17 August 2019

Porch

PROGRES PORCH RUMAH BUSUK


Dah genap seminggu berlaku sejak sabtu lepas tsunami viral

Walaupun tsunami viral melanda

Walaupun saya kurang selesa

Walaupun bertalu talu mesej masuk

Walaupun masa saya banyak ke hulu ke hilir berkaitan perkara itu termasuk siasatan polis

Walaupun saya kurang tidur

Walaupun kurang selera makan

Saya & family kena move on


Namun perjalanan aktiviti rumah busuk 

Masih berjalan seperti biasa

Saya minta team teruskan kerja macam biasa

Progres porch rumah busuk sudah sampai ke tahap ini

Dijangka bulan depan akan siap sepenuhnya sebuah rumah Fully Renovated 

Korang team kena fokus untuk terus memberi manfaat kepada ummah


Anggaplah dengan usaha mewangi rumah busuk 

Merupakan satu fardhu kifayah untuk memberi manfaat melalui tempat untuk tinggal berlindung sesebuah keluarga

Kita bagi orang heppy


Apabila kita berniat baik sebegini

Pasti ganjaran pahala ALLAH akan timbangkan untuk kita kutip

Itu saya amat amat yakin

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk


Nota:

Rakan kontraktor hantar gambar kepada saya melalui mesej wasup😀







No comments:

Post a Comment