10 September 2019

Tingkap

TINGKAP BAGI SESEBUAH RUMAH BUSUK


Sekadar pandangan saya sahaja yer

Tingkap adalah satu elemen yang penting bagi sesebuah rumah busuk

Tingkap boleh memberi pencahayaan

Tingkap boleh memberi ruang pengudaraan

Tingkap boleh menaikkan kecantikan bagi sesebuah rumah busuk


Tingkap juga ada pelbagai jenis:

1. Tingkap biasa nako

2. Tingkap kaca aluminium frame jenis tolak & sliding

3. Tingkap kaca ada yang jenis mahal & tebal & mungkin bersaiz besar

4. Jenis kaca juga ada banyak jenis & gred & mungkin mahu tinted

5. Tingkap papan kayu bagi rumah kayu yang bersesuaian


Harga bahan juga berbeza beza ikut jenis

Kos pemasangan juga berbeza beza

Setiap saiz pun ikut design rumah lah

Jika saiz tingkap yang besar

Pastinya harga juga berbeza dan berkadaran dengan harga upah kontraktor 

Malah jikalau bentuk yang sangat berbeza & unik akan melibatkan perlu membuat tempahan khas di kedai tertentu


Perkara bab tingkap ini juga akan menentukan saiz dan kos:

1. Langsir yang bakal dipilih

2. Besi gril jika dipasang


Banyak faktor berkaitan yang akan bersangkutan

Itulah pilihan yang mungkin ada

Atau mungkin juga saya ada tertinggal perkara yang berkaitan

Saya taip apa yang terlintas pada fikiran saya

Korang ada nak tambah ker ?


Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota: gambar yang diambil pada cuti weken panjang yang semalam ... lokasi rumah busuk yang baru sahaja dimulakan untuk ubahsuai


#rumahbusuk




09 September 2019

Tikam



Luangkan masa

Partime job ... bertukang sket ... ubahsuai apa yang patut ... luangkan masa melayan hobi baby ikan koi 😀



Betoi ker



Fikir rumah busuk

SAMBIL BELAI BABY IKAN KOI SAMBIL TUR FIKIR BAB CITER RUMAH BUSUK


Masa lapang saya

Saya suka santai di tepi kolam

Sambil belai baby ikan koi

Terapi minda saya

Tengok ikan koi berenang

Tengok gelagat ikan makan palet

Tengok bermacam2 warna


Saiz yang berbeza2

Ada yang sangat jinak 

Ada yang lari2 kurang jinak

Terasa tenang jer minda

Duduk 1 jam pun boleh di tepi kolam pun saya okey jer

Boleh terlelap asyik tengok ikan

Salah satu terapi minda saya


Masa nie lah saya sempat nak fikir bab rumah busuk:

  1. Perancangan untuk miliki rumah busuk
  2. Kaedah untuk miliki rumah busuk
  3. Lokasi untuk miliki rumah busuk
  4. Bayaran untuk rumah busuk
  5. Proses anggaran tempoh untuk miliki rumah busuk
  6. Lantik panel lawyer yang mana satu untuk kendalikan kes rumah busuk
  7. Proses untuk kelulusan pelan rumah busuk
  8. Nak buat ubahsuai camner ke atas rumah busuk
  9. Pemilihan kontraktor untuk mewangikan rumah busuk
  10. Tempoh masa untuk mewangikan rumah busuk
  11. Bajet bajet wang untuk mewangikan rumah busuk


Saya duduk santai di tepi kolam

Bukan sekadar membazirkan masa

Ada tujuan

Ada matlamat 

Ada perkara yang berfaedah yang dilaksanakan 

Jika cantek perancangan

Maka cantek lah hasil nya nanti


Jika kurang sempurna

Kita ejas ejas bagi sempurna semula

Saya bukan insan yang sempurna

Alhamdulillah wife sangat fahami cara saya membuat sesuatu perkara

Selagi tidak sempurna 

Saya akan cuba sedaya upaya bagi sempurna

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





08 September 2019

Cucur ...



Kisah benar bawa bekal

Saya Ir. AJAK PERNAH BAWA BEKAL NASI KE PEJABAT


Buka cerita:

Sajer nak buka cerita

Kisah benar nie

Pada awal permulaan saya bekerja

Sekitar bermula tahun 1998

Saya tinggal di rumah sewa

Saya sewa 1 bilik yang paling kecil

Saya pilih rumah sewa yang dibenarkan memasak

Yang ada kemudahan peti ais

Dapur gas & tong gas memang saya ada beli


Masak:

Sebelum pergi bekerja

Saya akan masak sekadar yang mampu

Biasanya nasi goreng

Kekadang dah jemu dengan nasi goreng

Saya masak kuew teow goreng

Adalah sesekali masak nasi putih di makan dengan ayam masak paprik

Korang jangan tak caya saya boleh masak sket sket


2 bahagian:

Saya bahagikan 2 bahagian nasi goreng itu

1 bahgaian saya bekfes dan 1 bahagian lagi saya bawa ke pejabat dengan bekas makanan

Selalunya saya goreng telur mata atau telor dadar kosong

Ada sedikit rasa malu dengan kenkawan 

Tapi saya tebalkan muka jer lah

Kena bangun lebih awal pagi dan kena ada usaha untuk memasak 

Saya bukan kedekut wang tapi saya perlu berjimat cermat untuk simpan wang


Tujuan jimat cermat:

