31 December 2021
Diary 2021
30 December 2021
BIODATA
BIODATA Ir. AJAK
HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
Asalamualaikum
Dalam tempoh minggu ini
Bertambah pula follower di FB
Ini gara gara Sahabat San petik nama saya sebagai flipper rumah busuk
Actually saya melayan hobi hartanah rumah busuk jer untuk isi masa terluang pada weken
Buat follower baru ... Selamat berkenalan
Salam kenal dari saya
Ahaks😄
Berkenalan:
Sajer nak update biodata saya kepada anda kalian semua yer
Hari ini saya nak tulis mengenai biodata diri saya yang lebih dikenali dengan “Ir. AJAK HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK”
Nak ambil kesempatan juga untuk sesi taaruf dengan semua friend yang hampir berjumlah 5 ribu dan follower saya yang dah cecah lebih 33 ribu nie
Selamat berkenalan buat anda semua friend & follower saya
Maybe ada yang belum kenal saya lagi
Eloklah sesekali saya memperkenalkan diri saya kepada anda kalian semua
Tak gitur 😀
Biodata:
Ini biodata lengkap saya
Nama sebenar saya ialah: Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin
Nama digunakan pada penulisan ialah: Ir. AJAK, Hobi Hartanah Rumah Busuk
Official Fb: Ir Ajak Abdul Razak
Umur dah 47 Tahun weh
Anak sulong dari 5 orang adik beradik
Kelulusan: Ijazah Kejuruteraan Awam UTM Johor
Kerjaya: Jurutera Awam
Kelulusan Profesional: Jurutera Awam Profesional, Ir. (Berdaftar BEM, IEM),Tahun 2010
Hobi: Hartanah Rumah Busuk
Karya 2 buah Buku telah diterbitkan:
- HOBI HARTANAH
- RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
Status: Berkahwin dah & ada kidos 4 orang
Asal: Teman Orang Perak
Sekolah rendah di Kota Bharu Gopeng Perak
Sekolah menengah: Seri Teja Gopeng Perak & Raja Chulan Ipoh Perak
Menetap: Di Soromban, Noghori Sembilan
Saya insan biasa:
Dari segi pencapaian akademik ... saya bukan tergolong di dalam pelajar yang hebat ... saya jenis biasa biasa jer
Ikon Hartanah: AKHBAR SINAR HARIAN EDISI LANAI pernah ler tersiar
Siaran: pernah ada sekali tersiar di portal
1. Halalmoney
2. Gilahartanah
3. Siakapkeli
Siri Speaker ceriter rumah busuk:
1. Mega Free Sharing Hartanah UKM Bangi
2. Viva Hartanah Perak
3. Seremban Investor Team
4. Speaker jemputan ke seminar yang berskala kecil
5. Grand Seminar SIT
Pengalaman:
1. Telah membeli hartanah yang uzur buruk (rumah busuk) sejak bertahun tahun dahulu secara aktif sehingga ke hari ini
2. Telah berpeluang membuat sentuhan untuk mewangikan rumah busuk sejak bertahun dahulu sehingga lah pada hari ini jugak
3. Setiap 3-4 bulan akan siap mewangikan kes rumah busuk yang berbeza kes & berbeza lokasi
4. Menulis kisah pengalaman rumah busuk saban hari di wall facebook saya
5. Telah berpeluang untuk memberi khidmat nasihat kepada ramai orang melalui personal coaching tentang transaksi rumah busuk
Harapan saya:
Agar Sedikit perkongsian cerita rumah busuk dapat memberi manfaat kepada seramai ummah melalui aktiviti rumah busuk yang saya jalan kan
Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk merealisasikan cita cita saya ini
Saya meluangkan masa, tenaga, wang ringgit ke arah ini
InsyaAllah
Fakta:
Fakta yang perlu korang tahu
Saya nie pemalu orang nyer kerana "mata saya juling" 🙈
Saya segan untuk ketemu dengan orang
Hobi yang lain suka memelihara ikan koi ... ada beberapa kolam simen di halaman rumah saya
