak institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman 
4. Mudah untuk pindah milik kepada waris waris atau orang tersayang
5. Nak jual pun senang beb

Prosesnyer memakan masa yang agak lama jugak 
Ada kes kes menjangkau tempoh 3 tahun mengikut lokasi tanah dan kes kes tertentu
Tapi sangat berbaloi baloi
Prosesnyer lebih kurang gini laaa:
1. Lantik surveyor
2. Lantik planner
3. Maybe melibatkan kejuruteraan untuk sediakan pelan infra
4. Melibatkan pejabat pejabat di daerah tanah tersebut berada untuk dapatkan sokongan seperti: majlis daerah, pejabat tanah, tnb, pihak berkuasa air, jkr, jps, pembentungan, pejabat tanah galian negeri, ada kes sampai kelulusan EXCO dan YAB MENTERI BESAR

Pengalaman aku:
Baru setahun jagung
Tapi dah bermula dan dah selesai handle kes macam gini
Dari mula berbincang sampai keluar title geran hakmilik individu dan tukar hakmilik guna BORANG 14A
Alhamdulillah

Jika korang ada proposal/cadangan untuk bokojosamo dongan deenn
Boleh inbox di messenger facebook atau whatsapp 0196622909
Beri info:
1. Salinan geran (2 mukasurat depan dan belakang)
2. Salinan geran
3. Gambar gambar lokasi tanah
4. Ceriter laa sket potensi tanah berkenaan
5. Apa yang ada di sekitar tanah berkenaan
6. Aku berminat saiz tanah yang kurang 2 ekar yer

Nota:
AKU NAK JADIK FUNDER KORANG LAAA ... AKU KELUARKAN MODAL
InsyaAllah

Tolong share kan kenkawan

Aku sekadar melayan hobi hartanah jer
Hehehehee😄😄😄

Sifu:
Kito boleh uruskan bersama sama perkara ini yer sifu hartanah Tuan


20 October 2015

Isi borang ...

ISI BORANG
=========

Potang tadi sempat singgah ambik borang
Cadang nak isi laaa
Nak tunaikan permintaan kiddos untuk "PANDANG BULAN DAN BINTANG DARI DALAM VAN"
Boleh ker gitur
Hehehheeheeee

Daging black pepper ...

Daging black pepper 
Wife masak malam nie
Lembut jer daging nyer
Pandai wife masak
Esok esok masak lagi yer
Alhamdulillah

Idea baru ...

SATU IDEA BARU
=============

Cucur kuah kacang
Gerai bawah pokok
Makan makan
Sambil cari idea strategi transaksi hartanah seterus nyer
Aku macam dapat "satu idea baru"
Tapi aku sendiri tak pasti camner nak jalankan modus operandi nyer
Macam boleh MASYUKKKKKK 6 angka tur
Ermmmmmm bunyi macam sedapp tur
YA ALLAH berikan aku kelapangan fikiran dan idea untuk realisasikan IDEA aku nie
Moga ada sinar di hujung saner
Sedapp jugak layan cucur nie ... Korang jangan terliur pulak 
Jemput jemput makan
Heheehehe😄

#layanhobi