Ini usaha saya untuk berjimat cermat bagi tujuan:-

  1. Saya anak sulong dari 5 adik beradik ... Arwah ayah hanya bekerja posmen & ibu surirumah ... wang tidak banyak ... adik masih belajar ... saya tanggungjawab untuk bantu family ... saya tekad mahu bantu family ... kami keluarga bukan orang senang
  2. Saya penerima tajaan biasiswa masa belajar di U ... saya diwajibkan bekerja di konglomerat tersebut ... cuma saya tidaksebulu bekerja di sana ... saya berhenti ... maka saya wajib bayar semula semua wang tajaan itu
  3. Saya mahu kumpul wang untuk berkahwin pada umur 27 tahun
  4. Saya mahu hantar ayah & emak ke tanah suci mekah untuk ibadah haji pada tahun 2009
  5. Saya mahu beli motor
  6. Saya mahu beli kereta kancil
  7. Saya mahu beli rumah dengan secepatnya. Perlu sediakan wang deposit & kos lawyer & kos pelbagai


Dating dengan awex:

Dengan cara saya bawa bekal nasi

Boleh bantu untuk saya berjimat

Semua benda yang saya mahu beli

Saya akan tahan tahan dan fikir banyak kali

Jika pergi dating dengan awex ... pergi tempat yang tidak banyak keluar kan wang ... makan pun kongsi kongsi ... sejujurnya awex saya itu amat memahami keadaan diri saya

Saya ini insan yang tidak punya apa apa di mata awex tur 

Kira sengkek abis lah wa cakap sama lu beb !

Itulah awex yang terima saya seadanya 

Doa kan jodoh kami sehingga ke akhir hayat

Wife saya sekarang ... Alhamdulillah ... Allahuakbar !


Jangan kutuk:

Korang jangan lah kutuk saya

Saya cerita kisah benar ini

Actually malu nak cerita

Kenkawan yang diluar sana

Jangan malu untuk buat sesuatu

Jika kita ada matlamat yang jelas

Jika kita ada azam yang kuat

Tidak mudah untuk mendaki ke tangga kejayaan 

Kita redho dengan ujian dari NYA

Usaha ... doa ... tawakkal kepada NYA

Share lah jika boleh beri manfaat kepada kenkawan 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Ini gambar saya pada sekitar umur 27 tahun

Agak agak pada masa itu bleh jadik artis pelakon ker jika screen test di lokasi penggambaran 

Hehehehe 😀






07 September 2019

Tingkap

PECAHKAN LAGI TINGKAP RUMAH BUSUK


Dipecahkan sana 

Dipecahkan sini

Termasuk lah pecahkan tingkap rumah busuk

Itu biasa bagi proses ubahsuai sebuah rumah busuk

Yang penting juga mesti tetapkan perancangan sebaiknya


Setelah dipecahkan 

Dibina semula samada:

  1. Nak tukar tingkap yang jenis lain
  2. Nak ubah kedudukan dinding tingkap itu
  3. Nak besarkan saiz tingkap atau sebaliknya 
  4. Apa apa alasan lagi lah


Bukan senang nak mewangikan sebuah rumah busuk nie

Banyak perkara yang perlu dibuat

Kita buat step by step

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Ini gambar lokasi rumah busuk yang sedang di ubahsuai di lokasi di sana

Team di sana hantar gambar 

Terima kasih sahabat 😀👍


#rumahbusuk







06 September 2019

7 tips

7 TIPS NAK PELIHARA IKAN KOI


1. Perlu ada minat

2. Perlu ada kolam & tong & aquarium 

3. Perlu beli ikan di kedai jual ikan

4. Perlu beri makan

5. Perlu jaga kualiti air

6. Perlu pastikan ada oksigen

7. Perlu tebal telinga jika wife kuat bebel sebab kita pelihara ikan koi ... yang ini tak dapek den nak nolong nyo ... sendiri pepandailah nak handle ... kan kan 😀 !

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi pelihara baby ikan koi






Kelulusan pelan

MOHON KELULUSAN PELAN UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK


Salam jumaat penghulu segala hari

Moga hari ini penuh kerahmatan buat kita semua

Saya jua mendoakan untuk anda kalian semua beroleh keberkatan dari NYA


Mohon kelulusan pelan ubahsuai rumah busuk:

1. Boleh melalui firma arkitek


2. Boleh melalui firma pelukis pelan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan PBT


3. Berilah segala info spesifikasi yang kita kehendaki kepada pelukis pelan


4. Nak renovation porch ker


5. Nak renovation bahagian dapur ker


6. Nak renovation bahagian tengah rumah ker


7. Kedudukan tandas yang mahu diubah


8. Jumlah bilik tidur yang mahu ditambah


9. Pihak pelukis pelan akan membuat lukisan berdasarkan kehendak kita di samping memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak PBT


10. Kos pelukis pelan bermula dari anggaran RM2 ribu bagi sesuatu kes ... bergantung kepada kos sebenar yang di invoice kepada anda yer


11. Kos pelukis pelan jugak bergantung kepada jenis kompleksiti lukisan dan saiz jugak agaknyer


12. Dokumen yang diperlukan:

a. Salinan SnP

b. Salinan kontrak lelongan

c. Salinan geran hakmilik

d. Salinan pelan tanah

e. Salinan bil cukai pintu

f. Salinan bil cukai tanah


13. Jika nak lebih mudah ... Kita dah sketch siap siap lebih kurang idea yang kita mahu renovation tur ... Senang pelukis pelan terjemahkan ke bentuk lukisan berskala


14. Tempoh masa kelulusan diambil bermula dari seawal 3 bulan jika semua dokumen adalah lengkap dan sempurna

Sekadar berkongsi ceriter melayan hobi hartanah rumah busuk 


Mohon share kan untuk manfaat bersama😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk