26 February 2018

Birthday 

ULANGTAHUN HARI LAHIR KE 44


Alhamdulillah 

Syukur ke hadrat ALLAH 

Pinjamkan nyawa saya hingga ke hari ini genap usia 44 tahun

Meniti usia di angka 4 siri

Perjalanan kehidupan yang begitu bermakna untuk persediaan ke alam satu lagi

Bulan ini banyak perkhabaran yang ALLAH gembirakan hati saya dengan pelbagai nikmat yang dipinjamkan kepada saya

Saya ertikan HADIAH yang tak ternilai harganya

Tak tahu nak cakap camner

Kesyukuran yang amat sangat Alhamdulillah sekali lagi


Terima kasih bonda tersayang yang mengandung, melahirkan dan membesarkan saya dengan kepayahan

Buat arwah ayah menyara diri saya (Al Fatihah) hingga ke peringkat menara gading

Buat adik adik yang membesar kita bersama dengan penuh liku kehidupan 


Buat isteri tercinta yang senantiasa di samping di saat susah dan senang

Kidos yang sedang membesar dan mula mengenali erti kehidupan dan gembirakan hari hari papa mama


Terima kasih buat semua rakan taulan yang dikenali termasuk di media sosial 

Kalian semua senantiasa menyokong dan mendoakan saya


Harapan dan doa saya agar kita semua sama sama beroleh keberkahan di dalam kehidupan di dunia untuk perjalanan menuju ke alam kekal buat selama lama nya di sana nanti

Ibarat kita bermusafir di bumi ciptaan ALLAH untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadah buat bekalan di sana nanti

InsyaAllah 

Aamiin


Ir. AJAK

(Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin)

26 Febuary 2018


No comments:

Post a Comment