JOM KITA JIWA BESAR
Pagi ahad yang tenang
Saya santai di tepi kolam ikan koi
Nak tulis panjang lebar sket
Mohon sabar membaca hingga ke akhir
- HAKIKAT SERANGAN COVID 19:
Akibat serangan covid 19
Kehidupan kita berubah
Ya memang dah berubah
Memang kita tak biasa nak pakai topeng muka untuk tutup hidung & mulut sewaktu keluar rumah
Memang kita tak biasa nak duduk di rumah senantiasa dalam tempoh yang lama
Memang kita tidak biasa nak guna hand sanitizer sekerap nya
Memang kita tidak biasa nak beli barangan dapur di pasaraya kena beratur jarak 1m dan ber gilir untuk masuk membeli
Memang kita tidak biasa dengan membeli barangan keperluan secara solo
Biasanya pasangan ada temankan kita beli barang ke mana mana jua
Dah hampir 1 bulan
Kidos tidak naik kereta untuk bersiar siar
Memang kena stay at home
Wajib tur
Ya sememang nya kita perlu terima hakikat bahawa serangan virus covid 19 Ini memang sangat bahaya
Membawa maut bukan cerita dongeng
Di negara kita puluhan nyawa dah pergi menemui pencipta dek kerna virus ini
- SEMUA KITA TERASA:
Semua pihak mula terasa keadaan ekonomi
Tidak boleh berniaga seperti selalu
Hanya sektor tertentu sahaja yang boleh beroperasi ikut tempoh masa
Yang bekerja tidak boleh pergi kerja
Hanya bekerja dari rumah
Ada yang mula bercakap kena buat perkara ini dalam tempoh PKP atau apabila sudah tamat tempoh PKP nanti:
- Penjimatan
- Simpan wang
- Kurang kan belanja itu dan ini
- Jangan beli kereta
- Jangan beli rumah
- Jangan beli pakaian baru
- Jangan holiday
- Jangan reno rumah
- Jangan beli langsir baru
- Macam macam yang dipesan JANGAN dibuat & dibeli itu & ini
Saya tidak kata tak boleh buat
Saya tidak kata tidak setuju
Untuk laksanakan perkara itu
Kemon gais !
- CONTOH RANTAIAN BIZNES :
Apabila kita tak boleh beli itu & ini
Maka secara tidak langsung kita akan memutuskan rantaian ekonomi
Kitaran ekonomi semua saling kait antara satu sama lain
Contoh 1:
Makcik Kiah Pemilik kedai runcit dibantu oleh anak dara Cik Corona (nama timangan diberi) yang comei
Kedai runcit yang menjual barang basah termasuk ayam & ikan serta sayur
Pak Ajak merupakan pelanggan tetap setiap hari dengan berbelanja sekitar RM20 ke RM30 sehari dengan pelbagai barangan belian keperluan
“Asalamualaikum Pak Ajak ... nak beli apa pagi nie” ... sapa Cik Corona penuh sopan pada pagi ahad ... senyum meleret gitew
“Macam biasa ... wife saya pesan ... nak separuh ekor ayam ... ada senarai barang nie haaa” jawap Pak Ajak penuh mesra sebaik sahaja masuk ke pintu kedai ... “dalam hati Pak Ajak cakap ... lawa pulak tudung bawal warna pink si Corona nie pakai” ... (gatal orang tua Pak Ajak nie)
Katakan purata Pak Ajak berbelanja sehari RM20 x 30 hari = sebulan sekitar RM600 di kedai runcit Makcik Kiah
Pak Ajak tidak biasa nak ke pasaraya besar ... mudah beli di kedai runcit jer
Dengan hasil itu & beserta hasil jualan kepada pelanggan lain
Makcik Kiah akan buat pusingan rantaian biznes kedai runcit nya:
- Bayar sewa kedai
- Bayar bil elektrik
- Bayar bil air
- Lesen perniagaan SSM & PBT
- Bayar gaji Makcik Kiah & Cik Corona
- Modal untuk beli stok stok barangan & pelbagai barangan runcit dari pembekal
- Bayar cukai jugak kepada LHDN
- Dengan wang gaji itu Makcik Kiah & Corona order grab food setiap hari kerana tidak sempat memasak untuk jaga kedai runcit
