30 January 2020

Dinner

Wife tak berapa sihat today 

Saya masak simple jer kat dapur 

Campak campak bahan dalam kuali 

Masak kuew teow goreng 

Udang pun ada sket jer dalam peti ais 

Nie haaa hasil nya 

Alhamdulillah 




Ushaaaaa

Ada yang cakap dengan saya 

Buat apa gie holiday jejauh 

Ngabiskan duit jer

Penat badan bagai 

Membazirkan masa jer

Dia cakap lagi 

Lebih baik gunakan wang itu untuk modal beli hartanah supaya jadik lebih kayo 

.

.

.

Saya jawab mudah jer sambil gelak gelak manja “saya usshaaaaa rumah busuk kat sana oberc” .... hahaha 😄

.

.

.

Terkelip kelip mata dia sambil terkebil kebil 😄





Bahagikan masa

Ir. AJAK SENANTIASA BAHAGI KAN MASA UNTUK TUJUAN RUMAH BUSUK


Hakikat yang perlu kita tahu 

Hakikat yang perlu kita terima 

Hakikat yang perlu kita senantiasa ingat 

Hakikat yang perlu kita pasrah 

Bahawa setiap kita ada masa diperuntukan seharian hanya 24 jam 


Ambil peluang untuk gunakan sebaik nya 

Kot mana kita sibuk sekalipun 

Kot mana kita hebat sekalipun 

Kot mana korang bijak sekalipun 

Kot mana korang champion sekalipun 

Kot mana korang nak planning memacam hal untuk capai cita cita 

Kot mana korang nak declare konon nak financial freedom lah yer

Jika gagal mengurus kan masa 24 jam itu

Korang tahu lah jawapan nya kan 


Saya Ir. AJAK tidak bijak mana pun 

Saya Ir. AJAK tidak hebat mana pun 

Tapi akan cuba sedaya upaya untuk aturkan kehidupan sebaik nya 

Saya cuba saya cuba saya cuba bahagi kan masa yang ada dengan sebaik ya


Untuk lakukan perkara ini:

  1. Tanggungjawab diri kepada Allah & pada family senantiasa 
  2. Tanggungjawab mencari nafkah seadanya 
  3. Tanggungjawab sebagai jurutera profesional dalam bidang bagi beri manfaat sebagai fardhu kifayah 
  4. Melayan hobi hartanah rumah busuk pada weken 
  5. Melayan hobi ikan koi sebagai terapi minda 
  6. Melayan hobi holiday ke oberc sesekali jika ada modal & berkesempatan bersama family 
  7. Santai santai rilex rilex lakukan perkara yang beri manfaat ... layan media sosial melalui gajet iPhone untuk bonding dengan rakan rakan sebagai ukhwah silaturahim 


Kita sesuai kan masa dengan keadaan hidup kita 

Kita ejas ejas bagi sesuai kan masa 

Kita kena cuba

Kita kena buat 

Kita ikut panduan rujukan daripada mereka yang telah terbukti berjaya 


Saya pun buat perkara yang sama 

Mana mungkin sekali buat dah menjadi 

Jika gagal kita baiki bagi berjaya jugak 

Maka kita terus kan usaha 

Weken memang saya layan hobi hartanah rumah busuk macam biasa 

Maka segala nya saya kena ejas ejas untuk reliasasikan perkara itu 

Kena bahagikan masa untuk tujuan rumah busuk

Kekadang kena fokus & serious tapi jangan sampai terasa tertekan pulak 

Yuhuu 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


Nota:

Rumah dalam gambar sedang di reno untuk sebuah rumah 

Lokasi di seremban 

Dijangka akan dapat disiap sepenuhnya pada hujung bulan depan February 2020 

Target begitulah ... InsyaAllah 


#rumahbusuk





29 January 2020

Pupuk

PUPUK DISIPLIN Ir. AJAK LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK 


Sewaktu tempoh holiday jenjalan bersama family

Memang  melatih disiplin Ir. AJAK

Ada harinya kami menetapkan bangun awal pagi untuk ikut jadual yang sendiri tetapkan untuk ke lokasi tertentu

Kami bangun awal pagi dan mandi pada keadaan cuaca yang agak sejuk


Nak mandi pun macam terasa malas malas coz kerana kesejukan 

Tanpa water heater akan keras beku weh

Tapi diusahakan juga untuk kidos lakukan 

Nak sampai tepat ke lokasi kerana boleh gunakan masa sebaiknya

Manfaat kan sepenuhnya peluang yang ada

Al maklumlah tak mahu lepaskan peluang sebegini


Dengan cara begini jua secara tidak langsung akan memupuk semangat saya untuk melayan hobi hartanah rumah busuk seharian macam biasa 

Saya perlu kan recharge energy untuk terus berada kekal dalam industri 

Dah agak lama saya melayan hobi sebegini saban hari


Pengalaman bonding bersama family membawa seribu makna 

Senario ini akan membuatkan saya lebih bertenaga untuk segala aktiviti berkaitan rumah busuk pada hari hari yang mendatang 

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





28 January 2020

Landed

Alhamdulillah 
Just landed KLIA 
Terima kasih atas doa semua 
Aamin



Makan











Makan makan 😄👍

Hari ke 8

Hari ke 8 di Jeju Island Korea
Sempat lagi pusing pusing sebelum balik ke tanah malaya ..
Musafir yang penuh memberi erti buat kami family 
Alhamdulillah dengan segala pinjaman dari NYA






















27 January 2020

Snowing

Hari ke 7
Terus juga jenjalan kawasan sekitar Jeju Island Korea
Ada sedikit snowing turun today
Syok gini 😄👍




Rambut

RAMBUT TAK TUMBUH 

Sejak dua menjak rambut dah tak berapa nak mahu tumbuh nie ... terasa cepat SEJUK kat kepala ... ada yang hadapi masalah yang sama ker? 😄




Hari ke 6

Hari ke 6


Terus lagi jenjalan lihat pemandangan di tempat orang 

Melihat keindahan alam ciptaan Allah 

Memuji kehebatan Allah 

Subhanallah Allahuakbar dapat pergi ke 3 lokasi pada hari ke 6 di Pulau Jeju Korea nie:

  1. Kehijauan ladang teh 
  2. Keunikan air terjun 
  3. Tepian laut 


Setiap lokasi ramai pelancong yang datang ke sini

Memang pelancong yang datang 

Rasa nya penduduk tempatan tidak datang ke sini 

Tambahan cuaca yang agak sejuk ditambah angin kuat di tepi laut 

Memang terasa sejuk kepada saya n family yang sesekali datang ke sini 

Alhamdulillah dengan segala pinjaman dari NYA























26 January 2020

Take 5

Singgah jap 
Take 5
Ilangkan ngantuk sejuk😄






Hari ke 5

Hari ke 5

Bersiar siar di tepian pantai 

Ombak kuat 

Angin sejuk plak tur

Ramai pelancong kat sini 

Ada beberapa orang tempatan yang cuba main papan luncur 

Nice view 

Ada kincir angin besar untuk hasil kan tenaga Elektrik agak nya 

Kapal kapal kecil nelayan pun ada 

Tak tahan saya n family nak duduk lelama kat tepi pantai ini... tangan dah gigil weh 















25 January 2020

Lompat bintang

Kegembiraan anak anak 

Adalah kegembiraan kami papa & mama jua

Papa dah tak larat nak lompat tinggi tinggi macam gini daaa

Dulu bleh lah joint 😄




24 January 2020

Pasor

Singgah pasor beli ikan 

Jumpa “Ahjuma”

Hahaha 😄





23 January 2020

Hari ke 3

Hari ke 3 ...
Cuaca nyaman today ... memandu ke 1100 highland ...
















22 January 2020

Kopi o

KOPI O


Sesejuk nie 

Paling nikmat 

Menikmati secawan kopi o panas 

Mesin nie wajib singgah 

Wajib beli kopi o

Itulah kami di sini 

Holiday bajet punya 

Nak singgah kopi mahal “stabak” kurang peluang 

Hahaha 😄