28 February 2018

Kemaskan

KEMASKAN RUMAH BUSUK YANG SUDAH WANGI


Ini anak sulong papa mama Abang Long

Bantu saya untuk kemaskan rumah ini

Rumah busuk yang telah selesai diwangikan

Segala kotak kotak 

Segala sampah sarap

Sedikit sisa sisa binaan 

Tong tong cat

Bersihkan lantai semua supaya nampak kemas dan berkilat

.

.

Sebab ada tetamu nak datang

Nak lawat rumah

Nak tengok rumah

Nak buat penilaian 

Iaitu Pegawai dari Jabatan Penilaian

Yuhuu 


Ir. AJAK


27 February 2018

Taraa

TERIMA KASIH KENKAWAN DI OPIS


Taraaa

Terima kasih kenkawan di opis saya

Bagi hadiah kat saya sempena besday & bertugas ke tempat baru

Ini ceriter semalam

Saya tak sempat nak update 


Terharu saya:

1. Makan nasi minyak

2. Ada kek

3. Dapat hadiah (beg kerja,wallet,tali pinggang,pen) dibalut cantek gitur

4. Frame gambar kata kata coretan

5. Kad ucapan


Ohsem semua kenkawan saya di opis

Sedih nak tinggalkan kenkawan saya

Dah lama bekerja 

Dah saling kenal mengenali

Bertemu dan berpisah tur perkara biasa

Betoikan

Bertugas dengan kalian semua merupakan satu keseronokan

Terima kasih semuanya

Saya amat hargai


Ir. AJAK



Gembira

GEMBIRA SAYA TENGOK RUMAH BUSUK DAH MEWANGI


Terukir senyuman di wajah saya

Apabila usaha saya dan team

Membuah kan hasil yang saya inginkan

Dari rumah busuk kepada rumah wangi

Sebuah demi sebuah berjaya di transform kan


Dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain

Sejak bertahun tahun dahulu

Usaha yang tak kenal erti jemu

Usaha yang tak kisah kutukan dari orang lain

Saya buat dek jer ... lama lama ramai yang boleh terima keadaan ini

Ini lah hobi yang saya selalu gembar gemburkan


Contoh nya ruang dapur ini

Dari buruk kepada sempurna untuk digunakan

Bukan barangan yang mewah pun:

1. Table top yang biasa

2. Tiles yang biasa

3. Kitchen kabinet material melamine

4. Sinki biasa

5. Kepala paip yang standard 

6. Hood & hob yang biasa

7. Tingkap kaca tinted aluminium frame

8. Dah siap pasang gril pada tingkap


Cuma saya menyediakan yang simple begini pun dah cukup selesa bagi saya

Sedap mata saya memandang 

Ruang nampak kemas

Tiles berkilat boleh terpantul muka kita semula

Orang kata “ada mood” laaa untuk memasak kat dapur

Betoi ker

Yuhuu😀


Ir. AJAK


26 February 2018

Bonding 

Chicken cop & burger ...

Bonding time ngan family ...

.

.

Maner air minum tak sampai nie ...


Birthday 

ULANGTAHUN HARI LAHIR KE 44


Alhamdulillah 

Syukur ke hadrat ALLAH 

Pinjamkan nyawa saya hingga ke hari ini genap usia 44 tahun

Meniti usia di angka 4 siri

Perjalanan kehidupan yang begitu bermakna untuk persediaan ke alam satu lagi

Bulan ini banyak perkhabaran yang ALLAH gembirakan hati saya dengan pelbagai nikmat yang dipinjamkan kepada saya

Saya ertikan HADIAH yang tak ternilai harganya

Tak tahu nak cakap camner

Kesyukuran yang amat sangat Alhamdulillah sekali lagi


Terima kasih bonda tersayang yang mengandung, melahirkan dan membesarkan saya dengan kepayahan

Buat arwah ayah menyara diri saya (Al Fatihah) hingga ke peringkat menara gading

Buat adik adik yang membesar kita bersama dengan penuh liku kehidupan 


Buat isteri tercinta yang senantiasa di samping di saat susah dan senang

Kidos yang sedang membesar dan mula mengenali erti kehidupan dan gembirakan hari hari papa mama


