30 November 2017

Manchester 

Kitorang melompat bintang di depan stadium dekat Manchester nie haaa 😀


29 November 2017

Menapak

Lepas subuh dah menapak ... 

Kami guna public transport jer ...

Tak cukup ongkos nak guna taxi ...

Yuhuu😀


Sojuk

Sojuk nak ambil wuduk subuh nie 

Ggrrrrrr 😀


28 November 2017

Bercuti

CUTI REHAT SEKETIKA DARI AKTIVITI RUMAH BUSUK


Saya bercuti rehat seketika

Sekitar 2 minggu dari menjalankan aktiviti rumah busuk

Nak rehatkan minda dan recharge energy

Berhasrat bermusafir di bumi milik NYA ini

Terasa semput dari awal tahun hingga ke hujung tahun ini melayan hobi rumah busuk tanpa henti 

Bawa kidos sempena cuti skolah yang panjang nie jugak

.

.

Saya pohon maaf atas segala ketelanjuran bicara di media sosial nie yer

Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali

InsyaAllah 

Amiin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


27 November 2017

Berabuk

Dah berabuk ... baru nak keluar kan ...


Kari

Wife masak kari kepala ikan malam nie

Walawei mabeles nyer

Kalah restoran mamak kat depan simpang tur

Alhamdulillah sedap


Mandi

Singgah mandi 

Selesa sket nak lawat rumah busuk


Kekuda

KEKUDA BESI RUMAH BUSUK


Monday blues

Ada yang bersemangat 

Ada yang malas malas

Cuaca semalam tak berapa nak baik

Kerana mendung & hujan

Progres makin baik bagi rumah yang sedang di ubahsuai 

Pada porch dah siap pasang besi kekuda

Minggu nie boleh siap pasang atap genting

Makin menyerlah bahagian porch dengan atap genting yang baru

Yuhuu😀


Ir. AJAK


26 November 2017

Udang 

Anak udang galah ...

Manis isinya ...

Wife masak ...

Alhamdulillah 


Bako

Sekilo sekor

Talipia merah 

Wow aroma bau pun dah sedap 

Pandai wife bako atas kuali

Alhamdulillah 


Dilema

SANTAI LAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Jangan tension:

Tak payah tension sangat tengok saya layan hobi rumah busuk nie

Tiada niat saya pun nak tunjuk riak wei

Suatu masa dahalu

Saya layan hobi ini secara sendiri jer

Tak berkongsi pun dengan kalian semua

Saya tak aktif sesangat nak kongsi hobi rumah busuk di wall fb

Tapi ada lah sesekali uplud menu makanan

Namun atas desakan kenkawan terdekat

Minta saya kongsikan semua cerita di wall fb sebagai satu medium "berkongsi ilmu"


Berkongsi ilmu:

Saya fikir pun memang ada baiknya

Saya berkongsi ilmu dan memberi manfaat kepada orang lain

Kongsi aktiviti yang rare

Kongsi aktiviti yang jarang dibuat kita

Miliki rumah yang busuk

Lakukan proses ubahsuai atau renovation 

Rumah akan jadik wangi

Ramai yang akan minat


Salah erti:

Saya tak mahu

Niat saya nak berkongsi ceriter

Mahu beri manfaat kepada ummah

Nanti di salah erti

Dikatakan riak

Dikatakan tamak beli rumah busuk

Tak mustahil jika di katakan kapitalis

Lebih malang jika di sama kan dengan yahudi


Dilema:

Nak teruskan kongsi ceriter aktiviti rumah busuk di fb

Terasa malas dah

Tapi jika tak kongsi 

Maka tak dapat memberi manfaat kepada kenkawan 

Entahlah

Saya dilema buat masa ini


Maaf lah:

Maaf lah kerana membebel tak tentu tajuk pada hari ini ahad

Saya baru balik dari lawat rumah busuk

Dah ini hobi saya sejak bertahun tahun dahulu

Yuhuu😀


Pujuk:

Maner tau korang nak pujuk saya😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Porch pun sudah naik besi bumbung tur

Syok layan hobi rumah busuk nie😀


25 November 2017

Hindustani 

Layan hindustani kat teebee beso 60 inci 

.

.

Malas nak uplud gambo RUMAH BUSUK ... kang dikatakan yahudi plak ... simpan jer dalam album henpon

Yuhuu 😀


Durian

Pepagi sabtu 

Mencari durian weh

😀


24 November 2017

Tandoori

Uplud gambo makanan jer lah

Tak mau uplud citer rumah busuk 

Yuhuu😀


Dokumen 

DOKUMEN RUMAH BUSUK


Jika korang dah mula terjebak dengan transaksi rumah busuk

Eloklah mula belajar untuk menyimpan semua dokumen yang berkaitan 

Maner tau suatu masa nanti senang untuk di rujuk semula

Jika "lembaga" dah merisik pun dah senang 

Betoikan 😀


Ir. AJAK


23 November 2017

Hadiah

HADIAH UNTUK ABANG NGAH ...

Beserta postpaid nombor celcom ...

