29 August 2020

10 tips

10 TIPS DALAM RENOVATION RUMAH BUSUK


Apabila nak reno rumah busuk memang macam macam ragam

Korang mungkin boleh ambil panduan Dan info

Antara perkara tersebut ialah:


1. Proses nak lulus pelan ubah suai rumah ... kena ikut pelbagai syarat 


2. Proses pemilihan kontraktor yang terbaek ... Kontraktor plak ada pelbagai ragam weh 


3. Risau bajet kurus dan burst selalu ... bajet tak cukup dalam buku akaun bank 


4. Jiran yang meluahkan perasaan bahawa bising sewaktu renovation ... korang pun faham kot jika Jiran sebelah 2 bulan buat reno 


5. Ada jugak jiran yang tak selesa terdapat bahan bahan binaan yang banyak di dalam premis reno ... Nampak semak apabila ruang yang amat terhad ... nak letak yong rhoro pun susah 


6. Constrain tapak binaan renovation yang kecik dan payah nak letak bahan binaan ... nak beli barang binaan bebanyak pun satu hal ... jika beli banyak kali melibatkan kos tambahan transport

 

7. Koordinasi kerja antara kontraktor binaan rumah ... Kontraktor elektrik ... Kontraktor piping ... Kontraktor kitchen kabinet dan kontraktor gril welding pagar serta kontraktor aircon untuk timing kerja memasing ... kekadang diaorang boleh bertegang Urat antara pekerja binaan ... kacau beb 


8. Kekadang pihak berkuasa majlis datang buat inspection sewaktu kerja renovation sedang berjalan ... semua kena ikut peraturan yang ditetapkan ... korang paham kan 


9. Kesabaran amat amat penting dalam proses renovation rumah busuk ... pelbagai karenah ini korang kena hadap ... faham kan jangan cakap teori jer ... dah buat baru tahu ... Pandan muka nak hadap semua nya


  1. Berdoa lah bebanyak agar kita semua ada kekuatan fizikal mental Dan urusan dipermudahkan... InsyaAllah ... Aamin 


Kes reno unit corner lot 

Progress makin banyak dah

Plaster siling pun dah siap sebuah rumah 

Dijangka hujung bulan depan dah boleh siap sepenuhnya 

InsyaAllah 


Saya sekadar layan hobi hartanah jer

SHARE untuk panduan kenkawan sekalian😄👍


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk 

#hobihartanah 









No comments:

Post a Comment