31 August 2017

Berbuka puasa 

Berbuka puasa sunat 

Alhamdulillah 


Siap satu lagi kes

Siap lagi satu kes table top & kitchen kabinet ...

Alhamdulillah ...


Makin seronok

MAKIN SERONOK TENGOK RUMAH BUSUK SUDAH MULA BERUBAH

- usaha saya mencantekkan pemandangan dari sebuah rumah busuk


Tatkala saya menunjukkan rumah busuk pada awal tahun ini 2017

Ramai yang mencebik kan bibir

Rumah yang teruk:

1. Keliling rumah yang semak samun

2. Rumah busuk yang tinggal rangka 

3. Jiran sekeliling yang pandang saya dengan pandangan sangat sinis

4. Rumah yang sudah tiada tandas

5. Sekali pandang macam nak roboh dah


Saya usahakan:

1. Selesai kan transaksi rumah busuk ini

2. Bayar semua bil bil tertunggak

3. Lantik pihak lawyer

4. Buat permohonan dari pemaju asal untuk buat direct transfer 

5. Masukkan meter air

6. Buat planning untuk wangi kan

7. Bincang dengan kontraktor binaan, elektrik dan gril

8. Jumpa jiran sekeliling sebelum mulakan kerja ubahsuai 

9. Persediaan modal untuk mulakan kerja ubahsuai 

10. Mulakan kerja ubahsuai pada hujung julai 2017 yang lalu


Memang perlukan usaha yang jitu

Tanpa berbelah bahagi

Tak boleh hangat hangat tahi ayam

Ini bukan kerja main main

Ini lah hobi saya

Ini minat saya 

Ini aktiviti saya

Selamat hari kemerdekaan ke 60 tahun

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


29 August 2017

Elak fikir negatif

ELAK FIKIR NEGATIF RUMAH BUSUK


Fokus sesuatu yang positif berkaitan rumah busuk

Jangan lah pandang perkara yang negatif jer:

1. Susah cari rumah busuk

2. Susah nak beli rumah busuk

3. Tak tahu cara nak selesai dokumen rumah busuk

4. Tak ada modal nak beli rumah busuk

5. Rumah busuk uzur dan busuk

6. Maner nak cari kontraktor ubahsuai 

7. Tiada idea nak wangi kan rumah busuk

Banyak sangat fikir yang negatif memang akan jadi payahlah

Kuatkan semangat untuk pandang perkara yang positif 

Mula kan fokus untuk mewangikan rumah busuk

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


28 August 2017

Negatif

Jangan pandang sangat perkara negatif pada rumah busuk ... tur jer nak cakap 😄



Kental

HATI PERLU KENTAL LAYAN RUMAH BUSUK


Sebabnya:

1. Keadaan rumah yang uzur

2. Tiada bumbung

3. Tiada pintu

4. Penuh sampah sarap

5. Bini pun bising weh 

6. Nak cari modal nak repair lagi

7. Kontraktor perlu yang sesuai 


Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar kes rumah busuk yang sedang di ubahsuai sekarang nie

Porch selebar 26 kaki hanya tiang di kiri dan di kanan

2 bulan lagi dijangka siap sepenuhnya 


26 August 2017

Seminar

Debor nak kongsi ceriter "rumah busuk" ...

Lebih 400pax

Yuhuu😄


Seminar

Saya berada di dalam Seminar VIVA HARTANAH IPOH PERAK 

Kehadiran sekitar 400 pax

Wow ...


Seminar ...

Hampir sampai ke lokasi seminar VIVA HARTANAH ...


Viva hartanah 

Moh kiter ke SEMINAR VIVA HARTANAH ...



Ada hantu ker

DI DALAM RUMAH BUSUK ADA HANTU KER ?


Agak agak korang lah

Di dalam rumah busuk

Ada hantu ker ?

Maklum lah keadaan rumah yang buruk

Tiada tingkap

Pintu pun dah hilang

Syiling dah hancus

Sebahagian atap bumbung dah pecah

Penuh dengan sampah sarap

Kekadang ada pelbagai lukisan di conteng di dinding 

Tanah kat depan dan belakang penuh lalang dan pokok dah tumbuh

Erkkk kekadang saya nak masuk pun memang terasa seram

Naik bulu roma beb

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


25 August 2017

Viva hartanah

VIVA HARTANAH 2017


Esok Sabtu 26 Ogos 2017 

Teman dijadualkan akan berada di Ipoh

VIVA HARTANAH 

Teman jumper komer yer esok

Slot saya diaturkan pada jam 11.30am pagi sehingga jam 12.30pm

Tajuk "RUMAH BUSUK MENJADI WANGI"

