MOHON KELULUSAN PELAN UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK
Salam jumaat penghulu segala hari
Moga hari ini penuh kerahmatan buat kita semua
Saya jua mendoakan untuk anda kalian semua beroleh keberkatan dari NYA
Mohon kelulusan pelan ubahsuai rumah busuk:
1. Boleh melalui firma arkitek
2. Boleh melalui firma pelukis pelan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan PBT
3. Berilah segala info spesifikasi yang kita kehendaki kepada pelukis pelan
4. Nak renovation porch ker
5. Nak renovation bahagian dapur ker
6. Nak renovation bahagian tengah rumah ker
7. Kedudukan tandas yang mahu diubah
8. Jumlah bilik tidur yang mahu ditambah
9. Pihak pelukis pelan akan membuat lukisan berdasarkan kehendak kita di samping memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak PBT
10. Kos pelukis pelan bermula dari anggaran RM2 ribu bagi sesuatu kes ... bergantung kepada kos sebenar yang di invoice kepada anda yer
11. Kos pelukis pelan jugak bergantung kepada jenis kompleksiti lukisan dan saiz jugak agaknyer
12. Dokumen yang diperlukan:
a. Salinan SnP
b. Salinan kontrak lelongan
c. Salinan geran hakmilik
d. Salinan pelan tanah
e. Salinan bil cukai pintu
f. Salinan bil cukai tanah
13. Jika nak lebih mudah ... Kita dah sketch siap siap lebih kurang idea yang kita mahu renovation tur ... Senang pelukis pelan terjemahkan ke bentuk lukisan berskala
14. Tempoh masa kelulusan diambil bermula dari seawal 3 bulan jika semua dokumen adalah lengkap dan sempurna
Sekadar berkongsi ceriter melayan hobi hartanah rumah busuk
Mohon share kan untuk manfaat bersama😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment