31 October 2019
Progres lagi
RILEX RILEX LAMA LAMA SIAP LAH RUMAH BUSUK NIE
Rilex rilex santai
Nanti akan siap lah rumah busuk yang ini menjadi wangi
Reno simple simple untuk selesa didiami unit yang ini
Skop kerja:
- Bina porch
- Dapur
- Tiles
- Plaster siling
- Rewiring
- Table top
- Pagar
- Cat sebuah rumah
Apabila dah sempurna nanti
Pasti sedap mata memandang
Pasti boleh memberi peluang untuk ummah berteduh dari hujan & panas
Keselesaan tinggal di unit ini akan membuatkan saya heppy selalu melayan hobi hartanah rumah busuk
InsyaAllah
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
29 October 2019
Tiles
MULA NAK PASANG TILES LANTAI UNTUK SEBUAH RUMAH BUSUK
Kes rumah busuk yang di sini plak
Girang hati tengok dah nak mula pasang tiles untuk lantai
Stok tiles dah sampai selori
Pasang tiles untuk sebuah rumah busuk
Mesti akan wangi nanti
Berkilat memancar mancar pada tiles rumah nie
Warna pilihan pasti akan menampak kan ruang menjadi luas
Malah akan nampak bersih jer seluruh lantai
Saya suka tengok keadaan begitu
Harap tempoh sekitar 2 minggu rumah akan siap pasang tiles dari porch sampai ke dapur
Lengkap tiles sebuah rumah
Jadual memang padat melayan aktiviti hobi hartanah rumah busuk
Tapi saya heppy selalur
Yuhuu π
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
28 October 2019
27 October 2019
Ilex ...
Ilex jap dari kesibukan
3 hari 2 malam
Sempena coti panjang hujung minggu
Asyik citer rumah busuk jer π
26 October 2019
T shirt
Soppink t shirt
Ada promosi pada weken nie haa
Untuk pakai hari hari kat rumah
Pilih punya pilih
Dah 45 helai
Untuk kami 6 pax punya pakai
4 beg plastik penuh daaaaa
Adudu jenuh nak bayo nie weh
Baju kidos nie memang kena beli dari masa ke semasa
Badan makin membesar setiap 4 kidos
Baju cepat jer sempit n sendat
Baju longgar sangat tidak selesa nak dipakai katanya
Layan jer laaa dorang nie haa π
Kejadian
KEJADIAN DI HADAPAN RUMAH BUSUK
Lewat potang semalam
Lori hantar pasir untuk kegunaan proses ubahsuai rumah busuk
Dah terbenam tayar belakang di hadapan porch rumah busuk
Apabila berlaku begini
Ada sedikit tergendala kerja kerja
Almaklum jer lah
Pasir masih atas lori
Perkara begini memang boleh berlaku tak kira masa
Loading barang binaan banyak untuk sebuah rumah
Macam macam item dibawa n loading di hadapan rumah busuk
Musim hujan saban hari
Tanah kat depan tur agak lembab & lembik
Sekadar perkongsian sahaja
Untuk peringatan kenkawan
Cuma jika bawa banyak bahan binaan
Pastikan tempat nak loading itu dalam keadaan yang sempurna
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
24 October 2019
23 October 2019
Kos
KOS UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK
Ramai yang cuba bertanya kepada saya
Saban hari mesti ada yang cuba bertanya soalan ini
Saya cuba jawab secara umum yer
Bab kos ini sangat bergantung kepada beberapa faktor:
- Spesifikasi & jenama
- Saiz
- Bahan digunakan
- Pemilihan kontraktor
- Jenis kerja yang di laksanakan
- Mungkin juga faktor lokasi kerja
- Penentuan dari segi kehendak kualiti
- Mahu cepat siap atau biasa biasa jer
- Mungkin juga faktor networking
- Tidak mustahil juga sifat anda yang kedekut & cerewet & susah mahu bertolak ansur & sangat berkira
Contoh 1:
Anda mahu pasang 1 biji paip pada sinki
Ada yang harga serendah RM15 bagi 1 biji kepala paip
Ada yang harga mencecah ratusan ringgit bagi 1 biji bagi kepala paip
Mungkin juga ada yang berharga ribuan ringgit bagi 1 biji kepala paip (contoh disadurkan dengan emas)
Bergantung kepada pemilihan anda
Di mana anda membeli
Mungkin jenama yang sama tapi dibeli dari kedai yang berbeza lokasi & harga pun ada berbeza walaupun barang yang sama
Contoh 2:
Bab pemasangan lantai jubin
Saiz pun berbeza beza
Kegunaan pun berbeza ikut keperluan
Jenama pun membezakan harga
Pattern baru dan pattern lama pun beza harga
Stok baru dengan stok yang lama pun ada beza harga
Dah beli dengan cash & carry pasti akan lebih jimat berbanding minta barang di hantar ke lokasi pembinaan tambahan pula ada kos untuk loading barang ke atas kenderaan dan turunkan semula
Contoh 3:
Nak beli nasi lemak serendah rm1 pun boleh ada dijua di gerai gerai tepi jalan
Jikalau nak harga nasi lemak yang lebih tinggi dari rm1 itu pun boleh
Malah nasi lemak yang di makan di lokasi restoran yang ada nama pasti lebih harganya
Nasi lemak tetap nasi lemak yer
Cuma membezakan cara persembahan makanan nya, pinggan yang digunakan, sudu & garpu, pelayan restoran itu dan suasana restoran yang ada aircon serta kerusi meja dan mungkin juga deco deco suasana restoran
Pilihan di tangan kalian
Apa kehendak kalian
Apa kemahuan kalian
Apa citarasa kalian
Bergantung juga kepada bajet yang ada
Bergantung jua kepada kemampuan cara kerja para kemahiran pekerja kontraktor
Lokasi kerja juga mungkin memainkan peranan ... contohnya nak buat kerja di pangsapuri di tingkat 20 berbanding dengan rumah landed yang ada ruang kerja yang selesa
Antara faktor faktor yang saya nyatakan di atas akan mempengaruhi harga kos untuk menyiapkan sesuatu kerja yang dikendendaki
Moga dengan contoh yang dinyatakan juga akan lebih mudah untuk dihadamkan
Sekadar pandangan saya sahaja
Yuhuu
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
22 October 2019
Pasang
7 KEBAIKAN BINA PLASTER SILING DI RUMAH BUSUK
Terfikir saya untuk berkongsi kan info ini kepada kalian semua
Saya usahakan untuk menaip pada waktu ini agar jika korang ada masa lapang boleh baca santai
Moga boleh memberi manfaat untuk kita bersama yer
Antara kebaikan nya ialah:
- Siling nampak kemas
- Ruang yang dibina akan nampak luas jer
- Akan menaikan nilai sesebuah rumah busuk itu
- Pembeli rumah pun mudah jatuh hati dan tergoda
- Apabila di pasang lampu downlite LED akan nampak terang benderang jer & tambahan jika dicat dengan warna putih
- Penyewa pun suka nak menyewa bilik dan tinggal di dalam itu
- Kadar sewa pun bleh up la sket kepada yang kadar bersesuaian dengan modal yang telah dikeluarkan
Usahakan lah untuk pasang plaster siling di dalam ruang rumah
Ini salah satu strategi untuk memberi nilai tambah kepada sesebuah rumah busuk menjadi rumah yang lebih wangi
Yuhuuπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota: progres rumah busuk ini yang sedang dilaksanakan oleh team nombor 2 ... rumah teres 1 tingkat unit tengah
#rumahbusuk
21 October 2019
Binaan porch
KERJA BINAAN PORCH DI RUMAH BUSUK
Monday blues pagi nie
Mesti ada yang malas malas yer
Ilex ilex kita bersiap untuk mencari rezki
Biasanya pagi isnin nie jalanraya agak sibuk berbanding esok & lusa
Lewat potang semalam kontraktor update progres rumah busuk
Kerja bergerak pantas macam biasa
Sehingga lewat potang semalam progres dah mula banyak
Binaan porch:
- Dah ada tiang
- Dah ada beam
- Dah ada binaan batu bata untuk dinding kiri kanan
- Dah pasang atap
- Dah pasang plaster siling
Korang nampak tur dari gambar
Keadaan masih penuh barang barang binaan
Yakin bahawa bulan depan november akan disiapkan sepenuhnya sebuah rumah oleh team kontraktor... InsyaAllah
Porch begini boleh letak parking 2 buah kenderaan
Selesa juga nak parking motor motor
Jika ada kereta lebih
Depan pagar tur pun masih boleh letak parking kereta juga
Macam jiran jiran sebelah itu parking kereta
Nak letak parking melintang pun boleh menegak kereta itu pun boleh lah
Janji tidak halang lalulintas yer
Sebab rezki bahawa ada bahu jalan yang agak luas saiznya
Yuhuuπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
20 October 2019
19 October 2019
Jadual rumah busuk
JADUAL DIJANGKA PADAT DENGAN AKTIVITI RUMAH BUSUK TODAY
Jam 12pm dijadual ke opis lawyer
Nak bawa dokumen
Urusan transaksi rumah busuk
Selepas itu disambung lawat ke lokasi rumah busuk
Hasrat saya
Cita cita saya
Mahu beri manfaat kepada seramai mungkin ummah
Rumah busuk menjadi medium perantara
Biar saya penat
Biar saya keletihan
Biar saya lesu
Biar saya sibuk
Biar saya buat itu & ini berkaitan transaksi rumah busuk
Yang penting saya buat
Yang penting saya laksanakan
Yang penting cita cita saya tercapai
Yang paling penting saya menjalankan fardhu kifayah demi mencari REDHO dari NYA bagi bekalan di sana nanti
Allahuakbar
Mohon kalian doakan yer InsyaAllah Aaminπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota: rumah yang di sana baru mula progres untuk buat beam pada dinding dapur
#rumahbusuk
18 October 2019
Plaster dinding
SUDAH MULA PLASTER DINDING RUMAH BUSUK
Di ruang dapur rumah busuk
Telah mula di plaster pada dinding
Sket sket progres kerja bertambah
Pekerja kontraktor fokus untuk membuat kerja
Mereka memang mahir dengan kerja memasing
Apabila telah mula diplaster dinding
Maka akan tertutup lah semua:
- tiang
- beam
- batu bata yang telah diikat
- semua rewiring paip & wayar
Kerja kerja yang masih berbaki pada rumah busuk yang ini masih banyak:
- Plaster siling
- Lantai tiles
- Kelengkapan rewiring
- Pintu & tingkap
- Table top & kitchen kabinet
- Gril & pagar
- Cat seluruh rumah
Nak melengkapkan sebuah rumah bukan perkara yang mudah
Apabila ada semangat mesti boleh buat
InsyaAllah
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
17 October 2019
Resepi
RESEPI AYAM KAMPONG GORENG BEREMPAH
Ada yang mintak resepi tadi
Nah nie haa resepinya
Kredit kat wife saya yang sudi kongsikan
Resepi nya:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Jintan manis
Biji ketumbar
Blender smua n msukkn dlm ayam,masukkn rempah kari ayam,daun kari dan perap at least 1jam dan terus goreng.π
Ayam kampong
MALAM JUMAAT
Tetiba jer malam jumaat nie
Wife goreng ayam kampong berempah
Aroma bau pun dah sodap
Alhamdulillah π
Bina porch
PROSES BINA PORCH RUMAH BUSUK
Keadaan rumah busuk memang bersepah sewaktu proses ubahsuai
Dengan lantai yang becak kerana hujan turun
Berbagai barang binaan pun ada kat situ
Pasir batu besi dan bagai bagai lah
Korang kena terima hakikat bahawa sewaktu proses ubahsuai
Mesti keadaan kelam kabut sket
Terima seadanya yer
Bersabar dengan keadaan itu
Tempoh nak ubahsuai makan masa
Dekat jiran sebelah rumah pun kita kena bertimbang rasa juga
Almaklum lah bunyi ketuk sana ketuk sini
Inform bebaik bahawa kita akan buat proses ubahsuai
Ada juga jiran yang amat support kerana dia mahu juga lihat rumah busuk menjadi wangi
Selama ini bertahun tahun rumah itu busuk buruk
Jiran pun tak sabar nak meihat rumah wangiπ
Dah siap nanti mesti keadaan akan berubah punya
Berubah wajah menjadi rumah wangi
Apabila dah bina porch pasti akan menaikkan seri rumah itu dan sekaligus menaikkan nilai hartanah tersebut
Kerana porch yang terdiri daripada struktur kekal memang akan dimasukkan ke dalam laporan jurunilai untuk menaikkan value
Kan kanπ
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk