30 December 2021

BIODATA

BIODATA Ir. AJAK 

HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Asalamualaikum 

Dalam tempoh minggu ini

Bertambah pula follower di FB

Ini gara gara Sahabat San petik nama saya sebagai flipper rumah busuk 

Actually saya melayan hobi hartanah rumah busuk jer untuk isi masa terluang pada weken

Buat follower baru ... Selamat berkenalan 

Salam kenal dari saya

Ahaks😄


Berkenalan:

Sajer nak update biodata saya kepada anda kalian semua yer

Hari ini saya nak tulis mengenai biodata diri saya yang lebih dikenali dengan “Ir. AJAK HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK”

Nak ambil kesempatan juga untuk sesi taaruf dengan semua friend yang hampir berjumlah 5 ribu dan follower saya yang dah cecah lebih 33 ribu nie

Selamat berkenalan buat anda semua friend & follower saya

Maybe ada yang belum kenal saya lagi

Eloklah sesekali saya memperkenalkan diri saya kepada anda kalian semua

Tak gitur 😀


Biodata:

Ini biodata lengkap saya

Nama sebenar saya ialah: Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin 

Nama digunakan pada penulisan ialah: Ir. AJAK, Hobi Hartanah Rumah Busuk

Official Fb: Ir Ajak Abdul Razak

Umur dah 47 Tahun weh

Anak sulong dari 5 orang adik beradik

Kelulusan: Ijazah Kejuruteraan Awam UTM Johor

Kerjaya: Jurutera Awam

Kelulusan Profesional: Jurutera Awam Profesional, Ir. (Berdaftar BEM, IEM),Tahun 2010

Hobi: Hartanah Rumah Busuk

Karya 2 buah Buku telah diterbitkan: 

  1. HOBI HARTANAH
  2. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK 

Status: Berkahwin dah & ada kidos 4 orang

Asal: Teman Orang Perak

Sekolah rendah di Kota Bharu Gopeng Perak

Sekolah menengah: Seri Teja Gopeng Perak & Raja Chulan Ipoh Perak

Menetap: Di Soromban, Noghori Sembilan


Saya insan biasa:

Dari segi pencapaian akademik ... saya bukan tergolong di dalam pelajar yang hebat ... saya jenis biasa biasa jer

Ikon Hartanah: AKHBAR SINAR HARIAN EDISI LANAI pernah ler tersiar

Siaran: pernah ada sekali tersiar di portal

1. Halalmoney

2. Gilahartanah

3. Siakapkeli 

Siri Speaker ceriter rumah busuk:

1. Mega Free Sharing Hartanah UKM Bangi

2. Viva Hartanah Perak

3. Seremban Investor Team

4. Speaker jemputan ke seminar yang berskala kecil

5. Grand Seminar SIT


Pengalaman: 

1. Telah membeli hartanah yang uzur buruk (rumah busuk) sejak bertahun tahun dahulu secara aktif sehingga ke hari ini

2. Telah berpeluang membuat sentuhan untuk mewangikan rumah busuk sejak bertahun dahulu sehingga lah pada hari ini jugak

3. Setiap 3-4 bulan akan siap mewangikan kes rumah busuk yang berbeza kes & berbeza lokasi

4. Menulis kisah pengalaman rumah busuk saban hari di wall facebook saya

5. Telah berpeluang untuk memberi khidmat nasihat kepada ramai orang melalui personal coaching tentang transaksi rumah busuk


Harapan saya:

Agar Sedikit perkongsian cerita rumah busuk dapat memberi manfaat kepada seramai ummah melalui aktiviti rumah busuk yang saya jalan kan

Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk merealisasikan cita cita saya ini

Saya meluangkan masa, tenaga, wang ringgit ke arah ini

InsyaAllah 


Fakta:

Fakta yang perlu korang tahu

Saya nie pemalu orang nyer kerana "mata saya juling" 🙈

Saya segan untuk ketemu dengan orang

Hobi yang lain suka memelihara ikan koi ... ada beberapa kolam simen di halaman rumah saya

Saya ada satu lagi hobi iaitu suka pergi melancong dengan family jika ada kesempatan & modal ... dengan izin dari NYA ... dah pernah bermusafir ke beberapa negara untuk menikmati keindahan/kecantikan bumi ciptaan ALLAH swt  ... Allahuakbar 😄


Kenkawan:

Panjang lebor saya menaip tentang biodata saya dah tur

Yang dah kenal saya tur

Kat maner korang tahu tentang saya yer

Atau kita pernah ketemu & selpie ... cer tempek gambo sket di ruang komen 

Cer citer sket😀

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk

30 Disember 2021


#rumahbusuk







No comments:

Post a Comment