24 August 2019

Pilihan rumah busuk

MILIKI RUMAH BUSUK IKUT KEMAMPUAN


Banyak kategori rumah busuk yang boleh dimiliki

Ikut kemampuan memasing yang ada

Buat lah pilihan yang sesuai dengan kehendak kita

Tidak ada paksaan dalam perkara ini


Antara kategori rumah rumah busuk tersebut ialah:


A. Rumah busuk banglo

Yang ada wang lebih atau ada peluang kemudahan pembiayaan

Ada kemampuan boleh pilih yang ini


B. Rumah busuk semi d

Jika ada yang minat rumah berkembar

Memang boleh pilih yang ini

Maner tau ada kenkawan yang nak buat jiran

Kawan yang kenal dari kecil

Dah tahu hati budi dan mahi jadi jiran plak 


C. Rumah busuk teres

Ada pilihan untuk rumah teres 1 tingkat atau 2 tingkat

Samada unit tengah atau corner lot jika ada peluang


D. Rumah busuk pangsapuri mewah

 Nak selesa dan ada pelbagai kemudahan pelbagai

Termasuk yang ada siap pengawal keselamatan


E. Rumah busuk pangsapuri

Janji ada rumah kan

Tak kisahlah apa senario pun

Mula kan dengan pangsapuri pun boleh gak


Tidak timbul isu nak ambil hak orang lain

Yang pasti miliki lah rumah busuk itu secara berhemah dan mengikut lunas & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa


Jika berkelayakan untuk memiliki sesebuah unit rumah busuk berkenaan tidak ada sebarang masalah yer

Sebagai contoh nya jika sebuah unit rumah busuk itu tidak layak di miliki pada peringkat awal kerana disebabkan syarat tertentu


Tetapi apabila telah masuk di kamar lelongan awam

Maka unit rumah busuk itu telah terbuka di miliki secara kaedah lelongan awam lah

Elok ikut saluran yang telah ditetapkan 

Tidak timbul isu dah lah !


Pilihan di tangan kita semuanya 

Nak miliki rumah busuk secara subsale atau pun secara kaedah lelongan awam

Pilih jer lah salah satu kaedah itu

Tidak ada sesiapa yang melarang

Bincang bebaik dengan pasangan kita untuk pilih yang mana satu pilihan hati & family


Korang kena ambil tahu juga mesti nak ado modal untuk kos mewangi kan rumah busuk itu jika rumah berkenaan dalam keadaan sangat busuk


Heppy weken kenkawan 

Saya pun ada beberapa jadual untuk tujuan rumah busuk weken ini

Layan jer hobi nie !

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





No comments:

Post a Comment