03 August 2019

Ubah tandas

UBAH KEDUDUKAN TANDAS DI DALAM RUMAH BUSUK


Tandas merupakan elemen yang agak penting di dalam sebuah rumah busuk

Saya memang berhasrat untuk mewangikan tandas di dalam rumah busuk kes yang ini

Berhasrat untuk jadikan tandas ini sempurna tetapi tidaklah semewah tandas di hotel


Bolehlah nak termenung lama sket di dalam tandas sambil browse internet facebook:

1. Dinding tiles sampai ke siling

2. Lantai tiles

3. Plaster siling

4. Lampu downlite

5. Ekzos fan untuk cepat ilangkan bau

6. Jamban duduk senang nak termenung lelamer sket sambil godek henpon

7. Water heater boleh mandi pagi jika air sejuk sesangat

8. Pili pemancut air senang nak membasuh

9. Pili ambil air wuduk

10. Sinki kecil untuk gosok gigi

11. Tandas yang lapang dan selesa

  1. Pintu tandas yang sempurna


Contohnya seperti saya akan menggunakan tandas pada setiap hari

Tandas merupakan elemen yang penting dalam sesebuah rumah busuk yang telah wangi

Kekadang penyewa/pembeli yang datang lihat rumah pun mereka akan melihat kebersihan tandas

Betoikan ?


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

  1. Gambar sebenar kes rumah busuk yang sedang direno menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor"
  2. Saya pecahkan tandas yang asal
  3. Saya ubah kedudukan tandas
  4. Tandas asal agak kecil dan saya bercadang mahu besar kan




No comments:

Post a Comment