5 PANDANGAN POSITIF JIRAN RUMAH BUSUK
Pagi monday blues memang bermalas malasan kan kan
Tambahan pula cuaca mendung & hujan berterusan
Terasa dingin di pagi hari
Tatkala saya melawat rumah busuk
Saya akan tinjau dari luar depan, belakang dan sisi
Ada kala nya jiran yang prihatin akan datang menyapa & bertanya:
“Nak beli ker rumah buruk uzur nie”
Saya jawab kekadang ringkas jer:
“Jika diizinkan NYA saya bercadang nak beli rumah busuk yang nie”
Tanya jiran tur lagi:
“Rumah buruk uzur nie dah lama kosong dan di tinggal kan tau ... pagar keliling pun dah semak samun dengan daun pokok menjalar ... sekali tengok seram pun ada”
Itulah gambaran awal keadaan rumah busuk
Jiran prihatin petunjuk yang baik
Tambahan pula jiran yang beri pandangan yang positif:
- Kami jiran suka ada orang yang mahu usahakan rumah busuk ini
- Kami jiran akan seronok tengok rumah akan mewangi
- Kami jiran suka akan bertambah lagi kami penduduk jiran di sini
- Kami jiran suka tidak ada budak nakal akan masuk masuk ke dalam rumah yang busuk dan uzur
- Kami jiran suka tidak lah risau ada binatang berbisa ada situ
Apabila ada jiran yang memberi semangat sebegini
Maka akan terasa ter motivasi untuk berusaha mewangikan rumah yang busuk
Dapat menyumbang kepada masyarakat
Pasti akan ada ganjaran pahala apabila kita buat dengan ikhlas & jujur
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
Rumah yang ini (dalam gambar) sudah 85% siap
Alhamdulillah syukur dengan segala perancangan yang baik baik
No comments:
Post a Comment