27 February 2022

Warna Cat

MEM BESOR BUAT INSPECTION LAGI

Apabila Mem Besor cakap nak ikut ke lokasi rumah busuk 
Kekadang hati saya berdebor jugak 
Makluman lah Mem Besor nak buat inspection 

Kang itu tak kena ini tak kena 
Terpaksa lah touch up semula 
Nak tak nak mesti kena inspection 
Baru lah ada check n balance 

Dah mula pasang tingkap kaca 
Dah pasang gril 
Warna cat kita pilih warna ini 
Bahagian halaman pun ada baki tanah sket lagi 
Cer korang cadangkan untuk deco pada halaman kecil ini 

Saya Makin Suka tengok rumah ini 
Dari sebuah rumah busuk kepada rumah yang lebih sempurna 
Sajer nak beritahu 
Memang Syok Layan hobi hartanah rumah busuk 
Yuhuu 😄

Ir. AJAK 






Time Makan

TIME MAKAN KAMI BERSEMBANG 


Sambil makan sambil sembang sembang 

Ini jer yang ada ruang masa untuk kumpul bersama 

4 kidos dah makin membesar dah semua hampir tinggi papa


Saya memang akan slot kan masa untuk kami bersama sama 

Jika tak dapat keluar jauh pun 

Area seremban pun tak kisah 

Memang dari dolu lagi


Walaupun kadangkala jadual weken pun perlu saya utamakan kerja hakiki saya kerana melibatkan “servis kepada public”

Tapi atas dasar kecekapan anak2 buah untuk handle apa yang perlu Alhamdulillah peluang ini 


Kidos apabila kena dengan selera mereka makanan yang dorang suka 

Saya tambah order lagi 

Suka tengok kidos makan depan mata 

Apabila family happy itulah ketenangan saya dalam kehidupan 

Alhamdulillah sekali lagi ðŸ˜„


Ir. AJAK



















Bincang dengan kontraktor

10 CADANGAN PERLU AMBIL KIRA UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK


Weken mesti nak layan hobi 

Hasrat melayan hobi hartanah rumah busuk 

Memang tidak ditinggalkan

Kes yang ini telah dimulakan kerja di lokasi Dan dah hampir nak siap


Anda kenkawan yang berhasrat jika nak layan hobi ini 

Kena cuba ambil kira beberapa faktor ini juga yer:

  1. Buat semakkan kawasan yang mahu miliki hartanah 
  2. Kirakan juga bajet hartanah rumah busuk 
  3. Mesti nak tahu apa tujuan miliki hartanah berkenaan 
  4. Perlu masukkan bajet untuk repair & reno 
  5. Pemilihan kontraktor 
  6. Jika melibatkan fully reno ada ubahsuai porch & dapur ... saya cadangkan buat permohonan pelan ubahsuai 
  7. Masa proses reno ... buat pemantauan kepada proses kerja kontraktor 
  8. Penting juga melibatkan pasangan kita ... bincang bebaik apa apa sahaja pandangan 
  9. Jangan terlalu ghairah untuk banyak sangat perubahan sewaktu reno ... nanti bajet burst 
  10. Doa bebanyak kepada ALLAH swt agar semua proses dipermudahkan oleh NYA


Gambar ini saya bincang bincang dengan rakan kontraktor dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan untuk mengurangkan pelbagai risiko bagi hasil yang terbaek rumah busuk 


Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK 

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG



https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729



Wasap.my/60129861504/bukuir






26 February 2022

Riadah

RIADAH

Riadah jalan jalan secara santai 
Yang penting ada peluh keluar 
Mampu setakat 2km jer 
Kekalkan stamina kehidupan harian
Alhamdulillah 😄



My Birthday 48

MY BIRTHDAY 48


ALHAMDULILLAH:

Alhamdulillah penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH swt 

Dipinjamkan usia dan segala nikmat hingga ke hari ini

Pasrah saya seadanya

Genap usia saya ke 48 tahun pada hari ini


BONDA:

Terima kasih kepada bonda tersayang yang mengandungkan saya dalam tempoh 9 bulan dan melahirkan serta penuh kepayahan membesarkan saya yang dikabarkan agak nakal pada waktu kecil dolu 

Tak lupa buat Arwah Ayah yang bersusah menyara saya & family .... Al Fatihah 


ISTERI:

Terima kasih jua buat isteri tercinta yang senantiasa bersama saya di kala susah & senang 

Terima kasih kidos & adik adik yang mendoakan perjalanan hidup saya ini


UKHWAH:

Sejambak ikatan ukhwah silaturrahim buat kalian semua yer

Pastinya doa untuk kita semua yang baik2 ajer 

InsyaAllah Amin😄


Ir. AJAK

26 Febuari 2022



20 February 2022

Warna Cat

WARNA CAT


Dah mula cat dinding 

Simple jer warna 

Unit corner lot

5 bilik tidur 

4 buah tandas

2 ruang tamu (bawah & atas)

Dapur pun mabeles luas besar 


Ruang tanah masih ada baki untuk tanam rumput hijau 

Atau buat simple garden 

Or boleh cucuk tanam pokok cili padi/serai/maman/kunyit dan sebagai nya 

Buat gazebo lepak lepak pada waktu petang 


Kawasan kejiranan yang aman damai 

Tak jauh dari surau 

Masjid pun sekitar 6 minit gitur 

Fully renovated 

Dijangka bulan Mac 2022 siap 

InsyaAllah 


Dalam keadaan biasa ... memang ramai yang mengidam rumah unit corner lot yang masih berbaki tanah ... Betoi ker andaian saya ini 

