7 TIPS BINA TABLE TOP KAT DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK
Today monday blues
Mesti ramai yang liat nak mulakan sesuatu
Maklumlah selepas cuti rehat weken
Kan kan
Sajer nak kongsi tips kat kalian tentang membina table top di ruang dapur
Antara tips untuk bina table top kat ruang dapur ialah:
- Guna simen konkrit lah untuk jadik kukuh
- Tambah jugak socket elektrik supaya mudah nak pasang hood dan digunakan untuk memasak menggunakan perkakasan elektrik. Payah jika nak tarik guna extension wayer
- Konktraktor elektrik juga kena berbincang dengan kontraktor binaan table top supaya kedudukan socket itu betul dan sesuai. Jika boleh biarlah ngam ngam supaya nampak cantek dan betoi
- Ejas ejas lah dengan ruang yang ada supaya boleh diletakkan peti sejuk bersebelahan dengan table top
- Pemilihan warna juga penting untuk tiles table top & tiles dinding atas table top
- Kitchen kabinet banyak jenis. Harga pun berbeza mengikut jenis material. Maka pilihan di tangan anda
- Yang paling penting ikut bajet pilihan memasing. Jika ada kemampuan boleh buat dengan modal yang tinggi. Jika modal kita kecil kita buat pilihan dengan yang bersesuaian
Ini sekadar pandangan saya sahaja yer
Mungkin bersesuaian atau tidak
Saya tidak pasti dengan kes kalian
InsyaAllah
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment