RUANG TAMU TINGKAT ATAS BAGI RUMAH BUSUK TERES 2 TINGKAT
Asalnya rumah ini tiada ruang tamu di tingkat atas
Saya ambil ambil keputusan untuk adakan ruang tamu jua
Saya ejas ejas kedudukan susunatur di ruang tingkat atas:
- Terpaksa ubah kedudukan bilik tidur utama
- Terpaksa ubah kedudukan 2 buah tandas (tingkat atas dan bilik utama)
- Tambah keluasan bilik utama untuk balance kan semula ruang bagi besar jugak
Sesuatu yang tiada dalam rumah
Nak kita adakan
Memang ada kerja lebih sket lah
Tapi saya berpuas hati kerana ruang tamu di tingkat atas pada pandangan saya ada pelbagai fungsi antara :
- Ruang santai ke 2 bagi family selain di ruang tamu tingkat bawah
- Ruang boleh dijadikan untuk anak anak belajar
- Ruang untuk gosok baju
- Ruang privacy family jika ada tetamu yang datang di ruang tetamu dibawah
- Nak lepak tengok tv pun bleh jugak kat sini
Sekadar pandangan dari sudut kacamata saya sahaja
Yuhuu
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment