30 November 2016
Weefie unta
29 November 2016
Baitullah
KIDOS BERPELUANG MENCIUM DINDING KAABAH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Syahdu melihat di depan mata
4 kidos berpeluang untuk mencium dinding Baitullah
Si kecik di celah celah jemaah yang berbadan besar
Ribuan jemaah yang mahu berbuat sedemikian
Dari seluruh pelusuk dunia
Berdoa bersungguh sungguh memohon hajat memasing
Ada juga jemaah yang tak mampu untuk menahan air mata dari mengalir
Malah ada jugak yang tersedu sedu
Memang syahdu perasaan apabila berada di depan Baitullah
Tambahan pula apabila tapak tangan dapat memegang dinding Kaabah sambil muka tersemban tersentuh di karpet hitam
Bermunajat kesyahduan
Alhamdulillah kupanjatkan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH dengan peluang pinjaman ini
Allahuakbar😄
Ir. AJAK
Mekah Al Mukaramah
Hujung tahun
HUJUNG TAHUN MEMANG AKU KURANGKAN AKTIVITI HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Ada jugak yang bertanyer rupanya
Sejak sehari dua nie aku dah kurangkan sket berkongsi bab aktiviti hartanah rumah busuk
Betoi
Aku dah buat pengumuman tempohari untuk berehat seketika untuk menulis aktiviti hobi hartanah rumah busuk ( link berikut: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1338052606225888&id=100000634848873 )
Awal tahun depan 2017 akan aktif semula ... InsyaAllah
Aku kerja sungguh sungguh antara bulan january sehingga awal november ... giturlah pada kebiasaan nya
Hujung hujung tahun nie lebihkan aktiviti dengan kidos
Dalam masa yang sama ... saban tahun akan cuba mengatur gerak untuk bermusafir menikmati di bumi indah ciptaan Allah nie
Melancong ini pun satu hobi aku jugaklah dari satu lokasi ke satu lokasi
Bonding time dengan kidos dan family jugak penting dengan aku nie ... aku tak mahu ketinggalan dalam mendidik kidos ... nak rapat rapat dengan kidos
Tapi sewaktu masa senggang sebegini lah jugak aku tak tinggalkan terus aktiviti hobi hartanah:
1. Berurusan dengan pihak lawyer tentang semua kes kes yang masih dalam proses baru bermula, sudah dipertengahan jalan dan kes yang sudah di penghujung untuk diselesaikan
2. Merancang rancang untuk menambah stok rumah busuk bagi 2 tahun lagi iaitu tahun 2018
3. Congak congak jugak untuk mewangikan stok bagi tahun depan 2017
4. Kira bajet jugak untuk mewangikan rumah busuk sepanjang tahun 2017
5. Mengira jugak zakat 2.5% apabila cukup haul dan nisab setiap transaksi rumah busuk
6. Suker berangan angan untuk deco deco rumah busuk untuk projek yang akan datang
7. Berkomunikasi dengan pihak kontraktor untuk selesai kan semua kes kes yang masih berjalan di tapak
8. Search internet untuk lihat potensi potensi rumah busuk
9. Ngeteh ngeteh dengan semua rakan rakan yang berkaitan rumah busuk
Masa aku amat penuh dengan pelbagai aktiviti hartanah rumah busuk
Setiap ruang waktu yang ada pasti akan dimanfaatkan untuk kegunaan rumah busuk
Memang syok melayan hobi nie
Masa berlalu terasa begitu pantas
Yang penting mesti rasa heppy
Korang jangan jeles
Yuhuuuu satu kali😄
Ir. AJAK
Mekah Al Mukarramah
28 November 2016
Sesak
Kaabah
KIDOS BERMUNAJAT DI DEPAN KAABAH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Rezki kidos untuk bermunajat di depan Kaabah
Syahdu melihat kidos menadah 2 tangan kecil bermunajat di depan Kaabah
Mintaklah apa sahaja yang dihajati
Allah Maha Mendengar
Jarak yang agak dekat dah
Nak ke depan lagi untuk jarak yang lebih dekat dikhuatiri sangat bersesak sesak
Nampak kidos belajar untuk mengalirkan air mata
Agaknyer terkesima dengan jemaah lain menangis jugak tur
Papa & Mama berdoa agar semua urusan dipermudahkan sewaktu kita di sini
Membawa jemaah kidos nie perlu banyak bersabar sket ler
Papa & Mama perlu control semua keadaan
Dalam 13 berpantang ihram perlu sangat berhati hati
Tangan senantiasa memimpin tangan kidos
Almaklum jer lah bahawa jemaah yang sangat ramai disekeliling
Ada jugak jemaah yang berbadan besar tak pedulikan jer kidos terlanggar langgar ... sabo jerlah
Tapi Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan segala urusan
Ku panjatkan penuh kesyukuran
Alhamdulillah
Aamiin
😄
Ir. AJAK
Mekah
Sejadah
Ambik pengalaman berjemaah di perkarangan masjid ...