- Makcik Kiah membayar ansuran pinjaman bank kereta proton
- Makcik Kiah menabung di Tabung Haji
- Cik Corona sesekali membeli tudung bawal
- Bil telefon & hp
- Dan pelbagai lagi rantaian yang berkaitan
Cuba bayangkan jikalau biznes Makcik Kiah merosot disebabkan oleh kurang pembelian dari para pelanggan
Sudah pasti Makcik Kiah juga akan berusaha untuk mengurangkan rantaian tersebut
Makcik Kiah akan kurang berbelanja
Pasti akan ramai yang terjejas pada setiap peringkat
Korang bayang bayang kan
Contoh 2:
Katakan korang berhenti langsung dari hasrat mahu membeli rumah kediaman
Katakan industri hartanah merudum jatuh teruk
Hartanah juga mempunyai rantaian yang sangat luas:
- Pemilik Tanah ... pemaju tidak mahu beli tanah
- Firma guaman kurang job
- Pejabat tanah tiada hasil premium & cukai Tanah
- Jurukur akan terjejas
- Agent hartanah
- Pejabat penilaian
- Bank
- Setem duty LHDN
- Runner yang terlibat
- Kontraktor untuk pembinaan rumah
- Pembekal barangan logam
- Industri pengangkutan jua untuk bawa barang
- Firma arkitek
- Firma Kejuruteraan
- Syarikat Pemasaran
- Setiap firma yang dinyatakan di atas ada memiliki staf yang bekerja
- Malah kerajaan juga akan terjejas dari kutipan hasil cukai jualan/keuntungan setiap syatikat/firma yang terlibat
Contoh 3:
Apa apa ajer lah yang sesuai korang fikir kan bersama
Korang bagi contoh yang terlibat dengan anda
Tak kisah lah korang agent insuran ker
Korang salesman jual kereta ker
Korang kakitangan awam ker
Korang pekerja swasta
Korang pemilik syarikat
Bukan sikit sikit yang akan terjejas ... tapi banyak pihak yang teribat
- KITA SEMUA ADA PERANAN UNTUK PULIHKAN EKONOMI NEGARA:
Setiap dari kita
Tidak kira anda orang biasa, sederhana atau kaya sekalipun
Kita ada peranan yang perlu dijalankan
Jangan risau sangat untuk berbelanja yer
Jangan simpan wang tunai banyak sangat
Wang perlu dibelanjakan sebaik nya
Supaya kecairan kewangan berada di pasaran ekonomi malaysia
Jika semua antara kita takut takut nak belanja ... parah lah kerana kecairan kan berkurangan
Bukan saya pandai sangat bab ekonomi
Sekadar luahan saya untuk kita renung bersama sama
Pandangan saya jangan lah terlalu berkempen jangan beli itu jangan beli ini
Sebab kita saling perlu memerlukan
Kita sama sama berbelanja ikut kemampuan masing masing
Yang ada rezki lebih boleh bantu untuk belanja lebih supaya ekonomi kita lebih cepat untuk pulih dengan adanya kecairan yang banyak
Namun yang mahu berjimat tiada halangan
Rantaian Covid 19 kita perlu usaha untuk putuskan
Rantaian kitaran ekonomi kita perlu pelihara tidak ada putus putus
Ada lompong rantaian ekonomi maka tidak akan rancak sebagaimana kita harapkan
- JOM KITA BERJIWA BESAR
Ini bumi kita Ini bumi Malaysia
Ini tanah tumpah kelahairan kita
Kita mahu negara yang makmur aman ekonomi kaya raya
Agar mudah untuk kita & anak anak kita untuk mencari rezki
Kitaran ekonomi kita perlu pelihara sebaiknya
Semua kita ada peluang untuk meraih rezki
Ini masa untuk kita sama sama berjuang
Moh kita berbincang sesama secara mesra perkara penting ini
Jom kita BERJIWA besar
Jangan pula saya dikecam kerana minta korang berbelanja
MOHON SHARE kan yer
Ir. AJAK 😄
12 April 2020 Ahad
#stayathome
No comments:
Post a Comment