13 October 2017

Lawat

LAWAT RUMAH BUSUK


Saya akan cari ruang waktu untuk melawat rumah rumah yang kategori lelong sebelum masuk lelongan awam

Faedah faedah yang dapat daripada lawatan tersebut ialah:

1. Melihat kawasan sekeliling

2. Jumpa jiran jiran di sekeliling

3. Sembang dengan jiran sekeliling

4. Melihat rumah itu

5. Melihat sebarang kerosakan yang ada

6. Mengintai di dalam rumah melalui lubang lubang tingkap jika rumah berkunci

7. Mengambil gambar gambar supaya boleh dilihat semula

8. Dengan lawatan ini boleh membuat anggaran sebarang kos untuk repair

9. Boleh jugak buat anggaran untuk renovation jika menang

10. Dapat mengisi masa lapang yang berfaedah

Dengan maklumat maklumat ini boleh lah membuat perbincangan dengan pasangan samada mahu proceed atau tidak untuk bidaan lelongan

Kita jugak boleh membuat anggaran harga maksimum yang boleh dibida

Sangat penting untuk membuat lawatan ke rumah lelong sebelum masuk sebarang lelongan

Malah bagi saya adalah wajib untuk membuat lawatan 

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


No comments:

Post a Comment