TINGKAP BAGI SESEBUAH RUMAH BUSUK
Sekadar pandangan saya sahaja yer
Tingkap adalah satu elemen yang penting bagi sesebuah rumah busuk
Tingkap boleh memberi pencahayaan
Tingkap boleh memberi ruang pengudaraan
Tingkap boleh menaikkan kecantikan bagi sesebuah rumah busuk
Tingkap juga ada pelbagai jenis:
1. Tingkap biasa nako
2. Tingkap kaca aluminium frame jenis tolak & sliding
3. Tingkap kaca ada yang jenis mahal & tebal & mungkin bersaiz besar
4. Jenis kaca juga ada banyak jenis & gred & mungkin mahu tinted
5. Tingkap papan kayu bagi rumah kayu yang bersesuaian
Harga bahan juga berbeza beza ikut jenis
Kos pemasangan juga berbeza beza
Setiap saiz pun ikut design rumah lah
Jika saiz tingkap yang besar
Pastinya harga juga berbeza dan berkadaran dengan harga upah kontraktor
Malah jikalau bentuk yang sangat berbeza & unik akan melibatkan perlu membuat tempahan khas di kedai tertentu
Perkara bab tingkap ini juga akan menentukan saiz dan kos:
1. Langsir yang bakal dipilih
2. Besi gril jika dipasang
Banyak faktor berkaitan yang akan bersangkutan
Itulah pilihan yang mungkin ada
Atau mungkin juga saya ada tertinggal perkara yang berkaitan
Saya taip apa yang terlintas pada fikiran saya
Korang ada nak tambah ker ?
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota: gambar yang diambil pada cuti weken panjang yang semalam ... lokasi rumah busuk yang baru sahaja dimulakan untuk ubahsuai
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment