ALKISAH DIARY Ir. AJAK SEPANJANG TAHUN 2019
Hari terakhir today 31 disember 2019
Cepat nya masa berjalan
Setahun berlalu iaitu 365 hari dirasakan kejap jer kan kan
Saya cuba garapkan 7 isi besar sepanjang catatan diary untuk diri saya n family
Isi 1: HOBI RUMAH BUSUK
Layan hobi hartanah rumah busuk
Berterusan melayan hobi hartanah rumah busuk
Pelbagai transaksi
Rumah lelong
Rumah subsale
Tanah pertanian
Wangikan kes rumah busuk
Jenis rumah busuk yang berbeza
Kalah bida lelongan
Gagal memujuk owner menjual hartanah
Pelbagai pengalaman di garap
Alhamdulillah
Berjaya memaksimakan potensi diri untuk melayan hobi hartanah rumah busuk menjadi mewangi
Tanpa rasa jemu tanpa rasa penat akan terus memacu keadaan ini
Hobi sejak bertahun tahun dahulu dah layan
Agar hobi hartanah rumah busuk ini menjadi asbab untuk saya terus memberi manfaat kepada yang memerlukan
Isi 2: BERMUSAFIR UNTUK IBADAH UMRAH
Ibadah umrah
Diizinkan oleh ALLAH untuk menjadi Tetamu NYA untuk kesekian kalinya pada tahun ini
2 kali dijemput ke sana pada bulan febuari bersama kidos & minggu lepas bersama insan tercinta
Alhamdulillah syukur sangat
Walaupun sesibuk mana sekalipun
Akan diselitkan jadual masa untuk ke sana jua
Nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata kata
Kerinduan selalu datang bertamu
Kekuatan itu yang menaikan semangat untuk berterusan musafir ke sana
InsyaAllah Amin
Isi 3: MUSAFIR
Diizinkan oleh ALLAH jua
Untuk bermusafir ke luar negara jiran bersama kidos untuk menikmati keindahan bumi ciptaan Allah di pulau pulau tepi pantai yang indah
Bermusafir jua membawa kidos untuk gembira hati mereka di taman tema
Nikmat yang Allah pinjam kan
Allahuakbar
Isi 4: DIBERI TANGGUNGJAWAB KERJAYA
Saya pekerja makan gaji bulanan jer
Nak berterusan praktikkan profesional engineer saya & saya ada minat & malah inilah cita cita saya sejak dari kecil lagi
Saya curahkan kemahiran saya
Diberi peluang untuk mengambil satu tanggungjawab yang agak berat menerajui satu organisasi peringkat negeri
Berhasrat untuk memberi manfaat kepada ummah sekalian
Itulah harapan dan doa saya selalu
Isi 5: HOBI IKAN KOI
Tetiba dah kena racun dengan kenkawan di media sosial
Dah mula minat pulak dah dengan hobi ini
Saya pelihara baby ikan koi masuk tahun ke 2 dah
Banyak jugak kena keluarkan kos modal nyer weh
Hobi yang memerlukan wang
Maybe boleh di kategori sebagai hobi mahal
Modal untuk buat kolam, sistem filter, beli ikan ikan dan maintenance nyer
Minat nie ngabiskan wang jer ... adudu
Tapi syok dirasakan
Rasa tenang jer sebagai terapi minda
Lihat ikan makin membesar dan jinak bermain di tangan
Terhibur hati yer
Isi 6: KEINSAFAN
Rasa keinsafan dengan ujian yang Allah berikan kepada saya n family
Saya ada sedikit ujian yang diterima kerana kemalangan basikal sewaktu riadah pada hujung bulan april
Menyebabkan saya terpaksa admit 2 kali di hospital KPJ seremban untuk jalani pembedahan akibat patah tangan kiri
Cuti sakit sekitar 3 bulan
Viral akibat transaksi jualan kereta honda city
Hikmah yang tersendiri iaitu Allah nak tunjukkan pelbagai perkara dalam kehidupan
Saya banyak belajar dari pengalaman ini
Allahuakbar saya bersyukur
Isi 7: KESIMPULAN
Penuh kesyukuran ke hadrat NYA
Peluang dan segala pinjaman yang ALLAH berikan
Saya hanya insan biasa
Kekadang masa yang amat terhad
Kudrat yang sedikit
Kadangkala tertidur kelesuan di dalam van demi mencari rezki
Ke hulu ke hilir menaiki van melayan hobi hartanah rumah busuk
Setiap masalah cuba diatasi
Dengan rasa rendah diri
Saya memohon ampun dan maaf dari kalian semua sempena hari terakhir pada tahun 2019
Sokongan & doa dari kalian amat saya harapkan
Tanpa kalian kenkawan siapalah saya Ir. AJAK
Buat ibu tersayang, isteri tercinta, 4 kidos & adik-adik ... doa dan kerjasama serta dokongan amat diharapkan selalu
Hobi hartanah rumah busuk senantiasa dalam lubuk hati ini
Saya berpuashati dengan coretan diary sepanjang perjalanan tahun 2019 yang penuh onak & duri
Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak menentu di kala ini dan senario pasca pilihanraya tahun lepas
Moga ALLAH permudahkan segala urusan untuk hari yang mendatang
Moga tahun baru 2020 akan lebih cemerlang dan konsistem dengan segala perancangan yang direncanakan oleh saya & family
5 ITEM AZAM TAHUN BARU 2020:
- Senantiasa merendah diri tawaduk nak tambah iman dalam diri & ALLAH senantiasa di hati
- Nak santuni ibu tersayang sebaik nya
- Nak jaga bebaik hubungan cinta hati saya iaitu wife tersayang hingga ke jannah & kasih sayang buat 4 kidos
- Berterusan menjalankan amanah sebagai fardhu kifayah melalui kerjaya sebagai jurutera profesional
- Teruskan layan hobi hartanah rumah busuk dengan memberi manfaat kepada ummah sebagai perkongsian ilmu
Alhamdulillah InsyaAllah Aamiin 😄👍
Ir. AJAK
31 disember 2020
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment