Alhamdulillah
Arwah adik saya SAIFUL AMAR telah selesai dikebumikan di tanah perkuburan di Ipoh
Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan
Yang hadir di perkuburan
Saya pohon agar sama sama kita mendoakan agar Roh Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
InsyaAllah Aamin
Kami sekeluarga masih terkejut dengan keadaan ini kerana umur arwah masih agak muda 33 tahun ... pihak hospital menyatakan bahawa disebabkan “masalah jantung” ... Allahuakbar ... sedih sangat nie
Alhamdulillah syukur semua urusan telah dipermudahkan sehingga selesai urusan pengebumian
Dapat pula lot tepi pagar tepi jalan ... rezki arwah lah
Arwah adik saya nie duduk di rumah kampong
Difahamkan suka berkongsi rezeki dengan kucing kucing
Setiap kali makan pasti rezki akan dikongsi kan bersama
Mesti nak bagi kucing makan
Jika dapat tangkap ikan talipia
Digoreng ikan di bagi makan kucing
Allahuakbar moga kebaikan ini akan menjadi asbab untuk mendapat ganjaran kebaikan di sana
InsyaAllah Aamin
No comments:
Post a Comment