12 September 2020

Taman permainan

RUMAH BUSUK UNIT CORNER LOT BERHADAPAN ADA TAMAN PERMAINAN


Memang progres makin banyak dah 

Hujung bulan ini dijangka akan siap fully renovated 

Semua berjalan ikut perancangan 


Saya masih memikirkan untuk memasang lengkap dengan langsir n blind 

Kena cari warna yang sesuai untuk dengan warna cat juga pada dinding 


Unit corner lot ini kebetulan ada taman di hadapan rumah

Memang sangat selesa dirasakan 

Boleh lah anak anak untuk riadah kat sini kepada bakal memiliki unit ini nanti 


Kawasan perumahan yang damai n tenang 

10 ke 15 minit dari pusat Bandar Seremban : Hospital, bank, pejabat Kerajaan, pasar besar, shopping complex dan sebagainya 

Bleh di katakan semua senang lah

Malah mudah untuk masuk ke Lebuhraya juga 


Saya Memang terasa syok apabila melihat progres sebegini 

Usaha yang berterusan untuk melihat sebuah rumah Busuk di transformasi kepada rumah wangi 

Alhamdulillah 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah 









09 September 2020

Progress lagi

PROGRESS RUMAH BUSUK UNIT CORNER LOT


Unit corner lot

Yang sedang direno 

Dah banyak progres nya:

  1. Dah extend dapur 
  2. Dah bina porch
  3. Dah pasang plaster siling
  4. Dah bina tiang pagar keliling 
  5. Dah mula pasang pagar dawai keliling rumah 
  6. Dah mula dicat bahagian luar 


Minggu ini akan mula pasang:

  1. Tiles lantai sebuah rumah 
  2. Tiles dalam tandas 


Akan buat tempahan bagi:

  1. Kitchen kabinet 
  2. Pagar n Gril bagi sebuah rumah 


Apabila dah siap kerja binaan 

Akan Minta Kontraktor elektrik untuk masuk semula bagi sempurna kan pemasangan lampu & kipas serta semua socket & plug pada dinding 


Dijangka hujung bulan ini akan siap sepenuhnya 

Harap semua perancangan akan berjalan dengan lancar 

InsyaAllah 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah 








06 September 2020

Lepak Santai

MEMUJUK WIFE 


Lepas maghrib tadi gie hantar Along ke kolej di bangi  ... Along biasa balik ke rumah pada weken 

On the way balik ke rumah 

Sempat singgah kat sini


Lepak santai dengan wife 

Ilex ilex jer kan 

Sambil pekena kopi o 

Tak ramai kat sini 


Buka citer 

Memujuk wife 

Ya Betoi pujuk wife 

Mesti nak pujuk 


Untuk saya memilih Warna Cat

Bagi rumah busuk 

Nak pilih warna kesukaan saya lah

Kang tak pujuk wife dia merajuk Warna yang saya pilih tur 

Nanti kena bebel leceh 


Mesti korang ingat saya nak MEMUJUK NAK TAMBAH CAWANGAN YER ... hahaha 😄


Cadangan saya nak pilih:

  1. Warna kelabu pada dinding luar
  2. Ada Warna hitam Dan Warna putih pada jalur untuk dinding luar
  3. Warna coklat bagi dinding dalam rumah 
  4. Warna coklat cair bagi dinding dalam bilik tidur 
  5. Ini bermakna akan guna gabungan 5 warna 


Kami bincang sama sama jua agar bersetuju 

Kita saling bertukar fikiran n idea 

Sambil godek gambar pada di google 

Layan kan kan

Memalam pun masih beraktiviti berkaitan rumah busuk tau 


Ir. AJAK






05 September 2020

7 tips

7 TIPS HADAPI PASANGAN BEBEL DISEBABKAN KITA LAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Pasangan membebel

Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk

Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk


Tetiba dia pulak buat hal

Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk

Hampeh betoi yer


Sajer nak kongsi kan 7 tips yang boleh dicuba untuk atasi permasalahan sebegini:


1.

Cerita kepada pasangan sampai dia faham. Cerita sampai dia jemu nak dengar. Kompom dia boring dan buat muka toyo jer nak dengar kan. Korang boleh bayang kan camner korang nak hadapi muka toyo tur. Hahaha😄


2.

Korang kena libat kan pasangan dalam semua aktiviti rumah busuk. Supaya dia ada feeling dan pupuk perasaan mahu bekerjasama dalam layan hobi ini. Bawa lawat ke rumah busuk


3.

Dalam membuat keputusan kena melibatkan pasangan jua. Ambil hati dengan melibatkan pandangan dia. Keputusan kena buat bersama sama. Jangan korang buat keputusan sorang sorang. Pasti pasangan akan rasa di hargai gitew


4.

Bab bajet kewangan pula pun sama. Jika ada peluang keluar bajet sama sama. Jikalau pasangan Tiada bajet. Bagi/sumbang idea, tenaga & kerjasama/sokongan moral pun dah cukup baik. Buat tabung bajet 


5.

Nak miliki rumah busuk tur. Boleh letak 2 nama sekali. Baru lah dia rasa secure & amat dihargai sangat. Itu kan pasangan korang. Unless dia tak kisah sangat bab penama itu. Bawa berbincang


6.

Pujuk pujuk lah pasangan korang tur. Belanja makan ker ... belanja gelang 916&999 yang lip lap tur ker. Yang pompuan tur jika tak mampu belanja abang Suami dengan motor superbike ... belikan helmet fullface dah okey untuk naik kapcai untuk merempit. Bab memujuk takkan itu pun kena ajor kan. Korang lagi hebat bab memujuk di malam jemaat. Ehhhhh tetiba jer. Hahaha 😄


7.

Last last korang dah bleh nak pujuk pasangan. Korang pujuk lah doa folow FB Ir. AJAK. Maner tau boleh membuka minda dia untuk layan hobi hartanah rumah busuk. Tak ensem tak per. Janji ada rumah busuk. Layan lah korang 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#hobihartanah








02 September 2020

Ruang dapur

WARNA PILIHAN PADA TABLE TOP & KITCHEN KABINET BAGI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Kekadang saya pun tak mahir sesangat 

Cuba cuba jer nak ejas ejas kan warna agar nampak sesuai keadaan nya di ruang dapur 

Gabungan pada table top & kitchen kabinet 


Sebab perlu ambil kira juga:

  1. Warna tiles table top
  2. Warna tiles atas table top tepi dinding 
  3. Cat dinding sekitar dapur
  4. Warna pilihan pada katalog dengan kos bajet yang ada
  5. Kekadang jika pasang blind pada tingkap dapur dengan warna nya pula


Takat penin penin kepala sket sket tur biasa lah untuk kombinasikan dengan keperluan yang ada

Kekadang tak mudah tau

Kita nak buat sebegini tapi bajet tak capai plak 


Itu belum ambil kira idea oleh wife saya lagi

Kita sama sama cari titik kesamaan dalam kes kes macam ini

Ginilah layan hobi rumah busuk 


Saya minat layan hobi begini 

Terasa syok apabila melihat sesuatu menjadi sempurna dari hasil nya nanti kelak 

Yuhuu 😄 


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk 

#hobihartanah 





29 August 2020

10 tips

10 TIPS DALAM RENOVATION RUMAH BUSUK


Apabila nak reno rumah busuk memang macam macam ragam

Korang mungkin boleh ambil panduan Dan info

Antara perkara tersebut ialah:


1. Proses nak lulus pelan ubah suai rumah ... kena ikut pelbagai syarat 


2. Proses pemilihan kontraktor yang terbaek ... Kontraktor plak ada pelbagai ragam weh 


3. Risau bajet kurus dan burst selalu ... bajet tak cukup dalam buku akaun bank 


4. Jiran yang meluahkan perasaan bahawa bising sewaktu renovation ... korang pun faham kot jika Jiran sebelah 2 bulan buat reno 


5. Ada jugak jiran yang tak selesa terdapat bahan bahan binaan yang banyak di dalam premis reno ... Nampak semak apabila ruang yang amat terhad ... nak letak yong rhoro pun susah 


6. Constrain tapak binaan renovation yang kecik dan payah nak letak bahan binaan ... nak beli barang binaan bebanyak pun satu hal ... jika beli banyak kali melibatkan kos tambahan transport

 

7. Koordinasi kerja antara kontraktor binaan rumah ... Kontraktor elektrik ... Kontraktor piping ... Kontraktor kitchen kabinet dan kontraktor gril welding pagar serta kontraktor aircon untuk timing kerja memasing ... kekadang diaorang boleh bertegang Urat antara pekerja binaan ... kacau beb 


8. Kekadang pihak berkuasa majlis datang buat inspection sewaktu kerja renovation sedang berjalan ... semua kena ikut peraturan yang ditetapkan ... korang paham kan 


9. Kesabaran amat amat penting dalam proses renovation rumah busuk ... pelbagai karenah ini korang kena hadap ... faham kan jangan cakap teori jer ... dah buat baru tahu ... Pandan muka nak hadap semua nya


  1. Berdoa lah bebanyak agar kita semua ada kekuatan fizikal mental Dan urusan dipermudahkan... InsyaAllah ... Aamin 


Kes reno unit corner lot 

Progress makin banyak dah

Plaster siling pun dah siap sebuah rumah 

Dijangka hujung bulan depan dah boleh siap sepenuhnya 

InsyaAllah 


Saya sekadar layan hobi hartanah jer

SHARE untuk panduan kenkawan sekalian😄👍


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk 

#hobihartanah 









27 August 2020

Insaf saya

SETIAP JIWA PASTI AKAN MERASA MATI


“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguh nya pada hari Kiamat sahaja lah disempurnakan pahalamu” ... Ali Imran 3:185


 Cerita:

Sajer nak bercerita pagi nie

Saya masih bercuti untuk uruskan perkara berkaitan arwah adik saya 


Arwah adik Amar dikebumikan di perkuburan yang sama dengan:

  1. Arwah ayah Haji Kamarudin pada tahun 2010
  2. Arwah adik Haji Suhaimi pada tahun 2012
  3. Arwah adik Amar pada Ogos 2020

Berjiran dalam kawasan berpagar yang sama 


Terkesan saya apabila setiap kali proses pengebumian 

Saya akan masuk ke liang lahad untuk sama sama menyambut jenazah untuk di letak kan di liang kubur


Cuma saya tidak berkesempatan untuk mengorek liang ... hanya guna khidmat bantuan dari penjaga kubur yang dibayar upah 

Saya hanya bantu untuk menolak tanah guna skop untuk menutup lubang kubur 


Dalam hati saya

Setiap kali keadaan begini 

Arwah telah di panggil bertemu PenciptaNYA 

Satu hari nanti akan tiba giliran saya pula 

Tak tahu bila 

Tapi memang akan pasti 


Bersedia kah saya dengan bekalan yang mahu di bawa ?

Meruntum jiwa apabila mengenangkan dosa silam 

Diterima kah amalan kebaikan saya ?

Diterima kah ibadah saya ?

Diterima kah Manfaat rumah busuk selama transaksi bertahun tahun ?

Diterima kah ibadah haji & umrah yang saban tahun berlalu ?


Terasa kerdil diri saya ini apabila menolak tanah masuk ke liang lahad 

Terbujur tubuh bersama kain kafan 

Sukar saya nak gambar kan dengan tulisan di ini 

Allahuakbar 


Keinsafan bermain di minda saya 

Sangat baik untuk ingatan saya 

Sangat sangat terkesan 

Tatkala talkin dibaca kan 

Sangat menusuk kalbu apabila dihayati 

Dari tanah kita datang ke tanah jua kita kembali 


Moga saya menjadi lebih baik dari semalam 

Saya berdoa agar senantiasa ingat untuk mati

Esok lusa entah bila jua


Moga kalian juga dipohon untuk saling ingatkan saya yang kadangkala sering alpa 

Ingatkan sedarkan saya yer kenkawan 

Allahuakbar 


Sekadar nukilan saya pada hari ini 

Maaf kan saya jika banyak salah dengan kalian semua 

Kalian semua senantiasa saya maafkan 


INSAF SAYA

Deep terasa nya

InsyaAllah 

Aamin 


Ir. AJAK





26 August 2020

Pengebumian

Alhamdulillah 
Arwah adik saya SAIFUL AMAR telah selesai dikebumikan di tanah perkuburan di Ipoh

Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan 
Yang hadir di perkuburan 
Saya pohon agar sama sama kita mendoakan agar Roh Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
InsyaAllah Aamin 

Kami sekeluarga masih terkejut dengan keadaan ini kerana umur arwah masih agak muda 33 tahun ... pihak hospital menyatakan bahawa disebabkan “masalah jantung” ... Allahuakbar ... sedih sangat nie

Alhamdulillah syukur semua urusan telah dipermudahkan sehingga selesai urusan pengebumian 
Dapat pula lot tepi pagar tepi jalan ... rezki arwah lah 

Arwah adik saya nie duduk di rumah kampong 
Difahamkan suka berkongsi rezeki dengan kucing kucing 
Setiap kali makan pasti rezki akan dikongsi kan bersama 
Mesti nak bagi kucing makan 
Jika dapat tangkap ikan talipia 
Digoreng ikan di bagi makan kucing 
Allahuakbar moga kebaikan ini akan menjadi asbab untuk mendapat ganjaran kebaikan di sana 
InsyaAllah Aamin









22 August 2020

Progress

PROGRES RUMAH BUSUK


Makin banyak progres dah

Dari hari ke hari 

Unit corner lot banyak kerja perlu dibuat berbanding reno bagi unit tengah pada kebiasaan nya


  1. Minggu ini pasang plaster siling sebuah rumah 
  2. Minggu depan mula pasang tiles lantai
  3. Berikut nya kontraktor elektrik akan masuk semula untuk sambung buat kerja
  4. Pagar dawai dah beli cuma belum pasang jer lagi 


Bayaran progres perlu dilakukan pada waktu yang tepat 

Kang kerja boleh sangkut jika tak buat payment 

Malam tadi buat bayaran progres:

  1. Kontraktor binaan 
  2. Kontraktor elektrik 
  3. Kontraktor pagar saya dah bayar deposit untuk mulakan kerja di bengkel 


Dijangka pertengahan September 2020 boleh siap kot

Harap semua boleh berjalan lancar 

InsyaAllah Aamin 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk 

#hobihartanah 






19 August 2020

Maal Hijrah

Doa Akhir Tahun  Hijrah 1441

Doa Awal Tahun Hijrah 1442


Mohon SHARE kan 😄