RESULT UPSR AKU 4A + 1C
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️
Aku dapat keputusan UPSR pada tahun 1985
Kita kira 31 tahun yang lalu
Hanya 4A + 1C sahaja
Itu jer kemampuan yang aku ada
Itu bahagian aku
Alhamdulillah
.
.
Buat anak-anak dan adik-adik di luar sana
Yang telah menerima keputusan pada hari ini
Sekalung tahniah diucapkan
Tak kiralah banyak mana pun A
Termasuk yang dapat 6A penuh atau sebaliknya
Yang penting telah berusaha bersungguh-sungguh
Telah berdoa sebaiknya
Telah bertawakal sewaktu mahu menduduki exam tempohari
.
.
Jika tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan
Jangan menangis
Jangan kecewa sesangat
Jangan putus asa
Perjalanan dalam pelajaran masih jauh
Masih punya peluang
Masih boleh usaha
Masih cerah di masa depan
.
.
Buat rakan-rakan yang berstatus ayah dan ibu di luar sana
Jangan pulak marah kepada anak yang tidak berpeluang untuk mencapai result yang bagus pada kali ini
Mungkin bukan rezeki untuk tahun nie
Betoikan
.
.
Untuk anak-anak di luar sana
Uncle nak beri sedikit nasihat
Uncle pun bukan nya tergolong dalam pelajar "cerdik pandai"
Uncle pun bukan nya berada dalam kelas nombor satu sewaktu belajar dolu dolu
Uncle dolu sewaktu tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 ... Uncle hanya berada di kelas nombor 2 sahaja
Uncle mahu kalian jangan rasa rendah diri
Uncle mahu korang ada semangat juang yang tinggi
Semangat juang yang tinggi boleh membawa kita ke destinasi kejayaan ke puncak saner
Percayalah cakap Uncle bahawa usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang ohsem
.
.
Ada kawan-kawan Uncle yang dikenali
Pelajar pintar sewaktu di sekolah yang berstatus Sekolah Berasrama Penuh
Kecundang di peringkat exam spm
Ada jugak di peringkat universiti pun boleh tersingkir
.
.
Maafkan Uncle jika berceloteh di potang nie
Alhamdulillah Uncle bersyukur kepada ALLAH dengan keputusan 4A + 1C
Uncle diberi peluang untuk menikmati kehidupan pinjaman dari NYA
Aamiin😄👍
Cer SHARE jika manfaat
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment