22 March 2020

Mee goreng

STAY AT HOME


Malam ini saya masak menu yang ini 

Modal sekitar RM10

Untuk makan 6 orang kami malam ini 

Mee goreng mamak simple lah 

Jika nak jimat 

Maybe ini caranya 

Jika beli 6 bungkus di hantar ke rumah 

Modal lebih tinggi ... agak saya lah

Atau beli di mamak 


Bahan:

  1. 2 bungkus mee kuning RM2x2=RM4
  2. 6 biji telor =RM2
  3. Sayur pakcoy=RM1 ... dipotong 
  4. Tauge RM0.50
  5. Cili giling RM0.50
  6. 1 biji bawang besar + 3 ulas bawang putih =RM0.50 ... ditumbuk lumat 
  7. Sedikit kicap + 1 sudu garam =RM0.50
  8. Minyak masak RM0.50

Modal sekitar itulah 

Jika dah ada bahan bahan di dapur ... gunakan ajer 


Memasak ambil masa kurang 10 minit 

Jangan terlalu lama masaknya... nanti terlalu masak jadik lembik 

Api guna sederhana sahaja 

Baling baling jadi lah gini 

Alhamdulillah


Kidos cakap sedap ... hahaha 

Saya memang tak mampu nak lawan mamak masak ler 

Cuma saya tidak guna serbuk perasa 


Ir. AJAK




No comments:

Post a Comment