10 May 2016

Kos reno

HARGA KOS RENOVATION RUMAH BUSUK
=================================

Mohon LIKE yer
Aku acapkali di tanyer harga kos renovation rumah busuk:
1. Harga kos memang sangat bergantung kepada skop kerja renovation
2. Bahan binaan yang digunakan dalam renovation tersebut
3. Malah bahan bahan kemasan yang dipilih mengikut gred gred tertentu memang sangat mempengaruhi jumlah kos keseluruhan renovation 
4. Nak cepat siap atau keadaan biasa biasa jer kerana jika nak cepat akan menggunakan ramai pekerja dan akan overtime ler
5. Kualiti kerja jugak samada menggunakan khidmat pekerja mahir atau separuh mahir
6. Bab harga nie korang jangan lah terlalu taksub berkira kira sangat dengan membuat "penawaran harga yang terendah" kerana dengan harga terendah itu akan menyebabkan pihak kontraktor mendapat keuntungan yang sangat minima dan "ada peluang mereka untuk curi tulang" dengan pelbagai cara untuk "cut cost" ... Korang paham paham dah lah ... Maka hasil kerja yang kurang sempurna
7. Ada kontraktor yang meluahkan perasaan dengan aku "Ramai customer mahukan harga yang rendah dan tawar harga serendah rendah nyer tetapi mahu KUALITI MACAM RENOVATION SEBUAH BILIK HOTEL" ... Korang pikir ler๐Ÿ˜„
Sekadar pandangan aku sahaja dan tiada kena mengena dengan sesiapa yer
Aku kan layan hobi hartanah jer
Mohon SHARE untuk manfaat kenkawan yang lain๐Ÿ˜„๐Ÿ‘
Ir. AJAK

No comments:

Post a Comment