31 December 2020

Penutup Tirai 2020

PENUTUP TIRAI TAHUN 2020


Selamat tinggal tahun 2020


Yang penuh suka duka cabaran


Mengharapkan tahun 2021 Allah swt


Memberi seribu rahmat pada kita semua


Saya doakan untuk kita semua 

InsyaAllah 

Aminn aminn YRA


Ir. AJAK

31.12.2020


Gambar: Sumber Carian Google 





BBQ




BBQ Malam New Year 😄

Alhamdulillah

ALHAMDULILLAH 

Alhamdulillah 
Berkat doa dari kenkawan semua
Saya makin pulih & sihat
Sekitar 2 minggu saya berehat selepas jalani prosedur pembedahan di hospital tempohari 
InsyaAllah minggu depan dah mula bekerja semula untuk mencari rezki
Nak kembali berkongsi cerita kisah RUMAH BUSUK

Hari ini hari terakhir tahun 2020
Banyak memori yang terpahat dalam perjalanan diary kehidupan kita
Dalam sepanjang tahun ini
Pasti cabaran yang dilalui agak mencabar dengan wabak pandemik covid 19

Esok dah mula tahun baru 2021 
Kita buka dengan lembaran baru 
Penuh semangat yang membara
Saya senantiasa mendoakan untuk kalian kenkawan semua yer
InsyaAllah Aamin
😄

Ir. AJAK

Nota: sup kaki ayam memang menjadi feberet saya ... lembut empuk ... Alhamdulillah 😄👍




17 December 2020

Terima kasih

TERIMA KASIH DOA DARI KALIAN SEMUA


Saya ucapkan ribuan terima kasih kiriman doa dari kalian semua

Saya tidak berpeluang untuk balas ucapan di status wall FB setiap orang 

Saya amat amat hargai

Doa dari kalian adalah kekuatan saya 

Hanya ALLAH s.w.t membalas nya jua 

.

.

Ramai yang bertanya sakit apa ?

Malu saya nak cakap penyakitnya 

Saya jalani prosedur pembedahan

Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan baik 

Terima kasih Team Pakar Dr Shah 

.

.

Ada seorang kawan saya cakap 

“Kau banyak dosa tur Ir. AJAK ... sakit yang dialami akan menghapuskan dosa ... ujarnya kepada saya !”

Adoiii betoi lah tur 

Saya banyak buat silap & dosa dalam melayari kehidupan seharian ... saya akui insan serba kekurangan ... tak terlepas dari buat silap 

Saya insaf seadanya 

Saya redho dengan ujian yang datang kepada saya 

Saya cuba perbaiki diri menjadi lebih sempurna berbanding hari semalam 

Moga taubat saya di terima di sisiNYA

.

.

Alhamdulillah saya dah discas dari wad hospital 

Saya akan berehat di rumah untuk proses recovery 

Bleh lah nonton netflix di depan skrin tv & duduk depan kolam ikan koi sambil beri makan palet 

Cuma nasihat dari Doktor tak bleh nak lasak lasak buat sementara nie ... tak bleh nak lawat ke rumah busuk lah wei sewaktu MC nie 

Nextwek kena follow up jumpa dengan doktor semula 

Santai santai sampai hujung tahun 2020 kat umah jer laaa

😄


Ir. AJAK




16 December 2020

HOSPITAL

MOHON DOA

Mohon doa dari kalian kenkawan agar urusan saya dipermudahkan yer untuk menjalani prosedur rawatan di hospital
.
.
Saya stop sebentar dari aktiviti cerita rumah busuk sehingga hujung disember 2020
Pohon maaf jua saya pohon dari kalian jika terdapat salah silap diri saya ini sepanjang kita berkawan di media sosial 
.
.
Apabila dah recovery nanti boleh lah saya berkongsi kembali cerita LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK kepada kalian kenkawan dijangka pada awal January tahun depan 2021
.
.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua kenkawan yang sudi mendoakan saya yang serba kekurangan ini 
Amat hargai 
InsyaAllah 
Aamin 😄

Ir. AJAK



Memori



13 December 2020

Jalan kaki

Riadah berjalan kaki
Mampu 4km jer pagi nie
Bersamo wife
Nak mainten stamina layan hobi RUMAH BUSUK 😄










12 December 2020

Tandas

RENO TANDAS DI DALAM SEBUAH RUMAH BUSUK


Tandas merupakan elemen yang agak penting di dalam sebuah rumah busuk

Berhasrat untuk jadikan tandas ini sempurna tetapi tidaklah semewah tandas di hotel

Inilah hasil nya 


Bolehlah nak termenung lama lama sket di dalam tandas sambil browse internet facebook:

1. Dinding tiles sampai ke siling

2. Lantai tiles

3. Plaster siling

4. Lampu downlite

5. Tingkap kecil untuk cepat ilangkan bau

6. Jamban duduk senang nak termenung lelamer sket sambil godek henpon

7. Water heater boleh mandi pagi jika air sejuk sesangat ... masa gambar ini belum dipasang lagi 

  1. Pili ambil air wuduk
  2. Gabungan warna tiles yang simple 

10. Sinki kecil untuk gosok gigi

11. Tandas yang lapang dan selesa

  1. Pintu tandas yang sempurna
  2. Penyangkut tuala 
  3. Cermin muka 
  4. Tempat letak sabun 


Contohnya:

Saya akan menggunakan tandas pada setiap hari

Tandas merupakan elemen yang penting dalam sesebuah rumah busuk yang telah wangi

Kekadang penyewa/pembeli yang datang lihat rumah pun mereka akan melihat kebersihan tandas

Betoikan ?


Nota:

  1. Gambar sebenar kes rumah busuk yang telah direno menerima sentuhan "Ir. AJAK" dan "Team Kontraktor"
  2. Saya pecahkan tandas yang asal
  3. Saya ubah kedudukan tandas
  4. Tandas asal agak kecil dan saya besar kan
  5. Tandas ini ada 2 unit (dapur & master bedroom)


😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#hobihartanah

#irajakchannelyoutube










Maggi

Bekfes maggi kari telor
Kito geng😄



05 December 2020

Langsir

RUMAH BUSUK SUDAH PASANG LANGSIR 


Makin mewangi 

Tingkap rumah busuk sudah di pasang langsir

Ditempah oleh wife saya di butik

Kontraktor pasang dah 

Makin ceria rumah nie 

Alhamdulillah 😄


Ir. AJAK














02 December 2020

Wainscoting

RUANG TAMU RUMAH BUSUK


Nampak macam dah mula nak mewangi 

Dah siap pasang wainscoting

Apa macam ?

😄


Ir. AJAK















01 December 2020

Ubi kayu

UBI KAYU REBUS

Antara saat paling gembira 
Apabila bertemu dengan selera anak tekak 
Ermmm ya betoi 

Ubi kayu rebus dicicah sambal tumis bilis 
Sambal tak pedas sangat 
Sedang sedang pedas nya 
Ada bawang ada ikan bilis cukup minyak nya 

Saya balik kerja petang tadi 
Wife dah sediakan masakan ini
Atas Island table 
Duduk atas kerusi tinggi
Kaki terjuntai
Sambil pusing pusing 

Makan dengan wife
Sambil Sembang sembang petang 
Sambil tur gelak manja citer pasal anak anak 
Along jer yang joint makan
Kidos yang lain tidak suka menu ini 

Alhamdulillah gembira rasa hati
Wife memahami selera anak tekak saya 
Saya tidak pesan pun 
Saya tak minta pun 
Serasi n fahami buat saya rasa gembira seadanya

Ubi kayu harga sekitar rm3/kg di seremban pada skrang ini
Banyak nostalgia saya pada waktu kecil tentang ubi kayu 
Makan orang kampung 
Jika rajin tanam batang cucuk pada tanah
InsyaAllah sekitar 6 ke 12 bulan dah boleh makan isi 
Pucuk ubi kayu pun Sedap buat sayur 
Umpama kata diam diam ubi berisi 

Habis makan perut dah kenyang 
Salin baju pakai t-shirt 
Gerak ke rumah busuk 
Sempat lah 20 minit sampai 
Balik kang Singgah di gerai beli burger untuk kidos

Geng kontraktor dah siap pasang wainscoting pada dinding ruang tamu 
Memang dah cun gilos 
Korang nak tengok gambar ker ?
😄

Ir. AJAK



29 November 2020

Porch

PORCH RUMAH BUSUK MAKIN MEWANGI 

Sajer nak tanya kat korang 
Korang suka ker tengok 
Porch end lot sebegini 

Cer komen sket😄

Ir. AJAK





Hirup Udara Segar

RIADAH SANTAI SUNDAY MORNING 

Keliling taman perumahan jer 
Keluarkan peluh 
Sambil hirup udara segar di pagi hari

Sekadar mainten stamina untuk layan hobi hartanah rumah busuk
Bersama wife 

Alhamdulillah 😄

Ir. AJAK





28 November 2020

Ruang Porch

MAKIN MEWANGI RUANG PORCH UNTUK RUMAH BUSUK


Apabila melihat ruang porch pada rumah busuk yang telah telah hampir diwangikan sebegini rupa 

Terasa syok jer tengok kan kan 

Maner tidaknya 

Terpikir banyak perkara boleh dimanfaat ruang sebegini ini 


Senang nak parking kereta

Senang nak parking motor

Senang nak letak basikal

Senang nak letak ATV (jika ada lah)


Senang nak alihkan penyidai baju yang jenis ada roda ke bawah porch apabila hari nak hujan 

Boleh letak meja kecil & kerusi untuk minum petang sambil santai santai 

Jika ada anak kecil nak bermain basikal kecil juga senang untuk dilihat di depan mata 


Maner lah tau sesekali nak buat jamuan makan makan dengan family 

Boleh lah gunakan ruang ini 

Ada ruang yang sesuai 

Sambil bakar BBQ ayam atau kambing 


Apabila tengok ruang sebegini 

Terasa lapang jer fikiran 

Tambahan pula ada angin angin sepoi bahasa yang menyapa melalui pagar


Mesti para gegurl mengidam kan untuk dapat memiliki ruang yang sebegini pada suatu hari nanti

Membina keluarga bahagia 

Andaian saya jer nie 

Apa pula pandangan korang ?


Rumah ini belum siap sepenuhnya 

Banyak perkara lagi yang perlu di touch up kan

Bulan disember 2020 akan cuba disiap kan sepenuhnya


Saya akan sempurna kan rumah ini untuk final coordination antara Kontraktor:

  1. Binaan
  2. Elektrik 
  3. Pagar & grill
  4. Kitchen kabinet 
  5. Langsir & blind
  6. Wainscoting 


TAK SABAR NAK LIHAT JADIK WANGI !!!


Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk



#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube


Boleh download panduan lengkap cara untuk miliki RUMAH BUSUK di link kat bawah 👇


https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK







22 November 2020

Kayuh Santai

PAGI AHAD YANG CERAH


Kayuh santai jer pepagi ahad 

Sambil menikmati udara segar 


Yang penting kita rasa badan lebih segar 

Nak kekalkan stamina untuk layan hobi rumah busuk 


Korang riadah apa pagi nie 

Lepas nie bekfes 

Hahaha 😄









21 November 2020

Buku ke 2

MENULIS BUKU BERTAJUK “RUMAH BUSUK”


Saya sedang mula untuk menulis buku ke 2

Setakat ini cadangan bertajuk “RUMAH BUSUK”