Nombor agak mudah diingati 019 66 22 +++


Kesyukuran 

Papa & Mama 

Bangga dengan Abang Ngah

Alhamdulillah 

Kepada MU kami memanjatkan setinggi kesyukuran ...


Tahniah 

TAHNIAH KEPUTUSAN UPSR 2017


Tahniah kepada semua 

Untuk anak-anak semua 

Kalian anak anak yang hebat hebat belaka

Yang dapat banyak A

Yang dapat banyak B

Yang tak dapat A

Yang tak dapat B

Yang dapat keputusan selainnya C / D / E

Semua nya saya ucapkan setinggi tahniah

Semua dah melakukan yang sebaiknya

Apa pun keputusan yang diterima

Terima lah seadanya yer

Ini baru permulaan

Ini baru tangga yang pertama

Banyak lagi tangga mahu dilangkah kan

Jangan kecewa sangat 

Jangan gundah gulana

Masih jauh perjalanan lagi tau

Sama sama kita support anak anak

Itulah keputusan yang sudah tersurat

.

.

Nak beritahu dolu masa saya di sekolah rendah tahun 1985

Keputusan saya tak lah sebaik mana pun

Ada "C" pun

Saya bukan golongan pelajar pintar

Tidak pernah naik ke atas pentas untuk ambil hadiah kecemerlangan pun

Saya "nakal" sket weh

Yang penting teruskan mendaki ke puncak

Tanpa mengenal erti putus asa

Tanpa kenal erti mengalah

Terus kan usaha sungguh sungguh

Kejayaan ada di mana mana

Bumi milik ALLAH nie luas

Rezki pun luas

Ayuh untuk kita terus mendaki ke puncak 

Kepada ALLAH kita berserah

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK


Lhdn

Saya di risik "LEMBAGA"

Bukan di ushaaa lagi tau

Kena AUDIT nie untuk 6 tahun "RUMAH BUSUK"

DEMAM seminggu yer

Ok baiiiiii


22 November 2017

Pecah

PECAHKAN TINGKAP RUMAH BUSUK


Dipecahkan sana 

Dipecahkan sini

Termasuk lah pecahkan tingkap rumah busuk

Itu biasa bagi kaedah ubahsuai sebuah rumah busuk

Setelah dipecahkan 

Dibina semula

Bukan senang nak mewangikan sebuah rumah busuk nie

Yuhuu😀


Ir. AJAK


21 November 2017

Ayam

Ayam Gril Madu

Sedap wife masak nie

Alhamdulillah 😀👍


Titanic 

Titanic ... layan potang nie ... tersentuh perasaan ...


Bersepah 

BERSEPAH BAHAN BINAAN PADA RUMAH BUSUK


Apabila kontraktor sudah memulakan kerja ubahsuai 

Pasti keadaan rumah busuk akan bersepah bahan binaan

Setiap ruang pasti akan ada terisi dengan pelbagai bahan

Keadaan begini memang tak selesa bagi mereka yang tak biasa

Kekadang paku pun banyak

Perlu berhati hati kerana kontraktor sedang buat kerja

Sajer kongsi kan kepada kalian semua

Yuhuu😀


Ir. AJAK


20 November 2017

Kongsi

Berkongsi ilmu & pengalaman ...


Porch 

BINA PORCH RUMAH BUSUK


Porch menarik minat bakal penyewa

Tak kecuali juga boleh menarik bakal buyer

Tur sebab saya usahakan juga untuk membina porch

Malah porch juga boleh menaikkan nilai hartanah 

Yuhuu😀


Ir. AJAK


19 November 2017

Seminar

Secawan 

Pekena neskape di sini plak

Sajer jenjalan 

.

.

Boring asyik mamak di soromban jer

.

.

Usha RUMAH BUSUK area sini

Yuhuu😀


Saya

Ir. AJAK ...


Sonyum

HARI AHAD BEKERJA RUMAH BUSUK


Pekerja kontraktor menyapa saya 

"Boss ... tak der topi yang lain ker ? ... saya jawap ... topi nie umurnya dah hampir 20 tahun tau ... saya sayang topi nie macam saya saya wife saya ... terkedu dia dengor penjelasan saya"

.

.

Progres rumah busuk:

1. Tiang porch dah tegak

2. Dah buat acuan beam

3. Dah pasang besi

4. Lewat petang semalam dah konkrit 

Next week dah boleh pasang kekuda besi

.

.