Saya ada satu lagi hobi iaitu suka pergi melancong dengan family jika ada kesempatan & modal ... dengan izin dari NYA ... dah pernah bermusafir ke beberapa negara untuk menikmati keindahan/kecantikan bumi ciptaan ALLAH swt ... Allahuakbar 😄
Kenkawan:
Panjang lebor saya menaip tentang biodata saya dah tur
Yang dah kenal saya tur
Kat maner korang tahu tentang saya yer
Atau kita pernah ketemu & selpie ... cer tempek gambo sket di ruang komen
Cer citer sket😀
Yuhuu
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
30 Disember 2021
#rumahbusuk
Mancing
28 December 2021
Tahniah Muhammad Adam
PAPA KURANG “CERDIK” MASA BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH DOLU DOLU
Papa:
Bercerita kepada anak anak saya potang nie
Panggilan kidos kepada saya ialah “Papa” ... dah biasa sejak kecil lagi
Sekadar mengimbau memori dolu dolu
Papa nie sewaktu belajar bukan kagetori pelajar cerdik atau pandai
Sekolah rendah :
Tak pernah naik pentas untuk ambil hadiah
Lebih dikenali dengan budak nakal jer
Gegurl yang ada tocang
Papa nakal ... tarik tocang rambut kawan sekelas ... hahaha 😄
Walaupun dapat nombor separuh dari bilangan murid dalam kelas
Ilex ilex enjoy jer
Indah memori dahulu masa jaman sekolah rendah
Main beskal ... mandi sungai ... mancing ikan di lombong .. masuk hutan
Tetap gembira sebagai anak kampong
Alhamdulillah saya rindu suasana dolu tur
Papa macam boleh dikatakan tak berpeluang untuk dapat A dalam banyak subjek pelajaran
Tak boleh nak bilang jumlah nya
Macam tak der ler
Tak Pernah pun menjadi rujukan dari kenkawan bab belajar
Jika dapat result bagus pun ... ada yang pertikai “TAK SENGAJA DAPAT TUR”
Papa redho jer lah ... keadaan papa masa itu
Tapi papa ada impian
Papa pasang angan angan
Papà bina cita cita
Bahawa satu hari nanti jika di izin kan NYA
Papa mahu berjaya macam orang lain jugak
“Selalu terdetik di hati kecil papa”
Hobi:
Dewasa ini dah menjejak umur lebih 4 siri
Rambut pun dah kurang
Perut pun dah Makin maju ke depan
Bab hobi rumah busuk
Ini lah minat Papa
Layan pada weken
Isi masa terluang 😄
Buat kidos:
Papa tak paksa Korang nak pilih dalam bidang apa yang minat diceburi:
1. Along: dah pilih bidang “accounting” ... Belajar di kolej ... macam minat ke arah itu ... dah 4 semester capai cemerlang SIJIL DEKAN ... Skrang dah semester ke 5 .. Tahniah ... mana tau suatu hari nanti boleh bantu Papa kira akaun rumah busuk ... hahaha 😄
2. Angah : macam minat ikut jejak langkah Papa ... pilih sekolah teknik dalam bidang kejuruteraan awam ... kata nya nak jadik macam Papà ... kena usaha sungguh sungguh yer Angah 😄
3. Alang : sekolah form 2 di seremban ... minat dia kepada main games komputer ... lately nie Makin minat buat Programing games roblox ... Layan jer ... Papa tak halang .. janji Jangan buat yang bukan bukan ... Jika mahir bab komputer Programing satu kelebihan jugak di masa depan .. kan kan .. Nampak suka jugak Belajar sesuatu yang baru
4. Adam : belajar tahun 6 ... belum Nampak bidang apa yang dia minat ... kuat main games jugak di rumah .. pandai merajuk jugak.. Papa jugak yang kena pujuk 😄 ... Alhamdulillah SETINGGI TAHNIAH buat MUHAMMAD ADAM berjaya dapat 8A pada keputusan yang baru keluar sebentar tadi ... Papa Mama Memang doakan di Depan KAABAH kejayaan ... Alhamdulillah sekali lagi ... syukur sangat
NOTA:
DI MANA BUMI DIPIJAK
DI SITU LANGIT DI JUNJUNG
DI MANA PUN KITA BERADA
DI SITU LAH KITA BUAT YANG TERBAEKK !!!
