ALKISAH DIARY Ir. AJAK SEPANJANG TAHUN 2021
Mungkin juga ramai yang mengambil masa untuk bercuti rehat bersama keluarga pada hujung tahun sebegini
Hari terakhir today 31 disember 2021
Cepat nya masa berjalan
Setahun berlalu iaitu 365 hari dirasakan kejap jer kan kan
Saya cuba garapkan 7 isi besar dalam catatan memori diary untuk diri saya n family sepanjang tahun 2021
Isi 1: HOBI RUMAH BUSUK
Layan hobi hartanah rumah busuk
Berterusan melayan hobi hartanah rumah busuk
Pelbagai transaksi rumah busuk berjalan
Wangikan kes rumah busuk
Jenis rumah busuk yang berbeza
Kalah bida lelongan
Gagal memujuk owner menjual hartanah
Pelbagai pengalaman di garap
Alhamdulillah
Berjaya memaksimakan pengalaman & potensi diri untuk melayan hobi hartanah rumah busuk menjadi mewangi
Tanpa rasa jemu tanpa rasa penat akan terus memacu keadaan ini
Hobi sejak bertahun tahun dahulu dah di Layan dah sebati dalam kehidupan harian
Agar hobi hartanah rumah busuk ini menjadi asbab untuk saya terus memberi manfaat kepada yang memerlukan
Isi 2: BERMUSAFIR UNTUK IBADAH UMRAH
Ibadah umrah
Diizinkan oleh ALLAH untuk menjadi Tetamu NYA untuk kesekian kalinya pada tahun ini
Usaha ini tertangguh 2 tahun kerana asbab wabak pandemik covid 19 yang melanda seluruh dunia
Alhamdulillah syukur sangat
Walaupun sesibuk mana sekalipun
Akan diselitkan jadual masa untuk ke sana jua
Nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata kata
Kerinduan selalu datang bertamu & kadangkala terasa sangat rindu hingga menitiskan air mata
Kekuatan itu yang menaikan semangat untuk berterusan musafir ke sana
InsyaAllah Amin
Isi 3: DI UJI DENGAN KESIHATAN
Pertengahan tahun ini saya diuji dengan masalah kesihatan
Sebulan berada di wad hospital
Setiap hari di ambil darah untuk diuji di makmal
Setiap kali ambil di sampel darah Memang terasa perit sangat
Kadangkala sampai 3 kali dalam sehari
Makanan juga agak terhad di wad kerana disebabkan tidak boleh bawa masuk makanan dari luar ke dalam wad
Wad di kawal ketat oleh pengurusan hospital
Saban hari melihat rakan jiran jiran katil akan pergi buat selama lama nya ... tak kira bangsa tak kira umur ... gerun jugak saya ... Allahuakbar
Pengalaman yang amat berharga buat diri saya
Family tidak boleh lawat datang ke wad
Saya call & mesej ke family Setiap hari untuk dapat kan kata kata semangat
Sebelum ini ada jugak saya dimasukkan ke wad hospital swasta untuk menerima pelbagai rawatan .. tapi tidak lah sama dengan ujian yang ini
Selepas sebulan berada di wad hospital
Sebulan juga berada di rumah dengan berkerusi roda Kerana anggota agak lemah
Makin pulih saya bertongkat untuk berjalan
Buat fisioterapi
Susulan dengan bertemu dengan doktor pakar
Alhamdulillah akhir nya saya kembali kehidupan seperti biasa setelah beberapa bulan berusaha sebaiknya & berdoa Minta dari ALLAH swt
Anyway saya perlu redho dengan ujian dari NYA dengan apa apa sekali pun
Saya telah kembali bekerja semula untuk mencari rezeki ... Alhamdulillah sekali lagi
Isi 4: DIBERI TANGGUNGJAWAB KERJAYA
Saya pekerja makan gaji bulanan jer
Nak berterusan praktikkan profesional engineer saya & saya ada minat & malah inilah cita cita saya sejak dari kecil lagi
Saya curahkan kemahiran saya
