03 September 2017

Perkhidmatan ...

JIKALAU Ir. AJAK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KONSULTASI "RUMAH BUSUK"


Jikalau Ir. AJAK suatu hari nanti ada menyediakan perkhidmatan konsultasi pelbagai perkara berkaitan "Rumah Busuk":

1. Khidmat nasihat apa sahaja perkara berkaitan rumah busuk

2. Khidmat motivasi untuk menanam minat terhadap rumah busuk

3. Speaker berkaitan rumah busuk menjadi rumah wangi

4. Menganjurkan seminar berskala kecil berkaitan rumah busuk menjadi rumah wangi

5. Mencarikan listing rumah busuk untuk anda

6. Membantu anda untuk transaksi memiliki rumah busuk melalui lelongan awam (lawat rumah busuk, bil bil utiliti tertunggak, bil cukai pintu, bil cukai tanah, carian persendirian, POS, wakil masuk lelong)

7. Membantu anda untuk transaksi memiliki rumah busuk melalui kaedah subsale (guna khidmat Agent REN)

8. Membantu anda untuk urusan pembiayaan dengan pihak bank kepada anda yang layak & memenuhi syarat

9. Membantu anda untuk urusan dengan pihak lawyer

10. Membantu anda untuk urusan penilaian terhadap rumah berkenaan

11. Memberi idea input untuk mewangikan rumah busuk

12. Membantu anda untuk urusan dengan kontraktor binaan, kontraktor elektrik, kontraktor gril pagar, kontraktor aircon, kontraktor kitchen kabinet

13. Membantu anda untuk mengirakan kos bajet untuk wangikan rumah busuk

14. Membantu anda untuk urusan mencari bakal buyer rumah yang sudah wangi

15. Membantu anda untuk urusan dari mula sampai selesai transaksi jualan rumah yang sudah wangi


Dengan kata lain perkhidmatan konsultasi rumah busuk dari A ke Z iaitu ONE STOP CENTRE RUMAH BUSUK


Korang berminat ker nak gunakan kepakaran Ir. AJAK nie ? ? ?

Mohon bagi respon dan komen kepada saya untuk saya berfikir bagi mengambil tindakan selanjutnya jika perlu

Sekadar berhasrat untuk memberi manfaat kepada ummah selari dengan minat hobi saya ini

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


No comments:

Post a Comment