Bentang sejadah 4 helai ...
Kami berkongsi sejadah ...
27 November 2016
26 November 2016
Nak bertolak
BERTOLAK KE KOTA MEKAH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Selepas Zuhur dijangka akan bertolak ke Kota Suci Mekah ...
Kota Madinah pasti akan menggamit penuh kerinduan di dalam lubuk sanubariku ...
Kami akan bertolak secara berjemaah ...
Doakan perjalanan kami penuh dirahmati ...
Terasa sebak jugak nie untuk meninggalkan Bumi yang memegang jasad Nabi Muhammad s.a.w ...
InsyaAllah ...
Aamiin ...
25 November 2016
Perkuburan
Kidos
Berkesempatan mengiringi jenazah ke "Perkuburan Baqi"
Selepas Sholat Fardhu Subuh
Menziarah makam makam yang ada di situ jugak
Al Fatihah ....
24 November 2016
Penyucian .,.
Alhamdulillah ...
Kami diberi peluang untuk berada di sini ...
Untuk beribadah dan penyucian jiwa ...
Di Bumi Madinah AlMunawarah ...
Aamiin ...
Berjalan kaki
Indahnya dalam berjalan kaki bersama family ...
Menuju Masjid Nabawi ...
Untuk sholat berjemaah ...
Alhamdulillah ...
23 November 2016
22 November 2016
Umrah
IBADAH UMRAH
◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Asalammualaikum ... Dengan rasa rendah diri ... saya mewakili family (saya, emak, isteri dan 4 kidos) memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap ... penerbangan kami dijadualkan akan berangkat petang nie ... pohon doakan kemudahan kami sekeluarga untuk beribadah di sana nanti ... InsyaAllah ... Aamiin
From: Ir AJAK
Urusan pejabat
BERCOTI REHAT TODAY
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Ado urusan sket di pejabat tanah
Pado pagi nie
Urusan rumah busuk jer
Alhamdulillah
21 November 2016
20 November 2016
Gegar vaganza
BORANG 14A
◾️◾️◾️◾️◾️
Jam 10.20pm dah
Baru nak mula pegang pen dakwat hitam
Dah sholat isyak
Dah pekena kari
Nak layan gegar vaganza sebentar
Baru nak mula layan hobi rumah busuk
Bismillah ...😄
Menitis air mata ...
RINDU UNTUK KE SANA
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Rindu bertamu lagi untuk ke sana ...
Memori gambar menjadik pengubat rindu ...
Moga ada ruang dan peluang untuk menjejak kaki ke sana lagi ...
Dengar citer dari kenkawan bahawa visa umrah sudah mula dibuka sejak 2 minggu lepas lagi yer ...
Menitis air mata menahan kerinduan ini ...
Labbaikallah ...
😄
.
.
Throwbek gambar pada bulan September 2016 yang lepas ...
Berehat
BEREHAT SEKETIKA BERKONGSI CERITA RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Dah hampir penghujung tahun 2016
Diam tak diam
Masa begitu pantas berlalu
Tahun nie dari january hingga november saban hari aku berkongsikan pelbagai kisah perjalanan hobi hartanah rumah busuk
Perbagai gambar-gambar turut dikongsikan
Agak penat sket saban hari menaip
Aku dijangka akan mengambil cuti rehat yang agak panjang gak ler
.
.
1. Sekitar 2 minggu:
Bermula 22 hb november 2016 sehingga 4 hb disember 2016
.
.
2. Sekitar 2 minggu:
Bermula 19 hb disember 2016 sehingga 31 disember 2016
.
.
Aku nak berehat minda
Aku nak luangkan masa yang berkualiti dengan kiddos
Ala-ala bonding gitur
Aku mungkin akan kurang bersiaran tentang rumah busuk dalam tempoh itu
Maybe aku bersiaran secara santai-santai jer dalam wall fesbuk
Aku nak refresh minda
Aku nak mengumpul tenaga untuk terus memacu melayan hobi hartanah rumah busuk untuk tahun hadapan 2017
.
.
Awal tahun hadapan tahun 2017
Akan terus bersiaran semula macam biasa
InsyaAllah
Aamiin
Ir. AJAK
Lampu pagar ...
