05 April 2020

Terapi

TERAPI MINDA


Pada masa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Kita semua kena duduk di dalam kawasan rumah 

Tak kira lah kita nie dewasa atau pun kanan kanak malahan orang veteren jua 


Kita kena cari ikhtiar supaya kita tenang tinggal dalam rumah 

Memang ramai antara kita yang sudah biasa bekerja di luar atau lakukan pelbagai aktiviti berfaedah di luar rumah 

Pada masa ini tidak dibenarkan keluar 

Maka sedikit sebanyak mesti ada rasa kebosanan 

Betoikan 


Cari jalan untuk rasa selesa & tenang 

Buat lah apa aktiviti pun tak kisah 

Janji yang beri manfaat kepada kita 

Buat sesuatu yang simple pun okey 

Tak der hal punya 


Antara contoh yang boleh dibuat:

  1. Baca ayat suci Al Quran 
  2. Berzikir 
  3. Sholat sunat
  4. Pelbagai ibadah lain
  5. Tolong wife masak di dapur
  6. Tolong wife kemas rumah 
  7. Sesekali kita basuh kain 
  8. Tonton TV
  9. Layari internet 
  10. Tengok Youtube 
  11. Layan FB & Insta 
  12. Update wall FB
  13. Main games pada henpon 
  14. Chat dengan kenkawan guna media sosial seperti Hangouts & sebagai nya 
  15. Sembang dengan family
  16. Bersukan simple simple ... lompat bintang ker 
  17. Main dam haji 
  18. Main catur
  19. Vakuum karpet
  20. Lain lain lagi lah


Semua di atas dah buat sejak lebih 2 minggu PKP nie

Try buat aktiviti lain plak


Today selepas bekfes tadi

Saya bersih kan peti TV

Dah lama rasa nya tidak bersihkan peti TV nie

Berhabuk giler weh 

Padahal tiap hari tonton 


Masa terluang diguna sebaiknya 

Tak gitur 

Alhamdulillah 😄

Apa aktiviti kenkawan ... kongsi kan lah


Ir. AJAK


#stayathome 





No comments:

Post a Comment