Memang ohsem layan hobi rumah busuk

Yuhuu😄


Ir. AJAK








19 February 2022

Deco deco

DECO DECO RUMAH BUSUK

Siang tadi
Cari ruang masa
Bersama wife 
Untuk memilih jenis jenis kain 
Untuk deco deco ruang rumah busuk 
Nama jer deco deco 
Padehal nak cari kain langsir 
Untuk tingkap tingkap di rumah busuk 
Dah ambil sukatan di tingkap rumah busuk 
Riki riki harga 
Mana yang sesuai dengan bajet yang kita mampu jer lah 
Layan tetap Layan 
2 jari tak bleh tinggal 
Yuhuu😄









Tepi Pantai

JADUAL SIBUK PADA WEKEN

Potang jumaat semalam balik dari kerja di pejabat 
Sampai jer di rumah terus bersiap siap
Lepas sholat maghrib terus gerak ke lokasi majlis 
Kang lewat plak untuk sampai segan plak padehal majlis rasmi yang di mulakan dengan Nyanyian NEGARAKU ... paham paham jer laaa
Malam tadi lewat balik ke rumah & dah penat dah 

Pagi tadi pepagi dah uruskan pelbagai aktiviti 
Riadah potong rumput di halaman rumah 
Pergi ke lokasi untuk beli kelengkapan rumah busuk 
Jumpa & bincang dengan rakan kontraktor pasal projek rumah busuk 
Dah nama nyer pun hobi 

Lepas sholat asar gie bawa family ke tepi pantai 
Lepak lepak n makan makan bersama family
Saya suka suasana tepi pantai 
Nampak cahaya matahari hampir nak turun... cahaya terang jer 
Mesti nak bonding time 
Sambil angin sepoi sepoi bahasa 
Memang sempoi kat sini 

Alhamdulillah makanan pun sedap gak 
Cuma jika lewat sampai 
Meja banyak yang dah kena tempah maybe untuk event malam ahad kot 

Selalu saya tulis bahawa sesibuk mana pun 
Mesti nak cari ruang untuk bersama family pada weken 
Alhamdulillah sekali lagi 😄

Ir. AJAK


















Inspection

Satu jer nak cakap
Inspection by MEM BESOR tak lulus di rumah busuk 
Haru biru kelam kabut weken Ir. AJAK tau !!!
Adussss 😄


Membesor

MEMBESOR (WIFE) BUAT INSPECTION PADA RUMAH BUSUK


Korang nampak tak 

Nak layan hobi hartanah rumah busuk 

Kena libatkan membesor jua (wife)

Pujuk bawa bersekali ke lokasi rumah busuk 


Saya bawa wife untuk buat inspection 

Terutama pada ruang dapur dan dalam rumah 

Supaya menepati kehendak wanita

Komen komen mana yang patut untuk kita perbaiki 


Saya memang melibatkan membesor saya dalam layan hobi hartanah 

Sebab ada idea yang menarik boleh kita kongsi kongsikan

Kita raikan bersama idea idea walaupun kekadang idea yang pelik 


Antara perkara berikut pada ruang dapur yang perlu diambil kira:


  1. Luas ruang dapur
  2. Kedudukan susun atur ruang dapur 
  3. Table top
  4. Sinki 
  5. Kepala paip
  6. Tingkap 
  7. Kitchen kabinet 
  8. Kedudukan socket elektrik 
  9. Kedudukan mesin basuh 
  10. Warna cat jua
  11. Gabungan warna kitchen kabinet jua 
  12. Warna tiles lantai 
  13. Warna blind 
  14. Dan lain lain 


Kami ambil tanggungjawab sama sama 

Baru ceria n steady dalam melayan hobi 

Tapi 2 jari tetap ada tau ... kat belakang tak nampak kan kan brani lah sket ... kan kan

Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah 













14 February 2022

Apam Johol

Di Nogori Sembilan
Ini dipanggil “APAM JOHOL”

Memang gobu & lombut 
Sodap ado kopi o pekat 

Bersemangat nak bermesyuarat 
😄




13 February 2022

Cekodok

CEKODOK TEPUNG POTANG AHAD

Potang ahad
Papa bancuh tepung 
Bubuh jer bahan yang ada kat dapur & dalam peti ais
Panas kan minyak dalam kuali
Campak campak jer

Alang Tolong papa kat dapur
Papa turun kan ilmu membancuh & masak cekodok 
Alang cuba dan mencuba 
Nampak ada takut takut nak letakkan bancuhan dalam kuali minyak panas

Minum petang bersamo kidos
Cicah sos cili 
Alhamdulillah 
Bonding time 😄

Ir. AJAK

Nota: lengan yang gebus tur boleh abaikan yer ... hahaha 😄





















Cekodok

CEKODOK TEPUNG POTANG AHAD

Potang ahad
Papa bancuh tepung 
Bubuh jer bahan yang ada kat dapur & dalam peti ais
Panas kan minyak dalam kuali
Campak campak jer

Alang Tolong papa kat dapur
Papa turun kan ilmu membancuh & masak cekodok 
Alang cuba dan mencuba 
Nampak ada takut takut nak letakkan bancuhan dalam kuali minyak panas

Minum petang bersamo kidos
Cicah sos cili 
Alhamdulillah 
Bonding time 😄

Ir. AJAK

Nota: lengan yang gebus tur boleh abaikan yer ... hahaha 😄