Dari celah tingkap rumah jiran tur

Macam ada awex mengintai

Tur yang ada sonyum sket kat muka saya

Yuhuu😀


Ir. AJAK 


Mandi

Singgah di sini pagi ahad

Ada awex pernah cakap kat saya

Jika nak lihat seseorang tur pembersih ker idak

Tengok cara dia jaga kenderaan dia

Gitulah cara dia jaga kebersihan

Betoi ker idak kebenaran 

Saya tak tahu lah

Tapi saya layan jer hobi rumah busuk 

Mandi tetap mandi wei

Siap sembur CK One lagi

Yuhuu 😀


Ir. AJAK


NOTA:

Kuota masih ado 3 laieee

Wowowo

Harap membesor tak baca status nie

Kang kena pulas telinga

Hehehee 👍


Maggi

Bekfes kegemaran saya di pagi minggu

Maggi goreng

Wife masakan

Alhamdulillah 


Extend

 BAHAGIAN DEPAN RUMAH BUSUK


Pagi ahad yang ohsem

Walaupun cuaca tak menentu

Aktiviti usaha untuk mewangi kan rumah busuk mesti diteruskan 

Ini projek terakhir untuk tahun ini 2017


Progres makin menjadi:

1. Frame pintu lebar 1.5 dah ditegakkan

2. Batu batu dinding pagar antara rumah jiran dah mula diikat

3. Extend bahagian dapur

4. Extend sket ruang tamu


Hati saya berbunga bunga heppy apabila melihat hasil usaha sebegini

Tak ada rasa penat

Tak ada rasa bosan

Masa digunakan sebaiknya

Walaupun ke hulu ke hilir saya menjalankan aktiviti rumah busuk


Family memahami minat saya

Wife menyokong 

Kidos dah mula masak dengan aktiviti saya

Kerana kidos tahu cuti sekolah bermula minggu depan

Pasti ada surprise untuk kidos

Wow


Ir. AJAK


18 November 2017

Durian

Dheroyan kampong ... 

Thorbaek sedap ...


Pilihan hati

RUMAH BUSUK PILIHAN HATI


Ke hulu ke hilir menyusuri padang

Yang uzur yang buruk juga minat di hati

Yang lain saya tak mandang

Hanya rumah busuk pilihan hati

Yuhuu😀


Ir. AJAK



17 November 2017

Demam

Today malam isi fuel RM112 baru dapat 42 liter

.

.

Semalam isi RM100

.

.

Kempis dompet weh

Merempit pakai van nie

😀


Terlopong 

TERLOPONG DINDING RUMAH BUSUK


Pagi jemaat nie

Malas nak taip pepanjang

Nak tunjuk gambo sebelum dan selepas

Dinding yang terlopong tur

Skrang dah sempurna

Jangan jeles yer

Yuhuu😀


Ir. AJAK


16 November 2017

Terasa gak

Terasa jugak

RM100

Baru dapat 37 liter jer

Untuk sekali isi tahan untuk 3 hari

Alahaiiii 


Korang pun boleh

KORANG PUN BOLEH LAYAN RUMAH BUSUK


Saya yakin dan percaya

Korang pun boleh layan rumah busuk

Copy paste jer cara saya

Banyak kebaikan yang akan diperolehi 

Termasuk kita dapat menggembirakan hati jiran jiran sekeliling kerana kita telah mencantekkan mungkin "sarang mat pit" lepak di rumah busuk itu

Pemandangan rumah akan jadi cantek

Kawasan akan jadi bersih

Betoi kan

😀

.

.

Inilah dinding rumah sebelum dan selepas 

Banyak perbezaan yang ketara

Usaha ini akan diteruskan sebaiknya

InsyaAllah 


Ir. AJAK


15 November 2017

Bedebor

Darah gemuruh di atas pentas

Bedebor weh

"Hartanah Rumah Busuk"

Berkongsi ceriter & pengalaman

😀


Ir. AJAK 


Share

SHARE PENGALAMAN RUMAH BUSUK


Saya tak kisah lah apa orang lain nak cakap

Saya share jer pengalaman rumah busuk

Jika bermanfaat pada korang ambil lah yer sebagai panduan

Jika rasa menyampah saya tidak pernah memaksa kalian yer

.

.

Bagi saya dengan cara share ilmu & ceriter rumah busuk merupakan satu kepuasan yang sukar di gambar kan dengan kata kata

Satu perkara yang menyeronokkan dalam diary kehidupan saya aktiviti nie

Tidak ada orang yang paksa saya untuk menaip keypad henpon untuk berceriter tentang rumah busuk

Tidak ada orang bayar pun kepada saya untuk berkongsi ceriter di wall fb nie

Semuanya lahir dari rasa ingin berkongsi sesuatu dengan kalian semua

Sekadar untuk memberi manfaat 

.

.

Kekadang tiada idea nak menulis di wall fb tentang ceriter rumah busuk

Saya belasah jer taip

Yuhuu😀


Ir. AJAK


14 November 2017

Segan

SEGAN PLAK RASANYA


Tatkala gambo Ir. AJAK berada dalam tur

Dengan tajuk "Hartanah Rumah Busuk"

Di kalangan mereka yang popular:

Mira filzah

Datuk aflin

Shuib

FR

Azizi ali

Dan lain lain

Yuhuu 😀


Ir. AJAK


Dinding

DINDING RUMAH BUSUK


Nak tunjukkan dinding rumah busuk

Sebelum dan selepas

Keterangan:

1. Gambar asal dinding rumah busuk

2. Sewaktu proses ubahsuai 

3. Dinding rumah busuk sudah menjadi wangi

Apabila sudah disempurnakan nampak cantek kan kan😀


Ir. AJAK