31 August 2017

Makin seronok

MAKIN SERONOK TENGOK RUMAH BUSUK SUDAH MULA BERUBAH

- usaha saya mencantekkan pemandangan dari sebuah rumah busuk


Tatkala saya menunjukkan rumah busuk pada awal tahun ini 2017

Ramai yang mencebik kan bibir

Rumah yang teruk:

1. Keliling rumah yang semak samun

2. Rumah busuk yang tinggal rangka 

3. Jiran sekeliling yang pandang saya dengan pandangan sangat sinis

4. Rumah yang sudah tiada tandas

5. Sekali pandang macam nak roboh dah


Saya usahakan:

1. Selesai kan transaksi rumah busuk ini

2. Bayar semua bil bil tertunggak

3. Lantik pihak lawyer

4. Buat permohonan dari pemaju asal untuk buat direct transfer 

5. Masukkan meter air

6. Buat planning untuk wangi kan

7. Bincang dengan kontraktor binaan, elektrik dan gril

8. Jumpa jiran sekeliling sebelum mulakan kerja ubahsuai 

9. Persediaan modal untuk mulakan kerja ubahsuai 

10. Mulakan kerja ubahsuai pada hujung julai 2017 yang lalu


Memang perlukan usaha yang jitu

Tanpa berbelah bahagi

Tak boleh hangat hangat tahi ayam

Ini bukan kerja main main

Ini lah hobi saya

Ini minat saya 

Ini aktiviti saya

Selamat hari kemerdekaan ke 60 tahun

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


No comments:

Post a Comment