19 October 2017

Luang kan masa

LUANGKAN MASA UNTUK RUMAH BUSUK


Saya pernah di tanyer dengan soalan:

"Camner Ir Ajak boleh membahagikan masa untuk melayan hobi rumah busuk"


Saya story sket yer

Saya bekerja makan gaji opis hour pergi pagi balik petang

Stay rumah di seremban

Bekerja di putrajaya 

Hampir masuk 9 tahun saya berulang alik

Tiap pagi jadual saya merempit dengan van di hiway plus dari tol soromban ke tol kajang

Saya ayah kepada 4 kiddos lelaki

Isteri ada sorang jer yer ... Hehehe😄

Sekarang wife saya menjadi pengurus rumahtangga sepenuh masa ... Dolu dolu wife saya bekerja di bandaraya kolumpoo

Saya tak nafikan bahawa wife memang banyak membantu dalam semua urusan harian

Jadual saya memang padat setiap hari

Tapi itulah rutin harian yang ditempuhi saban hari


Tipikal jadual hari bekerja Isnin hingga jumaat:-

5 am seawal dah bangun

5.05 am munajat kepada NYA

5.40 am mandi / tandas

6 am Sholat subuh

6.15 am mula memandu van ke putrajaya

7.30 am pagi hingga 5pm petang saya bekerja di opis putrajaya

Pepagi akan cuba luangkan masa 5 minit untuk sholat sunat dhuha untuk mohon dibukakan pintu rezeki 

Kekadang balik lewat sket dari opis kerana ada urusan kerja atau meeting yang tidak dapat dielakkan

Atau jika saya out station akan berlainan jadual

Jika tiada kerja urgent di opis maka jam 5pm saya akan thumb out

5 pm merempit balik ke soromban

6.15 pm akan layan rumah busuk ... Ini adalah masa yang syok beb ... Layan hobi ... Sesuatu yang seronok walaupun badan kekadang lesu jugak ... antara yang boleh dilakukan:

1. lawat rumah busuk yang nak di masuk lelong

2. lawat rumah busuk yang sedang di reno

3. pergi ke kedai elektrik untuk beli kelengkapan rumah busuk

4. jumpa kontraktor untuk membincangkan hal hal teknikal kerja

5. ronda ronda kawasan perumahan untuk mencari idea untuk "wangi" kan rumah busuk

7 pm sampai rumah rehat jap dan lepak di sofa sambil santai bersama kiddos

7.15 pm mandi dan sholat serta baca Al Quran 2 mukasurat (aku cuba terus istiqamah)

8.15 pm dinner wit family 

9 pm selepas sholat isyak akan lepak depan peti televisyen untuk layan astro jap sambil tur godek godek hp untuk layan fb ... biasa nya kidos akan main games di komputer/ipad/hp memasing ... sambil gurau senda dengan kidos

10 pm mula kan kerja kerja dokumentasi rumah busuk

11.30 pm akan tido ler Zzzzzzzzz 


Sekadar berkongsi pengalaman 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk



No comments:

Post a Comment