02 February 2018

7 komponen

7 KOMPONEN ANTARA YANG BOLEH NAIK KAN NILAI RUMAH BUSUK


Nak ubahsuai ker 

Nak repair ker

Jika boleh ambil lah kira komponen yang saya cadangkan

Antara kompomen yang boleh dijadikan panduan untuk diambilkira sewaktu proses untuk mewangikan sesebuah rumah busuk ialah:


1. BINA PORCH:

Bina porch akan menjadi kan sebuah rumah busuk nampak lebih besar dan tersergam mantap

Pilihlah salah satu bentuk porch yang boleh dibina

Banyak bentuk yang ada

Jika tiada idea untuk pilih bentuk porch

Pergi lah ronda-ronda naik kapcai di taman perumahan ... mesti dapat idea punya lah

Tak pun ikut lah bentuk jiran sebelah rumah tur


2. EXTEND DAPUR:

Jika di belakang rumah masih terdapat sedikit baki tanah

Contohnya ads 5 kaki lagi ker

Bolehlah gunakan tanah itu untuk sambung dapur untuk nampak lebih luas dan besar

Ruang dapur yang asal boleh digunakan sebagai ruang untuk letak meja makan ker

Ruang dapur ini sangat penting bagi kaum ibu yang membuat pelbagai kerja di dapur

Banyak masa akan diluang kan di dapur untuk memasak makanan pada pagi tengahari malam


3. BAIKI TANDAS:

Tandas yang jenis lama memang nampak meloya kan

Maka ambillah kesempatan untuk membaiki ruang tandas

Jika boleh pasang tiles lantai dan tiles dinding sampai ke siling 

Ganti kan jamban jenis duduk

Pasang sinki dan ada shower serta kepala paip


4. PASANG TILES LANTAI:

Dengan memasang tiles lantai

Ruang akan nampak lebih luas dan kemas sangat

Tambah sket pasang skirting untuk melengkapkan kemasan tiles

Pilihlah warna tiles yang sesuai pada setiap ruang tamu, bilik tidur, dapur, porch

Dengan kombinasi warna yang sesuai akan membuatkan rumah lebih nampak luas dan besar

Nak tinggal pun sangat selesa


5. BINA TABLE TOP :

Bina table top pada ruang dapur

Bina table top jenis konkrit kekal

Pilihlah satu sudut yang sesuai

Samada secara lurus ikut dinding atau pun yang berbentuk L

Gunakan warna tiles yang sesuai pilihan hati untuk table top

Pastikan ada sinki dan paip pada table top tur

Letakkan juga socket elektrik untuk mudah digunakan nanti 

Lengkapkan kitchen kabinet pada table top

Pilih warna kitchen kabinet yang bersesuaian

Nak pasang pada ruang atas dan bawah kitchen kabinet sekaligus pun okey jer

Pasang lah hood dan dapur gas akan menambahkan seri dapur tur


6. PASANG PLASTER SILING:

Plaster siling yang dipasang akan membuatkan rumah nampak lebih sempurna 

Sedap jer mata memandang

Lebih kemas dan cantek

Saya lebih suker dengan simple plaster siling sahaja

Cat warna putih pasti menyerlah dan rumah nampak terang jer


7. WARNA CAT:

Pilih lah warna cat yang bersesuaian dan mengikut kehendak memasing

Pilihan warna yang tepat akan memberi kesan terhadap sesebuah rumah itu

Aku dah cuba pelbagai gabungan warna cat terhadap kes kes rumah yang lepas


Dengan ada nya peluang untuk mengambil kira komponen komponen di atas terhadap usaha untuk mewangikan sebuah rumah busuk kepada wangi

Akan membuat kan sesebuah rumah akan nampak sangat sempurna dan cantek


Moga memberi manfaat kepada kenkawan semua

Yuhuu😄


Ir. AJAK


No comments:

Post a Comment