19 February 2022

Tepi Pantai

JADUAL SIBUK PADA WEKEN

Potang jumaat semalam balik dari kerja di pejabat 
Sampai jer di rumah terus bersiap siap
Lepas sholat maghrib terus gerak ke lokasi majlis 
Kang lewat plak untuk sampai segan plak padehal majlis rasmi yang di mulakan dengan Nyanyian NEGARAKU ... paham paham jer laaa
Malam tadi lewat balik ke rumah & dah penat dah 

Pagi tadi pepagi dah uruskan pelbagai aktiviti 
Riadah potong rumput di halaman rumah 
Pergi ke lokasi untuk beli kelengkapan rumah busuk 
Jumpa & bincang dengan rakan kontraktor pasal projek rumah busuk 
Dah nama nyer pun hobi 

Lepas sholat asar gie bawa family ke tepi pantai 
Lepak lepak n makan makan bersama family
Saya suka suasana tepi pantai 
Nampak cahaya matahari hampir nak turun... cahaya terang jer 
Mesti nak bonding time 
Sambil angin sepoi sepoi bahasa 
Memang sempoi kat sini 

Alhamdulillah makanan pun sedap gak 
Cuma jika lewat sampai 
Meja banyak yang dah kena tempah maybe untuk event malam ahad kot 

Selalu saya tulis bahawa sesibuk mana pun 
Mesti nak cari ruang untuk bersama family pada weken 
Alhamdulillah sekali lagi 😄

Ir. AJAK


















No comments:

Post a Comment