LAMPU TIANG PAGAR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Semalam ramai yang uplud warna kuning
Kan kan kan
Aku pun tak ketinggalan jugak nak uplud gambo rumah busuk yang cat warna kuning
Apa barang korang jer nak uplud
Aki pun bleh belanjer satu gambo
Kan kan kan
Ini gambo semalam coti hari sabtu aku ambil
Rumah busuk yang hampir telah sempurna di wangikan
Design porch nie aku terilham cara pemakaian "tudung bawal yang ada awning guna plastik tur" .. siap ada bumbung depan tudung tur
Korang ingat ker tak
Porch dah siap:
1. Plastik siling
2. Lampu downlite
3. Lantai tiles
4. Pintu kayu
5. Gril pintu
6. Tingkap kaca aluminium frame
7. Gril tingkap
8. Pasang pintu pagar 4 daun lipat
9. Pagar ada roda
10. Tiang peti surat
11. Meter air telah di alihkan ke tepi
12. Frame batu warna cat putih pada tingkap dan pintu
13. Cat warna kuning
14. Rewiring autogate
15. Pasang lampu pada tiang pagar
Belum siap lagi:
1. Kipas pada porch
2. Autogate
3. Aircon 2 bijik
Cuaca cerah semalam
Langit biru jer
Rumah unit tepi tauuuuu
Cer korang SHARE kan untuk sumber inspirasi kenkawan
Ir. AJAK
2kg
Ikan kerisi
Bersaiz besar
Seekor seberat 2kg
Pertama kali beli sebesar nie
Perhhh macam tak pandai jer aku nak siang ikan nie
Agak agak masak apa yang sedap yer
Yuhuuuuu😄
19 November 2016
Rumah busuk hampir mewangi
RUMAH BUSUK HAMPIR MEWANGI
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Hari coti sabtu today sebelah pagi
Meluangkan masa melayan hobi
Layan hobi rumah busuk jer
Rumah nie jarang jarang aku upludkan
Tapi hari ini aku belanjer satu gambo
Rumah unit tepi
Rumah masih belum sempurna sepenuhnya:
1. Belum pasang 2 biji aircon
2. Belum pasang kipas auto remote 5 bilah bagi sebuah rumah termasuk ruang porch
3. Belum pasang water heater pada 2 buah tandas
4. Maybe nak pasang autogate jugak ler
5. Touch up sket sket cat yang tercalar sewaktu pasang lampu downlite
6. Perlu bersihkan lantai tiles supaya nampak lebih bersinar
Apabila masuk rumah nie pagi tadi terasa seronok nyer perasaan nampak hasil rumah busuk sudah hampir-hampir sempurna mewangi
Wowww
Ir. AJAK
Ketam
Besor besor jugak ketam nie
4 ekoq pun dah sekilo lebih
Dengor kabo wife nak masak lomak cili padi
Ermmm sedap nyer munyi nyer
😄
Pagar rumah busuk
PAGAR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Pagar sekeliling rumah busuk
Dinding batu bata yang diselang seli dengan tiang
Dinding yang telah siap di plaster
Dinding pagar setinggi paras bahu aku jugak ler
Agak agak warna cat apa yang sesuai yer
Dok pikir pikir jugak nie di coti hari sabtu today
Layan hobi beb
Yuhuuu satu kali 😄
Ir. AJAK
18 November 2016
Porch
PORCH RUMAH BUSUK SUDAH DIPASANG PLASTER SILING
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Progres rumah busuk
Sehingga lewat potang hari ini
Plaster siling seluruh rumah telah dipasang
Termasuk plaster siling pada porch kereta
Porch kereta ini selebar 26 kaki tauu
Woww memang lebar beb
Macam boleh masuk 3 bijik keter serentak
Nampak lapang dan luas
Makin sempurna kelihatan ruang porch nie
Lampu downlite pun sudah mula dipasang
Try guna LED plak
Syok tengok progres makin banyak
Rumah makin hari makin nak di wangi kan
Aku kan layan hobi hartanah rumah busuk jer
Hehehe😄
Ir. AJAK
Lobster
Wife dah mula menjerang lobster seperiuk
Oven pun dah mula dipanaskan
Kabo nyer nak bako lobster garlic cheese
Ermmm nak nolong masak tak pandai
Hahahaha😄
17 November 2016
Penalti rm500
Upsr
RESULT UPSR AKU 4A + 1C
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Aku dapat keputusan UPSR pada tahun 1985
Kita kira 31 tahun yang lalu
Hanya 4A + 1C sahaja
Itu jer kemampuan yang aku ada
Itu bahagian aku
Alhamdulillah
.
.
Buat anak-anak dan adik-adik di luar sana
Yang telah menerima keputusan pada hari ini
Sekalung tahniah diucapkan
Tak kiralah banyak mana pun A
Termasuk yang dapat 6A penuh atau sebaliknya
Yang penting telah berusaha bersungguh-sungguh
Telah berdoa sebaiknya
Telah bertawakal sewaktu mahu menduduki exam tempohari
.