Diberi peluang untuk mengambil satu tanggungjawab yang agak berat untuk bersama mentadbir satu organisasi besar di peringkat negeri
Malah mempunyai staf yang melebihi seribu orang
Melibat kan operasi harian yang berterusan harian tanpa henti
Fardhu kifayah yang tidak dapat tidak ... mesti nak ada
Saya menggarap pengalaman Dan mencurahkan sepenuh bakti
Berhasrat untuk memberi manfaat kepada ummah sekalian
Itulah harapan dan doa saya selalu
Isi 5: HOBI IKAN KOI
Tetiba dah kena racun dengan kenkawan di media sosial
Dah mula minat pulak dah dengan hobi ini
Saya pelihara baby ikan koi masuk tahun ke 3 dah
Banyak jugak kena keluarkan kos modal nyer weh
Hobi yang memerlukan wang
Maybe boleh di kategori sebagai hobi mahal
Modal untuk buat kolam, sistem filter, beli ikan ikan dan maintenance nyer
Minat nie ngabiskan wang jer ... adudu
Tapi syok dirasakan
Rasa tenang jer sebagai terapi minda
Lihat ikan makin membesar dan jinak bermain di tangan
Terhibur hati saya yer
Isi 6: KEINSAFAN WABAK PANDEMIK COVID 19
Timbul rasa keinsafan di dalam diri saya
Dengan ujian yang ALLAH swt hadir kan di muka bumi ini
Dengan tersebar nya wabak pandemik covid 19
Amat mengubah landskap secara keseluruhan kehidupan di seluruh dunia
Semua mengamalkan norma baru
Cara kerja
Cara kehidupan
Pergerakan makin terhad
Tidak mudah untuk ke luar negara
Ekonomi merudum
Biznes ada yang terganggu
Pelbagai lah perkara yang berubah yang kita nampak dari hari ke sehari
Isi 7: KESIMPULAN
Penuh kesyukuran ke hadrat NYA
Peluang dan segala pinjaman yang ALLAH berikan
Saya hanya insan biasa
Kekadang masa yang amat terhad
Kudrat yang sedikit
Kadangkala tertidur kelesuan di dalam van demi mencari rezki
Ke hulu ke hilir menaiki van melayan hobi hartanah rumah busuk
Setiap masalah cuba diatasi
Dengan rasa rendah diri
Saya memohon ampun dan maaf dari kalian semua sempena hari terakhir pada tahun 2021
Sokongan & doa dari kalian amat saya harapkan
Tanpa kalian kenkawan siapalah saya Ir. AJAK
Buat ibu tersayang, isteri tercinta, 4 kidos & adik-adik ... doa dan kerjasama serta dokongan amat diharapkan selalu
Hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalam lubuk hati ini
Saya berpuashati dengan coretan diary sepanjang perjalanan tahun 2021 yang penuh onak & duri
Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak menentu di kala ini dan senario pandemik covid 19
Moga ALLAH permudahkan segala urusan untuk hari yang mendatang
Moga tahun baru 2022 akan lebih cemerlang dan konsistem dengan segala perancangan yang direncanakan oleh saya & family
5 ITEM AZAM TAHUN BARU 2022:
1. Senantiasa merendah diri tawaduk nak tambah iman dalam diri & ALLAH senantiasa di hati
2. Nak santuni ibu tersayang sebaik nya
3. Nak jaga bebaik hubungan cinta hati saya iaitu wife tersayang hingga ke jannah & kasih sayang buat 4 kidos
4. Berterusan menjalankan amanah sebagai fardhu kifayah melalui kerjaya sebagai jurutera profesional dalam kerjaya sekarang
5. Teruskan layan hobi hartanah rumah busuk dengan memberi manfaat kepada ummah sebagai perkongsian ilmu
Alhamdulillah InsyaAllah Aamiin 😄👍
Ir. AJAK
31 disember 2021
SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2022
No comments:
Post a Comment