19 October 2017

Luang kan masa

LUANGKAN MASA UNTUK RUMAH BUSUK


Saya pernah di tanyer dengan soalan:

"Camner Ir Ajak boleh membahagikan masa untuk melayan hobi rumah busuk"


Saya story sket yer

Saya bekerja makan gaji opis hour pergi pagi balik petang

Stay rumah di seremban

Bekerja di putrajaya 

Hampir masuk 9 tahun saya berulang alik

Tiap pagi jadual saya merempit dengan van di hiway plus dari tol soromban ke tol kajang

Saya ayah kepada 4 kiddos lelaki

Isteri ada sorang jer yer ... Hehehe๐Ÿ˜„

Sekarang wife saya menjadi pengurus rumahtangga sepenuh masa ... Dolu dolu wife saya bekerja di bandaraya kolumpoo

Saya tak nafikan bahawa wife memang banyak membantu dalam semua urusan harian

Jadual saya memang padat setiap hari

Tapi itulah rutin harian yang ditempuhi saban hari


Tipikal jadual hari bekerja Isnin hingga jumaat:-

5 am seawal dah bangun

5.05 am munajat kepada NYA

5.40 am mandi / tandas

6 am Sholat subuh

6.15 am mula memandu van ke putrajaya

7.30 am pagi hingga 5pm petang saya bekerja di opis putrajaya

Pepagi akan cuba luangkan masa 5 minit untuk sholat sunat dhuha untuk mohon dibukakan pintu rezeki 

Kekadang balik lewat sket dari opis kerana ada urusan kerja atau meeting yang tidak dapat dielakkan

Atau jika saya out station akan berlainan jadual

Jika tiada kerja urgent di opis maka jam 5pm saya akan thumb out

5 pm merempit balik ke soromban

6.15 pm akan layan rumah busuk ... Ini adalah masa yang syok beb ... Layan hobi ... Sesuatu yang seronok walaupun badan kekadang lesu jugak ... antara yang boleh dilakukan:

1. lawat rumah busuk yang nak di masuk lelong

2. lawat rumah busuk yang sedang di reno

3. pergi ke kedai elektrik untuk beli kelengkapan rumah busuk

4. jumpa kontraktor untuk membincangkan hal hal teknikal kerja

5. ronda ronda kawasan perumahan untuk mencari idea untuk "wangi" kan rumah busuk

7 pm sampai rumah rehat jap dan lepak di sofa sambil santai bersama kiddos

7.15 pm mandi dan sholat serta baca Al Quran 2 mukasurat (aku cuba terus istiqamah)

8.15 pm dinner wit family 

9 pm selepas sholat isyak akan lepak depan peti televisyen untuk layan astro jap sambil tur godek godek hp untuk layan fb ... biasa nya kidos akan main games di komputer/ipad/hp memasing ... sambil gurau senda dengan kidos

10 pm mula kan kerja kerja dokumentasi rumah busuk

11.30 pm akan tido ler Zzzzzzzzz 


Sekadar berkongsi pengalaman 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



18 October 2017

Riadah

Nak riadah ...


Lunch

Kepak ayam madu + minyak zaiton

Pandai nya wife masak

Sedap makan lunch today

Alhamdulillah 


Cadangan for sale

CADANGAN FOR SALE

RUMAH TERES 2 TINGKAT END LOT LANDED

AKAN SIAP RENOVATION

PORCH KERETA SELEBAR 26 KAKI

DENGAN HARGA MAMPU MILIK

.

.

Kelmarin viral alkisah rakyat malaysia perlu mempunyai gaji rm10k sebulan untuk membeli sebuah rumah yang dikatakan purata berharga rm387k seunit

Pada hari ini saya nak tawarkan dengan harga jauh lebih rendah dari harga purata tersebut

Berpuluh ribu ringgit jauh lebih jimat dari harga rumah tersebut

Ada yang berminat ker ?

.

.

Gaji bulanan saya sekarang pun belum sampai ke jumlah rm10k tau

Umur saya sudah lebih 43 tahun pada tahun 2017 ini

Saya bekerja sejak tahun 1998 iaitu kira kira 19 tahun yang lalu

Dah mempunyai anak 4 orang pun

Anak sulung berumur 15 tahun

Cuba bayang kan senario ini

Saya sangat simpati keadaan di luar sana kerana ramai berusaha untuk memiliki rumah

Itu sebab saya mengambil inisiatif untuk membantu kalian memiliki rumah

Dengan cara saya yang tersendiri

Usaha saya kecil jer

Ini jer kemampuan saya

.

