04 August 2017

Buntu ... sambungan 

BUNTU PASAL RUMAH BUSUK

(sambungan tulisan semalam)


Setiap kali saya berceriter pasal rumah busuk

Setiap kali saya uplud gambar rumah busuk menjadi rumah wangi

Mungkin sudah ada di kalangan kalian yang terusik minda untuk melayan hobi hartanah rumah busuk

Maksudnya sudah ada bibit bibit minat

Cuma ada kekangan dari:

1. Tak tahu nak cari rumah busuk

Ronda ronda kawasan sekeliling taman berhampiran

Layari laman web berkaitan lelong

Tanyer lah kenkawan agent


2. Tak tahu nak beli rumah busuk

Belilah buku buku berkaitan hartanah 

Hadir kelas seminar yang ada di pasaran

Guna khidmat agent 


3. Tak tahu nak ubahsuai rumah busuk

Guna khidmat rakan yang minat deco deco rumah

Mesti dia minat nak bantu


4. Tak tahu nak cari kontraktor rumah busuk

Payah nak deal dengan kontraktor yang boleh dipercayai

Kekadang harga yang dia bagi pun agak tinggi 

Tambahan pula terasa tiada keyakinan dengan pihak kontraktor 


5. Tak tahu nak pantau kontraktor rumah busuk

Tak biasa nak handle karenah kontraktor nie kan

Kekadang perlu koordinasi kan antara kontraktor binaan dan kontraktor elektrik pun leceh

Belum jika kontraktor buat kerja separuh jalan dan lari


6. Tak tahu potensi rumah busuk 

Sekali pandang macam senang layan rumah busuk nie yer

Mahu tak mahu kena tahu gak potensi sesebuah rumah itu

Boleh disewakan ker


7. Tak tahu nak cari modal rumah busuk

Ini topik panas

Ini topik utama

Ramai yang cakap modal sangat penting

Hakikat nya memang penting pun


Jika korang rasa payah nak layan rumah busuk

Bagi peluang kat "Ir. AJAK" jer lah yang layan 

Abis ceriter (sajer nak bagi korang bengang ... Hehehee 😄)

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambar sebenar kes rumah busuk yang telah menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor"

Sebelum & Selepas


No comments:

Post a Comment