.
Jika tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan
Jangan menangis
Jangan kecewa sesangat
Jangan putus asa
Perjalanan dalam pelajaran masih jauh
Masih punya peluang
Masih boleh usaha
Masih cerah di masa depan
.
.
Buat rakan-rakan yang berstatus ayah dan ibu di luar sana
Jangan pulak marah kepada anak yang tidak berpeluang untuk mencapai result yang bagus pada kali ini
Mungkin bukan rezeki untuk tahun nie
Betoikan
.
.
Untuk anak-anak di luar sana
Uncle nak beri sedikit nasihat
Uncle pun bukan nya tergolong dalam pelajar "cerdik pandai"
Uncle pun bukan nya berada dalam kelas nombor satu sewaktu belajar dolu dolu
Uncle dolu sewaktu tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 ... Uncle hanya berada di kelas nombor 2 sahaja
Uncle mahu kalian jangan rasa rendah diri
Uncle mahu korang ada semangat juang yang tinggi
Semangat juang yang tinggi boleh membawa kita ke destinasi kejayaan ke puncak saner
Percayalah cakap Uncle bahawa usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang ohsem
.
.
Ada kawan-kawan Uncle yang dikenali
Pelajar pintar sewaktu di sekolah yang berstatus Sekolah Berasrama Penuh
Kecundang di peringkat exam spm
Ada jugak di peringkat universiti pun boleh tersingkir
.
.
Maafkan Uncle jika berceloteh di potang nie
Alhamdulillah Uncle bersyukur kepada ALLAH dengan keputusan 4A + 1C
Uncle diberi peluang untuk menikmati kehidupan pinjaman dari NYA
Aamiin😄👍
Cer SHARE jika manfaat
Ir. AJAK
16 November 2016
Belum tido
MALAM BUAT URUSAN RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Aku masih belum tido yer
Skrang jam menunjukkan 11.07pm yer
Aku masih uruskan beberapa perkara tentang rumah busuk
Siang aku bekerja makan gaji
Maka memalam dah makan dan dah sholat isyak
Aku layanlah hobi hartanah plak
Buka emel ada bayaran yang perlu dibuat tambahan ke atas transaksi hartanah rumah busuk
Aku dah transfer duit kepada akaun lawyer
Malam nie ada 2 panel lawyer yang aku berkomunikasi:
1. Lawyer abdul aziz
Dan
2. Lawyer wani
Semua dokumen yang diperlukan telah diberi melalui emel
Kita mudahkan urusan pihak lawyer maka kes kita akan berjalan lancar
Betoikan
Ginilah keadaan melayan hobi hartanah rumah busuk
😄
Ir. AJAK
Subsales
RUMAH BUSUK MAKIN RAMAI YANG MULA BERMINAT
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Sejak dua menjak nie
Makin ramai yang memberi mesej dalam mesenger fb aku
Ramai yang bertanyer cara aku memperolehi stok rumah busuk
Antara cara yang aku amalkan ialah:
1. Beli secara lelongan awam:
Banyak kan tengok iklan di pokok pokok yang ditampalkan
Rajinlah meronda ronda di taman-taman perumahan
Lawatlah laman web seperti auctiondata dan lelongtips
Bertanyer kan jugak dengan semua Agent REN
Jenguk-jenguklah papan iklan yang ditampalkan di mahkamah
2. Beli secara subsale:
Banyak iklan yang ditawarkan di laman web mudah.my
Mintak listing dari rakan REN
Ringankan mulut untuk bertanyer kepada semua kenkawan di pejabat atau media sosial seperti facebook
Sembang sembang dengan jiran bertanyerkan rumah yang hendak dijual
Pilihlah mana mana yang sesuai untuk dimiliki
Jika dah rezki kita
Ada jer peluang untuk memiliki rumah busuk nie
Yakinlah
Yang penting jangan putus-putus untuk terus berusaha yer
InsyaAllah
Aku sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer
Cer SHARE kan
Hehehe😄
Ir. AJAK
15 November 2016
14 November 2016
Berselerak
BERSELERAK LANTAI RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Ado yang menyampah nengok rumah busuk
Berselerak lantai rumah busuk
Macam macam yang ada
Sekejap berselerak di sana
Sekejap berselerak di sini
Kemas di sana untuk buat kerja
Buat kerja di sudut sini
Alihkan barang ke sana pulak
Ruang kerja yang terhad
Nielah keadaan rumah busuk yang di renovation
Sekadar berkongsi jer😄
Ir. AJAK
















