Terima kasih buat semua rakan taulan yang dikenali termasuk di media sosial 

Kalian semua senantiasa menyokong dan mendoakan saya


Harapan dan doa saya agar kita semua sama sama beroleh keberkahan di dalam kehidupan di dunia untuk perjalanan menuju ke alam kekal buat selama lama nya di sana nanti

Ibarat kita bermusafir di bumi ciptaan ALLAH untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadah buat bekalan di sana nanti

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK

(Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin)

26 Febuary 2018


25 February 2018

Terlelap

Nak citer

Lepas zohor siang tadi

Saya keletihan

Terlelap di sofa

Dek sebab melayan hobi rumah busuk

Ke sana ke mari 


Wife curi tangkap gambo

Yuhuu😀


Makan makan

Makan makan hari minggu malam

Siang ahad tadi dah penat layan rumah busuk 


Papa nak udang petai

Mama nak telo dadar

Along nak daging merah

Angah nak sotong paprik

Asyraf nak ayam kunyit

Adam nak ikan stem


Layan jer lah

Terlebih kenyang plak

Alhamdulillah 


Along

Along tolong papa



Part time

SAYA SEDANG BEKERJA DI DALAM RUMAH BUSUK


Today hari ahad

Saya bekerja tau

Layan hobi rumah busuk

Rumah busuk yang telah di transform menjadi rumah wangi

Bersihkan table top

Bagi nampak bersih dan berkilat

Jangan kutuk saya yer (malu aiii 😀)

Ini keje part time di hari hujung minggu

Yuhuu😀


Ir. AJAK


Nak beli

SAYA NAK BELI RUMAH BUSUK


Rakan di media sosial

Rakan di luar sana 

Agent REN

Rakan broker

Dialu alu untuk mesej direct PM saya yer

Saya nak beli RUMAH BUSUK


Ir. AJAK 


Siling

MULA KERJA PLASTER SILING RUMAH BUSUK


Dah mula kerja plaster siling di dalam rumah busuk

Dalam bilik dah siap

Mula dah nampak kemas

Akan mulakan kerja plaster siling di ruang yang lain pula

Makin hari makin sempurna rumah busuk

Saya memang suka tengok progres dari hari ke hari

InsyaAllah 


Ir. AJAK


24 February 2018

Back borne

My back bone

Untuk layan hobi hartanah rumah busuk

Weken nie


Elektrik 

REWIRING ELEKTRIK DI DALAM RUMAH BUSUK


Nak buat rewiring elektrik di dalam rumah busuk

Ada 2 jenisnya

1. 1 phase

2. 3 phase


1 phase

Untuk rumah yang penggunaan elektrik nya yang tahap biasa jer

Tak guna bekalan elektrik yang banyak banyak

Kos pemasangan dengan kadar biasa yang akan ditetapkan oleh pihak Kontraktor 


3 phase

Jika dirasakan memerlukan penggunaan bekalan elektrik yang lebih tinggi

Contohnya nak pasang jumlah aircon yang banyak dan kuasa yang besar

Kos untuk pemasangan kemudahan elektrik ini lebih tinggi berbanding dengan 1 phase


Pilihan di tangan kita

Kita bincang lah dengan kontraktor yang di lantik

Ikut kesesuaian penggunaan memasing

Guna lah khidmat kontraktor yang berlesen dengan pihak TNB

Jangan main belasah jer nak guna sesiapa pun yang boleh buat kan

Hati hati dalam perkara ini

Jangan pikir nak murah jer

Pikirkan juga aspek keselamatan

Yuhuu😀


Ir. AJAK


Gemuk laaa

Bread butter pudding

Gemuk laaa aku wei

Memalam nie wife masak

Panaz dari oven


23 February 2018

Penyakit

Usrah Nurani

Ikim FM

.

.

Seorang yang “Perfect” ... seorang yang serba serbi nak “SEMPURNA” dalam kehidupan 

Contoh: ada tetamu datang ke rumah ... tetamu duduk di sofa ... tetamu bangun jer ... belum keluar dari pintu rumah ... dia dah betul betul kan sofa itu

.

.

Ahli usrah cakap ... ITU SATU PENYAKIT

.

.

Korang ada jumpa insan sebegini ker

😀


Fokus

7 ASPEK FOKUS MELAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Nak nampak lebih berkesan dalam melayan hobi hartanah rumah busuk nie

Perlu ada daya usaha untuk fokus dalam:

1. Membina kekuatan minat yang mendalam

2. Mengutip semua ilmu yang berkaitan

3. Mengumpul modal yang diperlukan 

4. Membina jaringan networking berkaitan perkara ini

5. Mengagihkan sebahagian tenaga yang ada

6. Meluangkan masa ke arah ini

7. Mengharapkan redho dan berdoa agar peluang yang ALLAH berikan


Usahalah tanpa mengenal erti jemu 

Jangan sesekali berputus asa

Buat dek jer apa orang nak cakap

Tetapkan matlamat dan fokus kepada perkara yang saya nyatakan

InsyaAllah lelama akan terbiasalah

Bak kata pepatah ... alah bisa ... sambunglah sendiri yer

Yuhuu😀


Ir. AJAK


22 February 2018

Cekodok

Alhamdulillah berbuka puasa petang khamis nie

Teringin cekodok pisang wife masakkan

Cuaca agak panas 

Terasa dahaga sket 😀


Semudah 1 2 3

TAK SUSAH MANER PUN UNTUK LAYAN HOBI RUMAH BUSUK NIE


Tak susah maner pun untuk layan hobi hartanah rumah busuk nie

Yang penting ada semangat 

Ada daya usaha yang mendalam

Semudah 1 2 3 jer:

1. Miliki lah mana mana rumah busuk yang ada di pasaran

2. Cari lah kontraktor yang sesuai untuk baiki atau ubahsuai 

3. Wangi kan jer rumah busuk tur


Susah ker ?

Maner ada susah

Kan semudah 1 2 3 jer

Jangan penin penin kepala yer

Copy paste jer apa yang telah dilakukan

Yuhuu😀


Ir. AJAK


21 February 2018

Kotor

KOTOR DI DALAM RUMAH BUSUK


Suasana gini biasa di dalam rumah busuk 

Dalam keadaan ruang yang terhad untuk buat kerja ubahsuai 

Nak letak bahan binaan yang pelbagai

Kotor tur biasa lah

Buat dek jer

Lelamer akan biasa lah tur


Ir. AJAK


20 February 2018

Kekangan

3 KEKANGAN LAYAN RUMAH BUSUK


1. Isu modal

2. Kekangan masa

3. Untuk memiliki rumah busuk


Jika ada semangat 

Boleh jer di atasi 

InsyaAllah 


Ir. AJAK


19 February 2018

Ayam halia

Berbuka puasa malam nie

Ayam masak halia

Tq my lovely wife

Alhamdulillah sedap


Dedaun ...

TERUS MENCARI RUMAH BUSUK


Apa orang nak kata

Apa orang nak kutuk

Apa orang nak cakap

Apa andaian orang lain


Tak bleh ambil kisah sangat lah

Ada yang cakap harga rumah akan jatuh dari rm400k akan menjadi harga ke rm70k-rm80k pada masa akan datang

Tak bleh nak larang orang nak cakap

Tak bleh nak halang orang nak menulis di media sosial 

Memasing ada pendapat & pandangan yang berbeza

Kita terima jer lah yer


Hobi saya jelas

Melayan hobi hartanah rumah busuk

Terus mencari peluang untuk memiliki rumah busuk

Ke hulu ke hilir untuk tujuan itu

Saban hari tanpa jemu

Moga ada ruang dan peluang


Nampak ker rumah busuk yang saya ambil gambar tur

Saya berdiri di depan pintu rumah

Pintu masuk pun dah penuh dengan dedaun pokok yang menjalar

Agak agak berapa lama dah ditinggalkan

Naik plak bulu roma apabila berada di depan pintu nie

Eehh pintu pun dah tak der

Hanya tinggal frame pintu jer

Gelap semacam jer dalam rumah diintai dari celah dedaun tur

Serammmmmm ! ! !


Ir. AJAK


18 February 2018

Singlet

SINGLET HARGA RM4.50 SEHELAI


Bukan berharga RM45 tau

Saya pakai singlet berharga RM4.50 jer sehelai

Tiada jenama pun

Jangan kutuk saya yer

Nie lah antara pengorbanan yang perlu di lalui untuk melayan hobi hartanah rumah busuk

Bukan mudah untuk melakukan sesuatu pengorbanan

Jika nak seribu daya

Tak mahu seribu alasan

Tepuk dada tanya lah selera memasing yer

Yuhuu


Ir. AJAK


Nota:

Pakai singlet RM4.50 pun nampak ensem gak

Kan kan 😀


Mimpi

Terjaga dari tido atas sofa jap nie

Dek mimpi harga jubah vs rumah busuk

Yer ker rege rm400k akan turun jadi rm80k

Ker beli jubah rege rm400 hengget

Adoi

Jom ler sholat asar plak

Yuhuu 😀


Tetap kerja

CNY PUN KERJA TETAP JALAN UNTUK RUMAH BUSUK 


CNY pun kerja tetap jalan untuk rumah busuk

Stok bahan binaan dah beli siap siap minggu lepas

Minggu nie dijangka kedai hardware sebahagian nya akan masih tutup untuk berhari raya

Yang penting kerja di rumah busuk tetap berjalan

Dah mula pasang plaster siling untuk dalam bilik tidur

Progres makin jelas kelihatan dalam rumah busuk ini

Yuhuu😀


Ir. AJAK


17 February 2018

Malam minggu

Malam minggu

Layan transfomers di hbo

Skrin 60inci 4k

Okey lah tur

Kidos pun suka😀


Warna warni

WARNA WARNI KEHIDUPAN REMAJA


Zaman remaja saya memang penuh warna warni

Masa umur belasan tahun

.

.

Mesti kenkawan seangkatan dengan saya tersenyum tengok gambo nie

Cer teka mana satu gambo saya yer

.

.

Skrang saya dah melewati angka 4 siri

Rambut makin kurang dan perot pun dah maju ke depan

.

.

Layan hobi hartanah rumah busuk jer ler

Yuhuu😀


Ir. AJAK 


Istiqamah 

Terus istiqamah melayan hobi rumah busuk ...

Jangan kutuk saya yer ...

Yuhuu 😀


16 February 2018

Sholat

Sholat jumaat ...


Meter

ALIH METER AIR DI RUMAH BUSUK


Alih kan meter air di rumah busuk

Dengan tujuan untuk melebarkan kedudukan pagar yang asal

Nak buat pagar lebih lebar dan besar

Dari hujung kiri ke hujung kanan

Boleh lah nak parking kereta 2 biji serentak masuk dalam porch


Korang mesti guna kontraktor plumber yang berlesen dengan pihak berkuasa bekalan air di negeri masing masing yer

Lokasi saya di seremban 

Saya guna khidmat kontraktor plumber di seremban lah

Mereka ada kepakaran dalam buat kerja ini

Kos bergantung kepada kes memasing yer


Ir. AJAK


15 February 2018

Berbuka

Berbuka puasa potang nie

Alhamdulillah 


Berjurai ...

BERJURAI WAYAR ELEKTRIK DALAM RUMAH BUSUK


Sedang kontraktor elektrik buat kerja

Memang berjurai wayar 

Tergantung pada dinding 

Nampak lebih ber serabut jika pada papan suis utama

Maklumlah jika banyak suis yang terlibat 

Tak gitur


Anggap jer perkara nie biasa beb

Biasa pada sebuah rumah yang sedang di ubahsuai 

Lalui perkara begini dengan tenang

Buat macam selamba jer lah

Macam selamba rock masa kita ngorat gegadis jelita


Jika ada terlintas nak buat apa apa perubahan yang berkaitan elektrik 

Elok lah cepat cepat

Buat lah keputusan pada masa ini

Kerana pada peringkat ini

Masih ada peluang untuk buat perubahan 

Jangan sampai dah hampir nak siap baru nak buat perubahan


Nanti kos akan lebih bertambahlah

Sebab kontraktor ikut jer

Tapi akan kenakan bayaran kepada kita sebagai owner

Mungkin kontraktor pulak suka ada perubahan bagai bagai sebab akan ada pertambaban skop kerja

Tambah skop kerja maka ongkos bayaran pun mestilah bertambah ya pak

Yuhuu😀


Ir. AJAK


14 February 2018

Rewiring 

REWIRING ELEKTRIK DALAM RUMAH BUSUK


Rewiring dalam rumah busuk nie

Ada 2 cara:

1. Wayar elektrik masuk dalam dinding 

2. Wayar elektrik di atas dinding sahaja


Jika ada pilihan 

Biasanya saya akan guna yang wayar elektrik masuk ke dalam dinding tur

Dinding perlu di tebuk

Dimasukkan casing paip untuk wayar

Masukkan wayar elektrik 

Disimen semula dinding yang ditebuk tur

Touch up bagi sempurna sebaiknyer


Apabila dah sempurna di cat warna pilihan nanti

Cun arr jadi nya

Cara ini nampak lebih kemas

Cuma kos agak tinggilah sket

Kerana kerja banyak kena buat

Yuhuu 😀


Ir. AJAK



13 February 2018

Belum tido

AKIBAT LAYAN RUMAH BUSUK


Saya belum tido lagi

Akibat layan hobi hartanah rumah busuk

Gini lah

Ada kerja sket memalam nie:

1. Tengok drawing

2. Sign drawing

3. Call kontraktor 

4. Beri mesej wasup ke kontraktor elektrik 

5. Fikir sket tentang transaksi rumah busuk

Nie lah rutin saya selalur 


Ir. AJAK


12 February 2018

Cekodok

Cekodok pisang

Pepanaz nie memang sodap

Wow


Berbuka

Berbuka puasa potang nie

Sedap menu sup yang wife masak kan

Alhamdulillah 


Tandas

UZUR NYA DALAM TANDAS RUMAH BUSUK


Uzur nya dalam tandas rumah busuk

Nak tengok pun tak selero

Uzur sesangat wei

Gini lah keadaan nya


Sedang dirancang untuk dibikin

Kasi wangi semerbak bunga ros 

Pasti hujung bulan ini akan nampak perubahan yang ketara


Kes yang sudah sudah siap

Apabila dah wangi 

Seakan akan acah acah ala ala tandas di bilik hotel

InsyaAllah 


Ir. AJAK


11 February 2018

Lemang

Beli lemang tepi jalan 

Wife masak simple rendang ayam malam nie

Macam rayer plak

Alhamdulillah sedap makan


Lunch

Nasi minyak 

Wife masak untuk lunch 

Sedap nyer

Alhamdulillah 😀👍


Yuhuu

Yuhuu 


Takut bini

Ir. AJAK BUKAN TAKUT BINI SEWAKTU LAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Ada usikan nakal dari kenkawan 

Yang katakan saya takut bini yer

Bawak ke hulu ke hilir sewaktu melayan hobi rumah busuk

Itu sekadar pandangan nakal jer 

Saya tak kisah pun

Saya okey jer dongan korang semua

Saya anggap gurauan dari korang jer

Tiada istilah “Ir. AJAK takut bini” yer


Actually 

Saya bertuah kerana wife dah mula nak ikut saya

Mula berminat dengan aktiviti rumah busuk

Sudi menemani saya untuk ke lokasi rumah busuk

Wife saya merupakan tulang belakang saya:

1. Dapat bantu bawa kereta ... saya duduk sebelah 

2. Dapat beri pandangan dari sudut seorang wanita bagi ubahsuai rumah

3. Saya ada teman bersembang

4. Dapat belajar tentang proses transaksi rumah busuk

5. Dapat belajar tentang proses kontraktor buat kerja ubahsuai 

6. Sama sama memilih model lampu di kedai lampu

7. Dapat berkenalan dengan pihak yang berkaitan ... kontraktor ... lawyer ... pelukis pelan ... valuer ... banker .. agent ... lain lain lagi


Saya bersyukur sebab berpeluang ada suasana gini 

Saya anggap ini kualiti time juga saya dengan wife saya

Korang jangan jeles yer

Today ahad nak gerak ke sana lagi bagi aktiviti transaksi rumah busuk

Wife pun temankan juga

Makin bersemangat 

Yuhuu😀


Ir. AJAK


10 February 2018

Angkat 

Angkat dapo gas

Gini lah akibat layan rumah busuk

Aduduuu 😀