26 December 2021

Wife Yang Memahami

WIFE BANTU LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK

Weken mesti kenkawan santai dengan pelbagai aktiviti 
Saya akui sangat minat melayan hobi hartanah rumah busuk
Saya tanpa jemu terus melakukan aktiviti rumah busuk
Malah saban hari mesti nak layan rumah busuk

Jika tidak dilayan seumpama ada kekurangan pulak
Makin hari makin seronok
Apa orang nak cakap
Apa orang nak kata
Apa anggapan orang
Saya dah mula lali
Korang pun nampak kan
Ada jer tulisan saya pasal rumah busuk

Saya nak beritahu korang
Wife bantu saya layan hobi hartanah rumah busuk
Wife sangat positif membantu saya 
Wife tanpa jemu terus membantu
Wife saban hari pun bersekali dengan saya melayan hobi hartanah rumah busuk
Wife seumpama tulang belakang
Tanpa bantuan wife
Manakan saya terdaya berseorangan
Manakan cukup masa saya
Manakan mampu aku untuk buat semua perkara

Wife rajin dan bersemangat:
1. Ke bank
2. Ke pejabat tanah
3. Ke pejabat peguam
4. Ke pejabat tnb
5. Ke pejabat air
6. Ke pejabat iwk
7. Ke pejabat pelukis pelan
8. Ke pejabat penilai
9. Ke pejabat agent
10. Ke pejabat majlis perbandaran 
11. Urusan pelbagai yang berkaitan apa sahaja tentang rumah busuk
12. Kekadang merentas ke Negeri lain

Wife saya sudah mahir dan tahu selok belok semua aktiviti saya
Pengalaman yang digarap sangat berharga
Pengalaman ini sangat bernilai
Pengalaman ini sangat bermakna
Tapi bila wife merajuk ... mogok tak mauu bantu ... terpaksa lah pujuk pergi soppink ... ahaksss 😄

Saya bersyukur sangat
Wife makin memahami dan minat
Pada masa peringkat awal pembabitan saya dalam melayan hobi hartanah rumah busuk
Wife agak "jengkel" dengan "hobi rare" saya nie
Wife pandang sebelah mata jer aktiviti saya nie

Maklumlah saya beli rumah busuk
Saya memiliki rumah uzur
Saya ghairah memburu rumah yang kotor
Tapi kini dah sebaliknya
Keadaan dah berubah
Keadaan dah berlainan
Saya ada wife yang sangat memahami 

Maka aku sarankan kepada korang
Cuba bawa sekali pasangan korang untuk paham minat korang untuk layan aktiviti hartanah
Dengan paham dan tahu
Maka tiada apa apa prasangka atau jeles
Semua akan berjalan lancar jer
Betoikan rakan rakan FB saya:
1. AE Meor Zaidee didoakan agar cepat sembuh yer
2. KEYKhairul Ezuwan
3. DR Azizul Azli Ahmad
4. IJA Ija Syariza
5. SAN Ihsan Zainal
6. HF Harith Faisal
7. PIE Shafie Bustan
8. ZALI Zali Ahmad
9. KJ Anis Hafiza
10. LAWYER Dato Nazri Mustafa

Yuhuu satu kali😄

Ir. AJAK 
Hobi hartanah rumah busuk 

Nota:

Gambar dari simpanan kes yang lalu 

Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:

1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
2. HOBI HARTANAH 

https://s.lazada.com.my/s.WizvG


https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729


Wasap.my/60129861504/bukuir



No comments:

Post a Comment