10 September 2017

Dapur 

RUANG DAPUR RUMAH BUSUK FLAT MENJADI WANGI


Syabas The AJAK Team 

(The A Team ... gabungan beberapa kemahiran kontraktor yang Ir. AJAK koordinasi kan)

Memberi manfaat dengan mewangikan keseluruhan sebuah rumah unit flat lokasi di Selangor

Memulihkan menjadi unit basic house yang selesa untuk didiami 

Cuma pagi nie saya hanya berpeluang nak kongsikan cerita wangi kan untuk ruangan dapur sahaja

Skop kerja:

1. Bersih kan dapur dari kekotoran

2. Gantikan pintu yang rosak

3. Ganti kan tingkap besi nako

4. Gantikan cermin tingkap nako

6. Ganti lampu

7. Tambah plug elektrik 

8. Buka sinki asal

9. Bina table top dan sinki

10. Pasang kitchen kabinet bawah & atas

11. Pasang hood

12. Dapur gas

13. Cat ruangan dapur

Walaupun ruang dapur yang kecil dan terhad

Jika dimanfaatkan sebaiknya ruang ini akan memberi kesan yang sangat positif

Kos anggaran sekitar RM6 ribu termasuk semua item di atas dan kos upah

Penat gak angkat barang binaan naik tangga dari ruang parking kereta yang terhad

Bawak turun barang buangan dan sampah sarap jugak amat memenatkan

Syok tengok dah siap cam gini

Kan kan kan

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


No comments:

Post a Comment