Sekadar coretan Papa pada petang ini
Cuti rehat di penghujung tahun
Ada mood nak menaip
Yuhuu 😄
Ir. AJAK
26 December 2021
Wife Yang Memahami
Mee segera
25 December 2021
Alhamdulillah
ALHAMDULILLAH
Saya & wife & para jemaah telah selamat sampai mendarat di KLIA
Penerbangan dari Jeddah & transit 1 jam di Maldives
Alhamdulillah semua proses dilalui dengan sebaiknya bermula dari check out di hotel sehingga lah melepasi kaunter imigresen
Dokumen semua perlu disempurnakan sebelum waktu pelepasan
Terima kasih atas doa dari kalian semua yer
Alhamdulillah sekali lagi 🤲
Ir. AJAK😄
Doa Untuk Mangsa Banjir
Dekat di hati
21 December 2021
Masjid Quba
MASJID QUBA
Apabila berada di Bumi Madinah Al Munawarah
Pasti jemaah akan berusaha untuk berkunjung ke sini
Ustaz Mutawif pernah bercerita
Bersholat sunat di sini
Fadhilat pahala seumpama mengerjakan ibadah Umrah
Pasti ramai yang berusaha untuk merebut peluang itu
Selit kan jua jadual untuk hadir pepagi selepas bersarapan di hotel
Sekadar perkongsian sahaja 😄
20 December 2021
Doa Mangsa Banjir
DOA UNTUK SEMUA MANGSA BANJIR
Doa mangsa banjir:
Di kesempatan berpeluang beribadah seketika di dalam RAUDAH di Masjid Nabawi
Saya membacakan doa untuk semua mangsa banjir yang terlibat
Moga cepat kembali pulih keadaan ini
Jangan berlaku perkara perkara yang tidak diingini
Sama sama kita mendoakan yer
InsyaAllah Aamin
Mengalir air mata:
Mengalir air mata saya tanda kesyukuran apabila berpeluang untuk menjejaki semula di Masjid Nabawi, Menziarahi Makam Nabi Muhammad saw & beribadah di dalam Raudah
Al maklum lah dengan berlaku nya pandemik covid 19
Malah saya juga adalah salah seorang mangsa nya
Berpuluh puluh hari saya tidak berpeluang untuk bersholat secara berdiri & kesukaran untuk bersujud pada masa itu
Alhamdulillah Allah swt bagi peluang kedua kepada saya hamba yang lemah ini
Allahuakbar saya amat bersyukur dengan peluang ini 😄
Ir. AJAK
Madinah 20.12.21
18 December 2021
Pohon Maaf
POHON MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN
Kali terakhir saya n wife pergi ibadah umrah pada Disember tahun 2019
Sebulan lepas balik dari umrah itu dah terasa rindu semula
Buat planning untuk pergi semula
Saya beli lah tiket pada awal tahun lepas 2020
Hasrat nak pergi pada bulan April tahun lepas 2020
Tapi keadaan pandemik tidak mengizinkan
Pada tahun ini 2021 selepas raya saya di timpa musibah dengan keadaan yang tidak sihat
Memang sangat uzur & lemah
Sebulan di wad hospital
Sebulan berkerusi roda di rumah
Selepas itu berjalan bertongkat pula
Beransur kembali pulih
Syukur Alhamdulillah
Alhamdulillah
Tanya semula pihak pejabat Airlines
Dibenarkan untuk guna semula tiket yang dah di beli pada awal tahun lepas 2020
Ada kena sket tambahan bayaran bagi jumlah tiket kerana perbezaan harga pada tahun lalu berbanding dengan tahun ini
Kesempatan ini saya n wife
Mohon kemaafan atas segala kesalahan yer
Jika kami ada salah n silap
Pohon doakan kemudahan kami untuk beribadah dan Selamat pergi n balik
Kami berdoa agar senantiasa di bawah rahmat & pertolongan dari NYA
InsyaAllah
Aamin
Razak & Fatimah 😄
18.12.21