Tak sabo nak jumper komer di ipoh weh

Debor plak nak bercakap atas pentas di depan komer yer


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Kitchen kabinet 

TABLE TOP & KITCHEN KABINET PENYERI RUMAH BUSUK


Table top & kitchen kabinet adalah penyeri kepada rumah busuk

Sediakan lah bajet yer

Comfirm tak menyesal jika ruang dapur dah sempurna macam dalam gambar tur

Jika nak lebih terserlah boleh pilih warna yang terang

Wow

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


24 August 2017

Table top

Dah siap lagi kes table top

Wet kitchen & dry kitchen 

Nampak sempurna dah

Kitchen kabinet dah disukat dan ditempat di bengkel

Jika tiada aral 

Minggu depan siap pasang

InsyaAllah 

😄👍


Kongsi ilmu

KONGSI ILMU RUMAH BUSUK


Jangan lokek untuk kongsi ilmu rumah busuk dengan semua orang


Ambil peluang untuk berkongsi ilmu melalui platform:

1. Share kan di facebook 

2. Bersembang di mamak pun boleh

3. Dalam group wasup boleh ditaip


Dengan berkongsi ilmu rumah busuk boleh mendapat faedah:

1. Dapat ramai kawan

2. Boleh ber networking 

3. Dapat pahala


Saya cuba buat untuk memberi kesedaran kepada semua kenkawan tak kiralah samada saya mengenali anda atau tidak

Doakan saya mampu untuk terus istiqamah untuk berkongsi ceriter dan pengalaman rumah busuk

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


23 August 2017

Slide

Baru nak mula tajuk buat slide untuk seminar hipster viva hartanah sabtu nie ... 😄



Pandang

PANDANG RUMAH BUSUK


Korang nak pandang rumah busuk dengan sebelah mata pun tak per

Bagi peluang kat saya untuk pandang dengan dua belah mata yang juling 

Bleh ker cakap gitur kenkawan 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


22 August 2017

Bersepah

BERSEPAH DALAM RUMAH BUSUK


Kerja ubahsuai sedang dijalankan di dalam rumah busuk

Memang akan nampak bersepah dalam rumah busuk

Nak berjalan pun perlu berhati hati

Ada besi tajam atau paku di sana sini

Nie lah suasana sewaktu proses ubahsuai dijalankan

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


21 August 2017

Body guard 

SYOK TENGOK PROGRES RUMAH BUSUK


Weken yang lepas

Lawat projek rumah busuk

Syok tengok progres rumah busuk:

1. Dah ada beam

2. Dah ada kekuda besi

3. Dah ada atap

4. Dah mula ada dinding

Tambahan pula ada ditemani "body guard taekwando black belt Muhammad Asyraf berumur 10 tahun"

Aktiviti coti hujung minggu melayan hobi hartanah rumah busuk

Manfaat masa yang ada

Yuhuu 😄


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk 



20 August 2017

Riadah

STAMINA RUMAH BUSUK


Riadah

Bina stamina untuk sukan sea

Ehhh silap 

Stamina untuk rumah busuk

Di potang ahad

Yuhuu😄


Table ...

Bina table top

1. Wet kitchen 

2. Dry kitchen 

Aktiviti hari coti ahad

😄


19 August 2017

Udang goreng butter

UDANG GORENG BUTTER


Lewat petang sabtu tadi

Sempat bawak family makan

Bonding time

Sambil layan rumah busuk family tidak disisihkan

Kidos nak makan udang goreng butter

Sedap gak

Sambil angin sepoi sepoi bahasa menyapa diselang seli kan dengan deruman enjin bot

Kekenyangan tadi

Alhamdulillah 



Konkrit Table top

KONKRIT UNTUK TABLE TOP 18 KAKI PANJANG 


Siang tadi siap konkrit untuk table top lebih 18 kaki panjang 

Tunggu keras konkrit 

Boleh pasang tiles

Sekadar ingin mahu memberi manfaat yang memerlukan 

Esok ada kes lagi nak bina table top

Minggu depan pun dah ada Q kes lagi

Syok rasa dapat memberi kebaikan kepada orang lain

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Kidos

4 Kidos ...

Baling batu ...


Kepenatan 

Kepenatan melayan hobi rumah busuk ...



Roommate 

ROOMMATE RUMAH BUSUK


Inilah roommate saya

Yang kerap memberi pandangan tentang hobi rumah busuk yang saya minat

Dia jua orang pertama yang menentang hobi saya ini

.

.

Tapi kini dia lah yang banyak memberi sokongan dan komen yang menyokong 

Alhamdulillah 


Yuhuu😄

Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



Madu

Madu

Ehh nangka madu 

Sedap nyer 

Manis beb



18 August 2017

Rumah busuk

RUMAH BUSUK


Kita kongsi ilmu

Kita cipta peluang

Kita kongsi peluang 

Kita beri manfaat kepada orang lain

Kita akan rasa nikmat keseronokan apabila dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukan

Mereka yang menghargai peluang itu

Itulah hasrat "Ir. AJAK" untuk bantu seramai yang terdaya dan termampu melalui "RUMAH BUSUK"

Dah lama aktiviti ini berjalan

Moga ALLAH s.w.t memberkati usaha kecil saya ini untuk membantu ummah

Berkat doa pada hari jumaat penghulu segala hari

Doakan yer kenkawan 

InsyaAllah 

Aamiin

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota: 

Gambar merupakan rumah busuk yang sedang diusahakan transaksi masih pada peringkat awal


17 August 2017

7 faktor kos

7 FAKTOR KOS BAJET RENO RUMAH BUSUK


Nak reno rumah busuk perlu ada bajet

Tak der bajet memang payah nak laksanakan proses reno

Betoikan ?

Kos reno bergantung kepada beberapa faktor:

1. Item yang mahu dibuat renovation 

2. Kualiti yang dimahukan untuk hasil rumah wangi daripada rumah busuk

3. Tempoh masa yang ditetapkan

4. Kekadang sikap kita juga menjadi penentu harga kos ... contoh kita nie jenis jujur atau sebaliknya ... kontraktor pun risau kena kencing dari sudut bayaran 

5. Kita nie jenis boleh bertolak ansur atau fussy sangat dari segi kualiti ... maka kontraktor akan letak harga yang lebih tinggi sket

6. Guna khidmat kontraktor yang kita kenali atau kenkawan ler

7. Skil kita nak nego harga pun memainkan peranan jugak kot

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebenar kes rumah busuk


16 August 2017

Tokei kedai tayar

Rumah dah siap wangi ... ramai pulak yang bertanyer ... tokei kedai tayar pun berminat gak ... nampak ker ... tur jer nak cakap yer 😄



Istiqamah timba ilmu

ISTIQAMAH TIMBA ILMU RUMAH BUSUK


Jika dah mula ada bibit bibit minat terhadap rumah busuk

Mula kan lah istiqamah untuk menimba segala ilmu yang berkaitan rumah busuk melalui:

1. Membeli buku berkaitan hartanah 

2. Membeli ebook berkaitan hartanah 

3. Membeli buku & ebook berkaitan pengurusan kewangan

4. Folow semua sifu sifu berkaitan hartanah di fesbuk 

5. Hadir seminar yang berada dipasaran

6. Boleh jumpa semua sifu sifu hartanah yang sediakan khidmat personal coaching 

7. Layari laman portal yang ada info tentang hartanah 

Terus berusaha tanpa jemu

Terus berusaha tanpa mengalah

Terus berusaha tanpa kenal erti gagal

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebenar kes rumah busuk yang telah menang lelong ... masih belum di wangi kan


15 August 2017

Rumah busuk

BERHASRAT UNTUK MEMILIKI RUMAH BUSUK


Saya berhasrat untuk memiliki rumah busuk yang ini

Korang doakan yer agar saya berpeluang untuk memiliki unit yang ini tau

Harapan dan doa saya agar semua urusan dipermudahkan

Moga moga berkat doa dari kalian semua akan diterima oleh NYA

InsyaAllah 

Aamiin😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


14 August 2017

4 gelang

Keter 4 gelang nie

Suker sangat halang van aku 

Aduyaiii 


7 elemen 

7 ELEMEN ISTIQAMAH RUMAH BUSUK


Jika dah mula ada bibit bibit minat rumah busuk

Mulalah istiqamah untuk 7 elemen berikut:

1. Timba ilmu

2. Kumpul modal

3. Cari rumah busuk

4. Miliki rumah busuk

5. Cari kontraktor

6. Wangikan rumah busuk

7. Bina networking

Terus berusaha tanpa jemu

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


13 August 2017

Seminar

SEMINAR POTENSI HARTANAH SEREMBAN 


Fully booked 

Penuh satu dewan

Berjalan dengan lancar hari ini

Syok dapat berkongsi ceriter rumah busuk dan pengalaman

Terbaek rakan rakan SIT