08 July 2016

Mohon kelulusan

MOHON KELULUSAN PELAN RENOVATION RUMAH BUSUK
=============================

Mohon kelulusan pelan renovation rumah busuk:
1. Boleh melalui firma arkitek
2. Boleh melalui firma pelukis pelan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan PBT
3. Bagi spesifikasi yang kita kehendaki kepada pelukis pelan
4. Nak renovation porch ker
5. Nak renovation bahagian dapur ker
6. Nak renovation bahagian tengah rumah ker
7. Kedudukan tandas yang mahu diubah
8. Jumlah bilik tidur yang mahu ditambah
9. Pihak pelukis pelan akan membuat lukisan berdasarkan kehendak kita di samping memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak PBT
10. Kos pelukis pelan bermula dari anggaran RM2 ribu
11. Kos pelukis pelan jugak bergantung kepada jenis kompleksiti lukisan dan saiz jugak agaknyer
12. Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan SnP
2. Salinan kontrak lelongan
3. Salinan geran hakmilik
4. Salinan pelan tanah
5. Salinan bil cukai pintu
6. Salinan bil cukai tanah
7. Salinan CFO atau CCC
13. Jika nak lebih mudah ... Kita dah sketch siap siap lebih kurang idea yang kita mahu renovation tur ... Senang pelukis pelan terjemahkan ke bentuk lukisan berskala
14. Tempoh masa kelulusan diambil bermula dari seawal 3 bulan jika semua dokumen adalah lengkap dan sempurna
Sekadar berkongsi ceriter melayan hobi hartanah

Ir. AJAK


No comments:

Post a Comment