Nak mohon kalian bagi semangat sket 

Mohon korang kalian bagi cadangan isi kandungan subtajuk 


Harapan saya agar tahun depan 2021 boleh di terbitkan 

Saya nak masukkan gambar gambar rumah busuk menjadi rumah wangi 

Gambar sebelum & selepas


Buku pertama tulisan saya yang bertajuk “HOBI HARTANAH” tempohari 

Mendapat sambutan Dan sokongan dari kalian semua 

Stok  cetakan Kedua pun dah hampir habis


Korang doakan yer

Agar ada peluang untuk saya berkongsi hobi saya ini

Ini minat saya sejak 10 tahun dahulu 

Adalah sedikit sebanyak pengalaman yang saya garap 

Nak kongsikan dengan kalian dalam buku ini nanti 


InsyaAllah 😄


Ir. AJAK








End Lot

PROGRESS RUMAH BUSUK UNIT END LOT


Unit end lot

Yang sedang rancak direno

Lokasi di sekitar bandar seremban 

Musim PKPB aktiviti berjalan seperti biasa


Dah banyak progres nya:

  1. Dah extend dapur 
  2. Dah bina porch
  3. Dah pasang plaster siling
  4. Dah bina dinding batu pada porch


Minggu ini dah mula pasang:

  1. Tiles lantai sebuah rumah 
  2. Tiles dalam tandas 


Akan buat tempahan bagi:

  1. Kitchen kabinet 
  2. Pagar besi untuk pintu & Gril bagi sebuah rumah
  3. Nak buat pilihan warna untuk langsir 


Apabila dah siap kerja binaan 

Akan Minta team Kontraktor elektrik untuk masuk semula bagi sempurna kan kerja-kerja pemasangan lampu & kipas serta semua socket & plug pada dinding 


Dijangka bulan depan Disember ini akan siap sepenuhnya 

Harap semua perancangan akan berjalan dengan lancar

Skrang nie Musim hujan jer tapi Alhamdulillah bumbung semua dah siap pasang 

Semua kerja di bawah bumbung 

InsyaAllah 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube


Boleh download panduan lengkap cara untuk miliki RUMAH BUSUK di link kat bawah 👇


https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK









15 November 2020

MERECIK Peluh

MERECIK PELUH

Merecik peluh
Riadah santai di pagi ahad 
Kayuh saing ngan wife
Sesekali main kejar mengejar 
Janji ceria selalu 
Mainten stamina untuk layan HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
Hahaha 😄






14 November 2020

BANGSA H

BANGSA H KEGUNAAN LAWAT RUMAH BUSUK


Umur keter nie dah lebih 23 tahun weh

Pendaftaran pada tahun 1997

Guna plat wilayah WFW9_9

Masih boleh berjasa untuk bawa saya bergerak ke sana ke sini 

Ke lokasi rumah busuk lah


Hari ini weken

Macam biasa jer 

Memang saya luangkan masa untuk aktiviti hobi saya 

Saya pergi ke 2 lokasi di sekitar seremban


Satu rumah ke hujung sana

Satu lagi rumah yang di sini 

Aircon kereta masih sejuk tapi kena servis secara berkala 


Pernah banyak kali juga

Apabila saya guna kereta ini 

Jiran Jiran rumah busuk pernah berkata

“Ada ker modal nak beli rumah uzur ini ... banyak kos modal nak repair tau !!!” Sambil mata nya meleret jeling ... makcik pun pandang sinis ke saya 


Saya tak ambil hati pun

Saya jawab “InsyaAllah saya cuba usahakan”

Mentang mentang saya tidak GUNA KERETA MEWAH


Sekadar cerita saya melayan hobi rumah Busuk 

Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun yer 


Korang Ada pengalaman ker ?

Cer kongsikan 😄


Ir. AJAK









09 November 2020

Kuew teow goreng

Tetiba rajin ke dapur 
Baling baling jer dalam kuali 

Kidos kata sedap 
Konon nya lagak “chef rumah busuk”

Yummy 
2 kali tambah dalam pinggan 😄