07 July 2016

07.07

MAKAN REMPEYEK vs RUMAH BUSUK
==============================

Coti rayer antara kudapan ialah kuih rempeyek
Aku suker yang banyak kacang tanah
Sambil tur planning untuk renovation rumah busuk
Today 07.07.16 ada sekitar 6 bulan lagi untuk ke penghujung bulan disember tahun 2016
Ada beberapa unit rumah busuk untuk di wangi kan:
1. Rumah busuk di bandar tun razak cheras ... Renovation dijangka Julai & ogos 2016
2. Rumah busuk di senawang negeri sembilan (berhampiran Giant dan Mydin) ... Renovation dijangka hujung ogos & september 2016
3. Rumah busuk di alor gajah melaka ... Renovation dijangka awal oktober, november & awal disember 2016
4. Rumah busuk di area soppink complex palm mall dan hospital kpj seremban ... Bermula pertengahan disember 2016 & membawa ke awal tahun depan january 2017
Planning meliputi:
1. Anggaran tempoh masa untuk mewangi kan rumah busuk
2. Anggaran bajet kos yang diperlukan untuk penyiapan
3. Susunan kerja oleh pihak kontraktor binaan, kontraktor elektrik, kontraktor besi gril pagar & kontraktor kitchen kabinet
4. Skop kerja di susun rapi rapi agar bajet tak burst dan mencukupi
5. Koordinasi antara kontraktor kontraktor terlibat sangat sangat penting
6. Ada rumah busuk yang memerlukan pelan kelulusan pihak berkuasa tempatan yang meluluskan
Skarang nie selepas hari raya sedang menyiapkan rumah busuk di area bukit jalil selangor
Kerja me wangi sudah di peringkat akhir iaitu untuk mengecat luar dan dalam rumah, touch up sket sket dan tunggu pagar 20 kaki lebar 4 daun dilipat disiapkan di bengkel welding
Memang syok melayan rumah busuk nie
Memang teruja untuk melihat rumah menjadik wangi
Wowww
Selamat bergumbira di hari lebaran
Kunjung mengunjung amalan mulia
Jom berayer

SHARE ke kenkawan untuk berkongsi ceriter bersama

Ir. AJAK

No comments:

Post a Comment