.

Saya terpanggil untuk tawarkan sebuah rumah milik saya untuk korang miliki

Harga cadangan jualan HARGA MAMPU MILIK sahaja

Akan selesai siap ubahsuai hujung bulan ini atau selewat nya pada awal bulan depan november 2017

Boleh prepare/bersiap untuk sign SnP

Geran hakmilik di tangan saya dah ... masih panaz dari oven

.

.

Info rumah yang korang boleh berpeluang untuk dimiliki:

Lokasi rumah di bandar sultan sulaiman, port klang, negeri selangor

Rumah teres 2 tingkat end lot

Akan fully renovated 

Selebar 26 kaki

Panjang 51 kaki

Built up area sekitar 1614 sqft

Porch yang besar boleh muat 3 biji kereta parking

Tiles lantai sebuah rumah dengan saiz 2x2 

Plaster siling sebuah rumah

3 bilik tidur (1 bawah, 2 atas)

3 tandas (bilik bawah, dapur, tingkat atas)

Tandas jamban duduk

Water heater pada 3 tandas 

Dinding tiles pada tandas sampai tinggi siling

Pintu utama depan pintu kayu 1.5 daun lebar

Pintu kayu pada semua bilik 

Dapur yang lebar & luas

Table top selebar 22 kaki bentuk L shape

Kitchen kabinet atas dan bawah

Saya dah tempah kitchen kabinet berwarna hijau muda + putih

Hood & dapur gas

Tingkap kaca tinted hitam aluminum frame

Rewiring sebuah rumah

Lampu downlite LED sebuah rumah

8 biji kipas siling auto remote kipas hitam 5 bilah

Pagar besi

2 biji aircon jenama daikin (2Hp ruang tamu, 1Hp bilik tidur)

Gril sebuah rumah

Warna cat yang menarik

.

.

Jika berminat nak miliki

Boleh inbox direct saya

Kita cuba berbincang 

Saya cuba permudahkan segala urusan transaksi 

Panel lawyer akan diuruskan

Urusan loan jugak akan cuba dibantu

Direct owner dengan saya

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota: gambar yang diberikan adalah gambar sebenar yang sedang proses peringkat akhir renovation ... tak sabo nak tengok rumah akan wangi pada hujung bulan ini atau selewatnya pada awal bulan depan november 2017 ... saya positif minda bahawa rumah akan mewangi


17 October 2017

Tiles

PASANG TILES LANTAI PORCH RUMAH BUSUK


Sehari dua nie akan mula pasang tiles lantai untuk porch

Hujung minggu ini dijangka akan siap pasang 

Porch agak lebar sket iaitu 26 kaki

Ambil masa nak siapkan berbanding porch yang selebar 20 kaki jer

Progres makin bertambah 

Dijadualkan awal november boleh siap sepenuhnya untuk kes sebuah rumah busuk yang ini

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


16 October 2017

Pandangan

TENGOK RUMAH BUSUK DENGAN PANDANGAN TEMBUS


Cer korang tengok rumah busuk dengan pandangan tembus

Bayang kan rumah busuk akan menjadi wangi apabila menerima sentuhan magis dari korang semua

.

.

Saya memandang rumah busuk itu bernilai

Walaupun rumah busuk itu hakikatnya memang buruk

Walupun dalam rumah dipenuhi dengan sampah sarap

Walaupun rumah tidak sesuai untuk didiami waktu sekarang

Walaupun rumah tiada berbumbung

Walaupun tiada berpintu dan bertingkap

Walaupun tiada lampu dan kipas

Sekeliling rumah ditumbuhi pokok pokok renek dan semak samun

Kekadang jarum suntikan dan lilin pun ada

Memang tak berselera nak tengok yer

Tapi saya tetap memandang rumah busuk itu bernilai dan berharga suatu hari nanti 

Kerana saya mampu mewangikan rumah busuk tersebut 

Saya mampu mencantekkan rumah busuk itu jika mendapat peluang

Kes yang lepas lepas telah membuktikan segalanya kejayaan itu melalui gambar yang saya selalu upludkan

Catatan dalam "Buku Hobi Hartanah" jugak sudah menjadik kenyataan yang pasti ... sudah dicetak untuk kali yang ke 2

.

.

"Ingat rumah busuk ... Ingat Ir. AJAK ... tapi Ir. AJAK tak busuk tau !!!"

Usai membaca ... cer tolong SHARE kan


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

Gambo ... Kes rumah busuk yang kes terkini di wangikan ... progres makin baik ... dah pasang aircon ... dah pasang cermin tingkap ... pintu pun dah cantek ... minggu ini dijangka pasang tiles sebuah porch selebar 26 kaki

Alhamdulillah ๐Ÿ˜€


15 October 2017

McD

PEMBUKAAN McD 


Ada McD baru buka today berhampiran rumah

Kidos mengajak pergi sini

Layan jer lah

Ramai betoi nak merasmikan hari pembukaan today

Kuat betoi tarikan makanan segera nie

Kegembiraan hati kidos adalah kegembiraan kami jua๐Ÿ˜€

.

.

McD merupakan booster jugak bagi mereka yang berada dalam industri hartanah

McD dah buat market survey potensi kat kawasan sekitar

.

.

Cuma saya hanya layan rumah busuk jer

Alahaiiii 

.

.

Yuhuu๐Ÿ˜€


Perasaan

PERASAAN RUMAH BUSUK


Pada pagi ahad nie ... aku n laling berkesempatan untuk melawat rumah busuk yang di wangi kan ... laling senantiasa menjadi peneman yang setia ke hulu n ke hilir ... awai pagi dah sampai di klang ... bekfes di sini

.

.

Sesekali nak tulis tentang perasaan rumah busuk:

1. Apabila saya melawat rumah busuk pasti akan wujud perasaan "instinct" secara tak langsung 

2. Akan macam dapat membayangkan sesuatu

3. Saya macam boleh imaginasi untuk ubahsuai seluruh sebuah rumah busuk di wangikan

4. Saya macam boleh imaginasi untuk ubah kedudukan rumah busuk

5. Saya macam boleh imaginasi untuk besarkan porch

6. Saya macam boleh imaginasi untuk besarkan ruang dapur

7. Saya macam boleh imaginasi untuk ubah kedudukan tandas

8. Saya macam boleh imaginasi apabila di pasang plaster siling

9. Saya macam boleh imaginasi tempoh masa untuk siap kan ubahsuai hingga wangi semerbak sekuntum bunga ros merah

10. Saya macam boleh imaginasi bahawa potensi besar terhadap sesebuah rumah busuk itu

11. Dengan ada nya bayangan bayangan yang positif tentang sesebuah rumah busuk

12. Keyakinan saya makin bertambah

13. Maka akan wujud perasaan untuk bertindak dengan segera

14. Dengan adanya keyakinan sedemikian membuatkan saya terus confident dengan sesuatu tindakan

15. Dengan ada nya perasaan nie saya terus berterusan untuk membuat planning melayan rumah busuk

.

.

Saya yakin korang pun boleh cuba pupuk perasan ini dengan cara:

1. Selalu lawat rumah busuk

2. Selalu tengok rumah yang wangi

3. Kerap membaca tulisan berkaitan hartanah

4. Kerap gugel di internet tengok gambar bab hartanah

5. Cuba belajar berangan tentang hartanah 

6. Tanamkan minat yang mendalam hobi hartanah 

.

.

Agar tips ini akan banyak membantu kalian untuk lebih lebih dekat dengan dunia rumah busuk vs dunia rumah wangi


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


13 October 2017

Lawat

LAWAT RUMAH BUSUK


Saya akan cari ruang waktu untuk melawat rumah rumah yang kategori lelong sebelum masuk lelongan awam

Faedah faedah yang dapat daripada lawatan tersebut ialah:

1. Melihat kawasan sekeliling

2. Jumpa jiran jiran di sekeliling

3. Sembang dengan jiran sekeliling

4. Melihat rumah itu

5. Melihat sebarang kerosakan yang ada

6. Mengintai di dalam rumah melalui lubang lubang tingkap jika rumah berkunci

7. Mengambil gambar gambar supaya boleh dilihat semula

8. Dengan lawatan ini boleh membuat anggaran sebarang kos untuk repair

9. Boleh jugak buat anggaran untuk renovation jika menang

10. Dapat mengisi masa lapang yang berfaedah

Dengan maklumat maklumat ini boleh lah membuat perbincangan dengan pasangan samada mahu proceed atau tidak untuk bidaan lelongan

Kita jugak boleh membuat anggaran harga maksimum yang boleh dibida

Sangat penting untuk membuat lawatan ke rumah lelong sebelum masuk sebarang lelongan

Malah bagi saya adalah wajib untuk membuat lawatan 

Yuhuu ๐Ÿ˜€


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Maggi

Bekfes Maggi goreng 

Wife masak lagi sodap dari makan di mamak

Telo mata leleh kuning lagi tur

Alhamdulillah ๐Ÿ˜€๐Ÿ‘