30 April 2016

Masa layan hobi hartanah

MASA UNTUK LAYAN HOBI HARTANAH
==============================

Tolong LIKE sebelum baca kerana tulisan aku nie agak panjang lebar merepeknyer😜
Aku acapkali ditanyer dengan persoalan bagaimana aku agihkan masa untuk layan hobi hartanah
Aku tak ada formula yang hebat untuk bahagikan masa
Aku cuba bahagikan masa yang dimiliki 24 jam sehari dan 7 hari seminggu serta 365 setahun dengan sebaik nyer dengan beberapa kaedah yang aku amalkan:
1. Tidur perlu cukup nyenyak dan tak semestinyer lama
2. Makan biarlah kenyang dan tak semesti yang sangat lazat mahal ... Pagi nie aku bekfes meggi asam laksa jer😄
3. Bangun awal pagi untuk bermunajat kepada NYA dan terus istiqamah tanpa prejudis
4. Tepati waktu untuk bersholat dan jangan gagal untuk tunaikan walaupun kadangkala terlalai jugak dengan urusan dunia (kes ini yang aku cuba perbaiki dan perbaiki dan terus perbaiki)
5. Cuba amalkan makan semeja bersama isteri dan anak anak walaupun hanya pada waktu dinner jer yang sempat
6. Jangan lupa aturkan jadual untuk ziarah bonda dan calling calling guna telefon
7. Masukkan jadual di hujung minggu dan cuti untuk enjoy dengan family di soppink complex sambil menonton wayang dan makan aiscream
8. Luangkan masa jugak riadah setidak tidaknyer berjalan kaki atau berjongging
9. Sesekali bawak family pergi bercoti dan mandi kolam bersama kiddos dan semestinyer holiday di oberc
10. Jangan lupa jugak untuk selitkan sholat sunat dhuha moga jalan rezki melimpah ruah dengan izin dari NYA
11. Pekerja makan gaji bulanan macam aku nie perlu fokus untuk "be smart" untuk jalankan tugas di pejabat dengan sebaiknyer dan jangan sesekali untuk culas mengulor jer
12. Aku stay di seremban dan kerja di putrajaya dah lebih 7 tahun berulang alik setiap hari dengan tempoh masa sekitar 2 hingga 3 jam dihabiskan di atas jalanraya sekitar jarak ulangalik 130km dari rumah
13. Selepas isyak di rumah aku selalur buat kerja dokumentasi transaksi hartanah dan kadangkala layan mesin photostat
14. Dengan kesempatan yang ada inilah aku selit selitkan jugak untuk melayan hobi hartanah pada ruang ruang waktu yang ada seperti balik kerja dan sebelum waktu sholat maghrib
15. Jika korang paksa aku untuk jawab bagaimana aku agihkan masa untuk layan hobi hartanah ... Terus terang aku jawab bahawa tiada formula yang khusus yang aku praktikkan
16. Yang nyata dan pasti sejak layan hobi hartanah ini bahawa transaksi hartanah yang telah berjaya aku sempurnakan telah mencecah angka berpuluh bijik ... Bukti nyer wife aku kerap kali berulang alik ke LHDN seremban untuk submit borang CKHT ... Alhamdulillah
17. Kepada ALLAH aku bermohon agar diberi peluang untuk meminjam kesempatan waktu dan kelapangan demi kelangsungan kehidupan menjadikkan aku hamba yang pendosa ini ... Aku mohon keampunan ... Kesempatan 3 kali mengerjakan ibadah Umrah yang lalu dengan rasa penuh rendah diri aku bermohon di KAABAH untuk diberi kesempatan bagi dapat aku berbakti untuk memberi manfaat kepada orang lain bagi tunaikan tanggungjawab Fardhu Kifayah aku
18. Maafkan daku wahai sahabat sekalian
Aamiin
SHARE untuk renungan bersama yer😄👍
Ir. AJAK

No comments:

Post a Comment