KOS UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK
Ramai yang cuba bertanya kepada saya
Saban hari mesti ada yang cuba bertanya soalan ini
Saya cuba jawab secara umum yer
Bab kos ini sangat bergantung kepada beberapa faktor:
- Spesifikasi & jenama
- Saiz
- Bahan digunakan
- Pemilihan kontraktor
- Jenis kerja yang di laksanakan
- Mungkin juga faktor lokasi kerja
- Penentuan dari segi kehendak kualiti
- Mahu cepat siap atau biasa biasa jer
- Mungkin juga faktor networking
- Tidak mustahil juga sifat anda yang kedekut & cerewet & susah mahu bertolak ansur & sangat berkira
Contoh 1:
Anda mahu pasang 1 biji paip pada sinki
Ada yang harga serendah RM15 bagi 1 biji kepala paip
Ada yang harga mencecah ratusan ringgit bagi 1 biji bagi kepala paip
Mungkin juga ada yang berharga ribuan ringgit bagi 1 biji kepala paip (contoh disadurkan dengan emas)
Bergantung kepada pemilihan anda
Di mana anda membeli
Mungkin jenama yang sama tapi dibeli dari kedai yang berbeza lokasi & harga pun ada berbeza walaupun barang yang sama
Contoh 2:
Bab pemasangan lantai jubin
Saiz pun berbeza beza
Kegunaan pun berbeza ikut keperluan
Jenama pun membezakan harga
Pattern baru dan pattern lama pun beza harga
Stok baru dengan stok yang lama pun ada beza harga
Dah beli dengan cash & carry pasti akan lebih jimat berbanding minta barang di hantar ke lokasi pembinaan tambahan pula ada kos untuk loading barang ke atas kenderaan dan turunkan semula
Contoh 3:
Nak beli nasi lemak serendah rm1 pun boleh ada dijua di gerai gerai tepi jalan
Jikalau nak harga nasi lemak yang lebih tinggi dari rm1 itu pun boleh
Malah nasi lemak yang di makan di lokasi restoran yang ada nama pasti lebih harganya
Nasi lemak tetap nasi lemak yer
Cuma membezakan cara persembahan makanan nya, pinggan yang digunakan, sudu & garpu, pelayan restoran itu dan suasana restoran yang ada aircon serta kerusi meja dan mungkin juga deco deco suasana restoran
Pilihan di tangan kalian
Apa kehendak kalian
Apa kemahuan kalian
Apa citarasa kalian
Bergantung juga kepada bajet yang ada
Bergantung jua kepada kemampuan cara kerja para kemahiran pekerja kontraktor
Lokasi kerja juga mungkin memainkan peranan ... contohnya nak buat kerja di pangsapuri di tingkat 20 berbanding dengan rumah landed yang ada ruang kerja yang selesa
Antara faktor faktor yang saya nyatakan di atas akan mempengaruhi harga kos untuk menyiapkan sesuatu kerja yang dikendendaki
Moga dengan contoh yang dinyatakan juga akan lebih mudah untuk dihadamkan
Sekadar pandangan saya sahaja
Yuhuu
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment