HUJUNG TAHUN MEMANG AKU KURANGKAN AKTIVITI HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Ada jugak yang bertanyer rupanya
Sejak sehari dua nie aku dah kurangkan sket berkongsi bab aktiviti hartanah rumah busuk
Betoi
Aku dah buat pengumuman tempohari untuk berehat seketika untuk menulis aktiviti hobi hartanah rumah busuk ( link berikut: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1338052606225888&id=100000634848873 )
Awal tahun depan 2017 akan aktif semula ... InsyaAllah
Aku kerja sungguh sungguh antara bulan january sehingga awal november ... giturlah pada kebiasaan nya
Hujung hujung tahun nie lebihkan aktiviti dengan kidos
Dalam masa yang sama ... saban tahun akan cuba mengatur gerak untuk bermusafir menikmati di bumi indah ciptaan Allah nie
Melancong ini pun satu hobi aku jugaklah dari satu lokasi ke satu lokasi
Bonding time dengan kidos dan family jugak penting dengan aku nie ... aku tak mahu ketinggalan dalam mendidik kidos ... nak rapat rapat dengan kidos
Tapi sewaktu masa senggang sebegini lah jugak aku tak tinggalkan terus aktiviti hobi hartanah:
1. Berurusan dengan pihak lawyer tentang semua kes kes yang masih dalam proses baru bermula, sudah dipertengahan jalan dan kes yang sudah di penghujung untuk diselesaikan
2. Merancang rancang untuk menambah stok rumah busuk bagi 2 tahun lagi iaitu tahun 2018
3. Congak congak jugak untuk mewangikan stok bagi tahun depan 2017
4. Kira bajet jugak untuk mewangikan rumah busuk sepanjang tahun 2017
5. Mengira jugak zakat 2.5% apabila cukup haul dan nisab setiap transaksi rumah busuk
6. Suker berangan angan untuk deco deco rumah busuk untuk projek yang akan datang
7. Berkomunikasi dengan pihak kontraktor untuk selesai kan semua kes kes yang masih berjalan di tapak
8. Search internet untuk lihat potensi potensi rumah busuk
9. Ngeteh ngeteh dengan semua rakan rakan yang berkaitan rumah busuk
Masa aku amat penuh dengan pelbagai aktiviti hartanah rumah busuk
Setiap ruang waktu yang ada pasti akan dimanfaatkan untuk kegunaan rumah busuk
Memang syok melayan hobi nie
Masa berlalu terasa begitu pantas
Yang penting mesti rasa heppy
Korang jangan jeles
Yuhuuuu satu kali😄
Ir. AJAK
Mekah Al Mukarramah
No comments:
Post a Comment